Koh Lipe - Permata Tersembunyi Thailand - Bahagian 1

Bila: 4 Februari 2012

Tempoh: 3 hari 2 malam

Bajet: RM1,500 untuk dua orang perbelanjaan


Perjalanan ke Koh Lipe sebenarnya ringkas tetapi nasib kami sahaja yang kurang baik, hehe. Perancangan awal ialah menaiki bas ke Kuala Perlis, kemudian naik feri ke Langkawi kerana di sana ada servis bot laju terus ke Koh Lipe. Namun, seawal pagi kami sampai di Kuala Perlis terdapat ratusan pelancong tempatan mahupun luar negeri berpusu di kaunter tiket Jeti Kuah. Nasib kami kurang baik kerana melancong ketika cuti umum! Maka, perancangan bertukar sedikit. Kami bertanya orang tempatan bagaimana mahu ke Satun kerana dari situ juga terdapat feri ke Koh Lipe. Mereka mencadangkan menaiki bot di Jabatan Imegresen. Maka kami pun berjalan kaki ke sana.

Bangunan di kiri itulah Jabatan Imegresen
Tiket KL-Kuala Perlis cuma RM42.80
Sampai kami di sana, passport diserahkan untuk sessi cop mengecop, kemudian menyegarkan diri dengan membasuh muka dan menggosok gigi di tandas dengan keizinan pegawai disitu tetapi kemudian makcik cleaner nasihatkan kami jangan guna tandas mereka kerap sangat sebab mereka tak suka. Tapi, ada aku kisah? Kalau tak suka cakap depan-depan tapi belakang-belakang tak suka suruh makcik cleaner tolong cakapkan pula. Eee...no balls u know!

Pejabat yang lengang. Mungkin kami awal sangat.
Penantian penuh harapan. HEHE
Kemudian kami pun tunggulah. Ada seorang lelaki yang tanya kami mahu pergi mana dsb dan dia boleh hantarkan kami ke Satun naik bot nya tapi dia mahu balik rumah mandi dahulu dan juga mahu tunggu cukup 10 orang baru bot jalan. Kami pun menunggu lah sampai 2 jam disitu melayan pertanyaan orang tempatan yang lalu lalang, mushkil dengan kami. Ada mengatakan kami awal sangat. Ada yang kata nanti ada team hoki pun mahu ke Satun, cukup lah 10 orang naik bot. Tapi nampaknya setelah dua jam, hanya kami sahaja disitu sehingga lelaki tadi dah siap mandi dan kata boleh jalan tapi tambang mahal sikit sebab tak cukup 10 orang. Berunding harga dan akhirnya dapat harga RM100 kami charter bot tu. Berlepas la kami ke lautan menaiki bot kayu yang pada pendapat aku sangat ghetto gila.


Ghetto tak?
Berserah sajoh..
Perjalanan ke Satun ambil masa satu jam lima belas minit jadi aku hanya mampu bertawakal naiki bot kayu sebegini di tengah lautan pagi :D

Baca yang berikutnya:

Koh Lipe - Permata Tersembunyi Thailand - Bahagian 1
Koh Lipe - Permata Tersembunyi Thailand - Bahagian 2
Koh Lipe - Permata Tersembunyi Thailand - Bahagian 3
Koh Lipe - Permata Tersembunyi Thailand - Bahagian 4