Koh Lipe - Permata Tersembunyi Thailand - Bahagian 4

sambungan dari Bahagian 3


Hari kedua di Koh Lipe, rasa mahu lepak saje kat pantai tanpa buat apa-apa aktiviti air sebab macam dah boring nak snorkeling hehe...rasanya tengok ikan dan terumbu yang sama je jugak, lagi pun macam tak confident nak snorkeling kat perairan negara orang. Macam seriau sikit. Lepak aje lah kat pantai...nak tengok biru ke tidak airnya.

Sebelum itu, isi perut di Thai Lady Pancake Shop!



Bersarapan dengan cinnamon banana pancake dan chicken sandwich



Okay mari hit the beach, baby!





Habis mandi manda dan lepak-lepak tepi pantai, hati aku macam rasa sesuatu. Macam kurang sesuatu. Apa benda yeh aku cuba fikir fikir lagi...then aku dapat! Hati tak ada keterujaan sangat terhadap pantai nya. Aku rasa mendatar dan biasa-biasa sahaja, takda excitement. Kenapa? Sebab aku rasa pantai Perhentian lagi lawa...haihhh entah lah lain orang lain pendapatnya kan? Oh ya, disebabkan tengahari yang terik, semua anjing2 yang selalunya berkeliaran di sekitar pulau ni tak kelihatan langsung. Mungkin mereka ambil afternoon nap yang panjang. Ahaha...tapi petang hingga ke malam siaplah kamu..kena mengelak anjing-anjing ini kiri kanan jalan. Kadang-kadang kalau kita makan kat tepi restoran sebelahan dgn jalan or pantai, dia pun mula la datang macam nak makan juga. Hishh rimas hokey! Biasanya kami kalau makan, suka duduk dalam-dalam sikit takde lah binatang ni datang kacau. I hate dogs and cats!


Lepastu dah tak tahu nak buat apa, rasa mengantuk datang pula jadi kami isi perut lagi....baru la best nak lelapkan mata...haha! Kami decided untuk took a nap jap sebab panas sangat, petang-petang barulah best sikit nak keluar ke Karma Beach. 

Kedai makan muslim


Aku ni hantu Mee Ladna jadi alang-alang kat Thailand ni meh rasa Mee Ladna original Thailand. Memang beza hokey!

Nasi Goreng Seafood yang sangat marvelous hingga lupa nak snap gambar dulu. Dah kena kitai baru nak snap! Hehe!
 Alah kira lunch + teatime lah..gitu *Sebenarnya tamak makan!

Haaai laaa, besnya tidur kekenyangan...~


Eh eh eh jom jom kita ke Karma Beach...ni dah terlajak tidur ni! Hahaha terus gegas ke pantai carik long tail boat yang boleh bawa kami ke sana. Upah murah je...tak ingat tapi murah laa..



Ini lah Karma Beach

Karma beach ni pada aku hanya cantik dalam gambar sahaja lah sebabnya pantainya pun pada aku kurenggg gak la. Tak best langsung. Ntah laaa aku ni picky bab beach yang awesome kot! Because I have found the best yet so far...PERHENTIAN! Tak percaya tengok entry aku kat sini.

Tapi kat situ time sunset ramai-ramai dok lepak kat pantai with drinks and beer untuk witness sunset yang cantik. Aku sempat witness dalam longtail boat!

Dah nak balik ... :)

Malam tu kami bersiar siar kat Walking Street. Rupe-rupenya panjang juga Walking Street ni...kedai baju, souvenir, restoran bersepah-sepah. Sebenarnya malam tu plan nak massage tapi mak aiii semua kedai massage full house la! Menyesal tak pergi siang hari sebab tengok dorang dok rileks je takde keje, malam baru kencang bisnes kot. Kempunan la aku Thai massage. Akhirnya kami dinner je kat restoran yang sama kami pergi malam sebelum tu. Order lite-lite je sebab ada orang dah takleh nak hadam kepedasan makanan Thai. Hehe. 

Singgah tengok perfume
Malam tu la kami tengok ramai pelancong Malaysia dari malam sebelum ni. Maybe sebab it was weekend night. Kebanyakannya pelancong berbangsa Cina. Tapi mereka ni betul-betul buat aku pecah perut dengan stail dressing mereka. Dengan red dress, beg tgn mewah, bunga kat kepala macam kau pergi jenjln kat Hawaii padahal Koh Lipe je kot! HAHA! Then ada sorang mamat cina ni pakai WET SUIT pergi dinner. Gile ape weh?

Then, dorang gila main tanglung kertas. 

Tanglung kertas di Koh Lipe
Ramai-ramai beli tanglung ni pastu main kat tepi pantai. Masalahnya dia tak cukup sabar so belum sempat benda tu warm up dia dah lepaskan tanglung ni...so benda ni tak dapat nak naik sangat la...terus terjunam ke dalam laut. Terjunam kat laut takpe lagi, kot terjunam kat longtail boats yang sememangnya banyak dorang park kt tepi pantai tu, terbako...sapa nak jawab wei. Musnah harta pencarian dorang. Fikir sikit lah ye. 

Lepas habis dinner sambil people watching yang kebanyakannya buat aku geli hati tengok pelancong orang kita...kami lepak-lepak kat beach bar, sambung lagi people watching. HEHE.


Boringnya kalau orang kita...dah mabuk tak reti mabuk dendiam. Group A dan Group B berlawan-lawan sapa yang paling banyak yamseng...paling kuat minum...paling bising...paling happening la kot pada dorang tu. Mat saleh- mat saleh hanya tersenyum jeee tengok gelagat depa tu. Ntah apa-apa la dorang ni. Tak tenteram nak chill sambil dengar lelagu tengok bebintang. Huh...lepas tu kami blah la malas nak tengok perangai beruk.


Last day tiba keesokan harinya! Mari sarapan dulu...




Hari terakhir di Koh Lipe, matahari sangat gemilang menjadikan hari yang indah!



Perjalanan balik ialah feri -> boat kayu (kali ni rate murah sebab banyak locals nak ke Kuala Perlis. Seorang hanya RM20! Untung!) -> bas ke KL

Bajet kami untuk trip ni ialah RM1500 untuk dua orang perbelanjaan tapi dapat jimat...hanya guna RM1300 je! Untung laa...


Pada aku kelebihan Koh Lipe:

1. Makanan Thai yang awesome, makanan halal pun senang cari!
2. Suasana pulau itu yang happening dari segi banyak kedai-kedai dan senang untuk mendapatkan apa-apa barang hatta ubat sekalipun sebab ada farmasi kat pulau tu!
3. Orang Thai yang ramah dan tidak gatal hahaha! Pendek kata kalau kamu perempuan melancong solo ke pulau tu sure tak kena kacau atau kena himpit je dengan orang pulau macam ehem...Perhentian :D
4. Beach bars yang best ambiance nya
5. Mata wang Thai yang rendah hehe.
6. Boleh juga jadi destinasi percutian keluarga sebab ramai young or old families ke pulau ni, not like Perhentian Kecil yang cater untuk young and beautiful people. hehe!
7. Memandangkan tourist yang pelbagai jenis umur datang ke pulau ni maka banyak hotel/resort yang ada kemudahan yang bagus terdapat kat pulau ni. Contohnya bekalan elektrik memang 24 jam. Kalau Perhentian Kecil, resorts yang cater untuk backpackers tu terhad bekalan letriknya. 

Kekurangan Koh Lipe pula:

1. Banyak sangat anjing laaa....
2. Laut tak berapa best dari segi waves mahupun kebiruan kecantikan laut itu sendiri
3. Maybe terlalu commercialized sikit. 

Alright itu saja ulasan aku. Ada pertanyaan tentang pulau ni boleh la komen di bawah~ :D


Baca yang berikutnya:

Koh Lipe - Permata Tersembunyi Thailand - Bahagian 1
Koh Lipe - Permata Tersembunyi Thailand - Bahagian 2
Koh Lipe - Permata Tersembunyi Thailand - Bahagian 3
Koh Lipe - Permata Tersembunyi Thailand - Bahagian 4

6 comments:

  1. ada ke boat dr koh lipe ke kuala perlis?

    ReplyDelete
  2. boat direct ke kuala perlis tak sure pulak. mcm saya...amek boat dr koh lipe ke satun. then boat satun ke kuala perlis.

    ReplyDelete
  3. tammalang pier mmg ade bot terus ke koh lipe jugak eyh? so means kalau dari kuala perlis - satun (tammalang pier), x payah la susah2 nk g pakbara pier. btol x?

    ReplyDelete
  4. betul noor. ada ferri trus ke Koh Lipe dari Tammalang Pier, Satun.

    ReplyDelete
  5. tima kasey nana sbb share info ni semua...jimat duit sikit takyah drive smp ke pak bara....

    ReplyDelete