Koh Lipe - Permata Tersembunyi Thailand - Bahagian 3


sambungan dari Bahagian 2





Koh Lipe mengalu-alukan kedatangan kami dengan pantai yang jernih biru, pelbagai deretan kedai yang menarik dan ragam pelancong asing. Kami terus bergegas ke resort yang sudah ditempah melalui Booking.com iaitu The Box. Gambar-gambar dibawah ini diambil sepanjang kami menuju ke The Box.





























Akhirnya kami sampai di The Box. Tapi ada insiden yang kurang best! Bersedia lah korang untuk mendengar aku membebel...~






Hati memang dah tertarik dengan dekorasi resort ini. Memang sempoi dan tastefully done. Pemilik nya seorang french man dan staf terdiri dari orang tempatan. Yang tak berapa best pemiliknya bela dua ekor anjing besar-besar belaka, berlegar-legar dalam resort tu.












Memang dah berangan nak chill kat sini malam-malam. Sayangnya, staf dia kata bilik tak ada untuk kami sebab overbooked. Ini yang tak best ni. Kami ni berbulan dah tempah dan dah bayar pun kat website Booking.com tu. Ada juga berbalas email dengan pemiliknya, jadi mereka memang aware la tentang booking kami. Jadi, macam mana boleh overbooked? Yang paling menjengkelkan, staf dia dok menelefon bos dia dan dari perbualan mereka, si bos tak email aku untuk maklumkan tentang bilik overbooked. Aku yakin si bos ada di pulau itu tapi tiada di resort untuk uruskan hal ini personally dan hanya serahkan pada staf. Staf pun macam terpinga-pinga je. Sangat tak professional kan! Tapi aku takkan biarkan perkara macam ni mengganggu mood lantas secara chill saje kami terima offer mereka untuk pindahkan kami ke Baan Kasirin. Sempat aku tanya tentang harga bilik The Box dan Baan Kasirin sama ke tidak dan mereka jawab sama. TEETTTT! *klik sini kalau nak tahu penipuan The Box


Baan Kasirin terletak tak jauh dari pintu gerbang Lipe, jadi senang lah nak ke pantai berbanding The Box agak jauh ke dalam Walking Street.







Bilik Baan Kasirin simple je, lebih dari jangkaan kami sebab ada TV. Ada TV pun layan kan aje dalam bahasa Thai, semua cerita even cerita luar negara pun dah alihbahasa ke bahasa Thai. Memang jem kepala nak faham jalan cerita. Hehe.


Disebabkan sudah petang, maka kami keluar untuk minum petang pula. Terjumpa kedai muslim lagi, Thai Hut namanya. Cantik nih pekena Thai pancake dan fruit shake petang-petang macam ni.











Selesai mengisi perut, kami berjalan ke arah pantai. Woah ramainya umat! Masing-masing bersantai bersama kawan, atau keluarga menikmati angin petang dan people watching. Kami lepak sehingga la matahari terbenam, asyik betul!













Sebenarnya ada cerita kat sini. Time ni nak beli gelang yang cute untuk anak. Tengah memilih milih tu, ada pulak segerombolan hehanjing ni nak bergaduh pulak doh! Dia berlari-lari kejar mengejar sekitar aku. Horror laaaa. Aku ni kan penakut dogs&cats. Dari jauh aku nampak satu family muslim wanita-wanitanya berniqab uols, bawak anak nak mandi kat gigi air. Hehanjing ni bole bawak fight kat situ plak! Aku dalam ati cakap...ehh lari la budak, kang kene gigit. Last-last elok jee famili tu lalu lintas kat scene pergadohan dengan chillnya.

Aku sorang je penakut dogs&cats kot.

*ehe







Malam hari datang dan kami teruja untuk melihat nightlife Koh Lipe dan merasai makan malam masakan Thai yang pastinya lazat sebab asli dan dari air tangan orang Thai lah katakan...~





Kami memilih kedai makan ini kerana pertama, tertulis halal food sebesar alam di signboardnya hehe dan kedua ianya salah satu kedai makan yang terletak di deretan kedai di tepian pantai. Feeling syahdu lah makan tepi pantai kan....





Lauk yang kami pesan ialah Siakap Tiga Rasa, Sotong Bakar dan Sayur Campur. Hurrahhh memang awesome. Siakap tiga rasa tu memang bukan macam kat Malaysia lah. Sambal dia tu memang betul sambal guna cili kering ye, kalau kat Malaysia ni rasanya guna gabungan sos-sos je tu yang tak berapa nak sedap tu. Hehe. Lauk tiga rasa ni pedas gile dan ada sikit haruman daun limau purut gitu. Sotong Bakar tu ada dua jenis pencicah...haa dua-dua pun enak dimakan dengan sotong bakar. Sayur campur tu macam biasa la rasa dia...macam sayur campur lah! Hehe. Anyways, orang yang ada GERD tak dinasihatkan untuk pesan lauk Siakap Tiga Rasa ni sebab kepedasannya bakal membuat kamu demam tengah malam. I know this sebab cik abang demam menggigil malam tu. Esoknya kami cari Gaviscon kat farmasi. Ye, pulau ni ada farmasi...sungguh lengkap kan? Pendek kata, semua ada lah...tak perlu risau.




Makan malam kami diiringi oleh alunan suara mamat di atas ni. Mereka membuat persembahan setiap malam di sini. Bermacam lagu & alat musik dimainkan untuk pengunjung. Terhibur!






Pujian diberikan kepada pemilik deretan kedai-kedai di tepi pantai ini sebab mereka nampak bersatu padu. Mereka berusaha untuk menghiburkan pengunjung dengan menghidupkan tanglung kertas dan melepaskannya ke udara. Ada pula fire show dan mereka ini membuat persembahan di setiap kedai / bar, bukan bertumpu kat satu bar je. Bagus lah!

Esoknya baru lah kami dapat melihat kecantikan laut Andaman, maklumlah hari yang kami sampai tu memang dah lewat petang sangat. Karma Beach pun kami redah...lawa pantai tu sebab ada tanjung kecil gitu..haa..sambung lah ke Bahagian 4 yek! :)



Baca yang berikutnya:


Koh Lipe - Permata Tersembunyi Thailand - Bahagian 1
Koh Lipe - Permata Tersembunyi Thailand - Bahagian 2
Koh Lipe - Permata Tersembunyi Thailand - Bahagian 3
Koh Lipe - Permata Tersembunyi Thailand - Bahagian 4