Mengenali Penulis


Tentang Nanatron

Orangnya biasa-biasa, namun berkeinginan tinggi untuk melihat dunia sebanyak mungkin. Suka cara travelling yang simple dan murah. Motto aku, lagi murah lagilah bagus! Tak semestinya angkut backpack, adakalanya pakai beg tarik jugak. Masa lapang selalu dihabiskan dengan menatap website Airasia dan buat researching tempat-tempat yang menarik. Selalu berfantasi itinerary destinasi idaman. Sukakan laut dan pulau selain melihat ruins yang menarik. Here's to seeing the big wide world, cheers!


Bila Start Hobi Travel ....

Rasanya tahun 2008 bila first time pergi Pulau Redang dengan kawan-kawan. Masa tu rasa best nye pergi tempat orang dan keluar dari kepompong bandar KL. Bermula dari situ minat sudah terbuka untuk berjalan-jalan ke negeri / negara orang. 

Orang kata the journey that matters kan...memang betul !
Trip ke Redang, kami pergi berasingan sebab kami dari KL dan sorang kawan lagi dari JB. Janji jumpa kat stesen bas Kuala Terengganu je. Cuak jugak sebab bimbangkan keselamatan member tu perempuan --- solo tunggu bas sorang-sorang kat JB malam hari. 

Di Redang pulak kami berkenalan dengan pelancong dari Spain dan aku realized aku suka bersembang dengan strangers sebab rasa inspired dengar cerita dan perbezaan life dia dan aku. 

Kami sempat jugak tuh buat plan ad hoc jalan-jalan sekitar bandar Kuala Terengganu sebelum berlepas ke KL.

Balik ke KL kami naik bas yang sama. Ada benda kelakar terjadi.
Berhenti kat RnR dan member ni turun pergi toilet. Lama sungguh dia pergi hinggakan bas dah nak bergerak dia masih belum naik. Kami pun panik la kot member tu salah naik bas lain sebab time dia turun tu macam mamai je. Hahaha. U know kitaorang sampai menjerit-jerit nama dia kat setiap bas dan kat toilet !

Perkara yang spontan, rasa bimbang, teruja, ketidakpastian, adrenalin rush dan lucu itu lah yang buat aku addict kat travelling ni.

There is never a dull moment !


Destinasi Idaman 

1. USA
2. Silk Road - China
3. Himachal, Manali, Shimla - India
4. Bagan - Mynmar
5. Maldives - Sri Lanka
6. Greece
7. Provence, Chamonix- France
8. Sicily, Sardinia - Italy
9. Sapa - Vietnam
10. Golden Triangle - Thailand
11. Japan
12. Fairy Meadow - Pakistan
13. Whitehaven Beach in Whitsundays - Australia
14. Great Ocean Road - Melbourne



Destinasi Takkan Diulangi Walau Diberi 1 Juta


Pulau Dayang Bunting, Langkawi.

Sebab --- banyak gila monyet. Banyak yang terlampau ye. 

Aku keluar dari bot je dah terjatuh kat air sebab nak elak monyet yang menunggu ketibaan bot.

Dalam pada berjalan kat laluan ke arah tasik tu banyak sangat monyet kiri kanan

Time aku lalu tu lah dia nak bergaduh sesama dia !

Menggigil weh lalu kat laluan tu

Tobat tak akan pergi lagi. Titik.