Flores Komodo Adventure : Hari Satu // Lombok


Laluan : KL - Lombok (Airasia), Lombok - Labuan Bajo (live onboard phinisi ship) , Labuan Bajo - Lombok (jalan darat - bas, van. ferry), Lombok - Gili Trawangan (ferry), Gili Trawangan - Bali (ferry), Bali - KL (Malindo)

Plan asal cuma KL -Lombok - Labuan Bajo - Lombok - KL tetapi trip ni dari awal dah drama swasta sangat gara-gara Gunung Rinjani yang acah-acah nak meletus menyebabkan banyak airlines membatalkan penerbangan ke/dari Lombok dan Bali.

Pencarian travel buddies bermula kat blog dan seterusnya FB. Dapat la kumpul 3 orang yang sama-sama teringin nak pegi belayar mencari komodo. hihiks.

Nanatron, Lely, Nisa

Senang deal dengan dorang ni sebab memang serious nak pergi. Aku habaq harga tiket sekian, sekian..memasing laju beli tiket and inform dah beli. Dah beli tu maksudnya kompom laa ikut so aku takyah cari-cari orang meneman aku. Aku selesa dengan trip kecil macam ni, tak banyak kepala nak hadap. Semua first time jumpa kat airport kecuali Jijoy yang sememangnya schoolmate tapi shy shy cat sebab bukan rapat pun time skola tetiba dah tua bangka macam ni nak ikut kita jalan-jalan! hahaha~


Okay malam tu biasa lah bergelandangan kat airport sebab flight pagi. Dapat cari port celah tiang untuk melelapkan mata. Bukan nak lena sangat pun sebab kena tidor sesopan dik, kang viral lak tidor gaya keluang.


Pagi tu semua berkumpul dan kenal-kenal. Jijoy belanja semua orang kopi sebagai langkah beli jiwa. Hiks. Tahu takut dia sebab 3 girls against 1 guy. kikiki. Time ni Bali airport memang dah tutup sebab Gunung Rinjani volcanic ashes. Kiteorang berharap flight Lombok kami tak terjejas la gamaknya, Kita semua dok check in kat FB segala dah nih. Dah masuk flight, duduk-duduk selpi selpa pahtu 20 mins flight tak gerak-gerak juga. Alas! Announcement dari kapten mengatakan airport Lombok tutup sebab Rinjani eruption. Semua diarah turun dan tunggu kat waiting lounge. Warghhh nak nanges. Dorang tak decide lagi sama ada flight di tunda atau nak kansel terus jadi kita diarah tunggu.

Sambil tunggu tu kiteorang dah pikir macam-macam route nak menyampai ke Lombok. Apa-apa pun kena fly gak ke sana, aku tak nak patah balik rumah! Nanti apa kata orang kampung? Huhuhuh...
Since aku pernah pegi Makassar dan pelabuhan dia, aku tahu pelabuhan dia besar sangat dan ada kapal yang pergi Lombok..malah nak terus ke Labuan Bajo pun boleh. Tapi makan hari ah. Hahaha. Ada yang fikir turun Surabaya then naik ketapi ke Bali pahtu boat ke Lombok. Ada yang fikir tukar destinasi terus ah..Raja Ampat ! Memasing dah keluar plan gila sebab taknak balik rumah kekdahnya! Pengajaran sini, takmo check in FB selagi tak jejak kaki kat destinasi ye. Kahkah!
Penantian suatu siksaaa muka memasing sugul.



Jijoy beli emosi lagi dengan membelanja donut. Dari airport lagi dia dah ada ciri-ciri "banker" & "cheerleader". Korang kalau ada travel buddies mesti tahu personaliti ni kan? hahahhaha!


Tengah hari tu akhirnya dapat fly. Babak saspens belom berakhir lagi. Dah naik flight tu lama plak dia nak take off. Kita ni dah saspens sangat takut la kena tunda lagi ke kansel ke. Akhirnya fly jugak tapi masih berdoa jangan la tetiba dia dapat arahan suh patah balik. Selagi tak jejak airport Lombok kita takleh nak senyum lagi. Saspensss~~~

Sampai Lombok airport buat apa dulu? Makan loh! Meraikan kejayaan kecil, dapat tiba Lombok...hiks. Baru lah bleh senyummmm~




Senyummmm! Naik shuttle bus ke Senggigi nak cari hostel.

Cari yang walk in sajork. Dapat yang murah kat Mandiri Homestay. Lepas check in dan freshen up, keluar jalan-jalan cari kuda untuk cari makan.

 Naik kereta kuda sebab malas nak jalan. Simpan tenaga untuk Flores (alasan)


Saja bersiar-siar tengok mana boleh makan. Memula budak ni bawak ke kedai makan. Waduh kok ingat kami mau makan enak-enak. Lesehan saja ya udah.


Asal boleh. Order apa tah ni. Satgi check photo album balik. Ni pictures ni semua yang simpan kat laptop opis dan juga ada amik sikit dari Nisa blog. Haiii Nisaaaa~! Hahah. Budak ni rupa-rupanya memang followers dan selalu baca blog aku dan bila aku open trip ke Flores ni memang menggelitik la dia nak ikut. Aku baru tau time atas kapal rasanya dia confess. Adeh rasa segan lak. Travel dengan peminat. *matilah perasan. Kena jaga perangai ni depan peminat hahaha.


Mandiri Homestay menyediakan lempeng pisang dan kopi hitam sebagai breakfast. Not bad la homestay ni..can go la as transit satu malam.








Nanti la aku tambah gambar lagi bila free kat rumah kang. Skang nak bukak personal laptop malas! Lembab kemahen!


Next time kita khatam Lombok pulak! Now kita tengah nak adventure ke Flores-Komodo


Lepas check out tunggu pick up dari Kencana Adventure.



Borak dengan om-om kat sini. Macam biasa dia tanya dari mana, nak ke mana. Dia pun bukak cerita lagenda komodo. Macam-macam versi sebenarnya. Ada seorang perempuan bernama Putri Naga melahirkan dua baby kembar - sorang macam manusia dan sorang macam komodo lalu diberi nama Orah dan dilepas ke hutan. Yang ni pulak tak ingat aku borak dengan om-om ni atau dengan rangers kat Rinca...kononnya ada raja yang bela komodo-komodo ni penuh pulau dan dijadikan tentera Raja. Bayangkan dia lepas komodo ke area musuh...brutal! Umpama Wildlings bawak mammoth time nak attack Castle Black *hai para peminat Game of Thrones

Akhirnya datang pick up, dan kita menuju ke ofis Kencana Adventure. Sessi bayar membayar berlaku disitu. Kiteorang amik pakej 4hari 3malam harga Rp 1.500.000 per pax.

Itinerary :
FREE SHUTTLE FOR SENGGIGI AREA AT 10.30AM AND BANGSAL HARBOR AT 09.00 AM
Day 1
  • Kencana Adventure office SENGGIGI - Meeting point and registration at 11 AM
  • Labuan Lombok Harbor - Leaving from here around 3 PM
  • Keramat Island - Enjoying sunset from the boat

Day 2
  • Gili Bola - Snorkeling and walk around the island
  • Moyo Waterfall - Visit The Waterfall

Day 3
  • Gili Laba - Trekking to the top of Gili Laba
  • Pink Beach - Snorkeling
  • Manta Point - Passing Slow Engine

Day 4
  • Komodo Island - Trekking to see the dragons
  • Rinca Island - Trekking to see the dragons
  • Labuan Bajo Harbor - Arriving around 5 PM

Tapi itinerary ni berubah-ubah ikut keadaan dan kiteorang punyer berubah skit sebab Day 1 dapat pegi Pulau Kenawa dan rasanya Keramat Island tu takde rasanya...
Gili Bola tak pegi jejak..cuma tengok je rasanya..

Bole la jenguk website untuk tengok pakej-pakej yang ada: http://www.kencanaadventure.com/index.html

Sebelah ofis ada jual kerepek pelbagai-bagai. Macam biasa kita suka tengok kerepek orang indonesia ni. Pelbagai variety dan pepelik gak...

Macam bunga dia buat...

I am torn between peyek kangkung rumput laut atau keripik rumput laut !! Apa beza dia weh? hahaha
Disebabkan tak penah makan kangkung dasar laut nih, aku beli yang tu.




"Wah eksotis dodol raya enko Senah..." - jiran anda pasti kejelesan. Dapatkan dodol-dodol ini di pasaran skang.

Berangkat ke pelabuhan Bangsal. Dalam bas diberi makan nasi kotak.
Nampak simple tapi sedap terutama sekali telur berlado tu nyam nyam!

Ni lah kapal yang membawa kita ke Flores selama 4 hari 3 malam. Kapal phinisi! Seronok tak terkata sebab 1st time adventure gila naik kapal pirate macam ni. hehee..

Untuk pengetahuan. Jauh kan? Pahtu korang pikir ye time balik dari Labuan Bajo ke Lombok tu kami guna jalan darat. Kerja gila macam ni dah lama cakap kat travel buddies, masing-masing dah redha. Hihiks


Keadaan dalam kapal. Ni common area belah bawah. Tempat lepak-lepak, makan-makan, bersiap sedia nak turun ke pulau2 semua kat sini lah..

Bilik air dan toilet nya not bad. Tak kotor dan maintain sentiasa. Tapi air memang catu ah. Sorang boleh mandi sekali je sehari. Buat apa nak mandi banyak-banyak kali pun sebab sailing ni naik turun pulau konfem basah-basah. Bangun pagi basuh muka, gosok gigi, turun pulau, naik kapal, basah-basah jemur je diri kat dek kapal. Sebelum malam tiba, baru lah mandi. Gitu strategynya.


Deck class je dik ! Tu pasal murah, tapi lagi best tidor macam ni daripada dalam kabin. Sejukkk nyaman!

Malam nya sessi ice breaker with kapten Mas Abdul. Ramai mat saleh dan orang lokal juga. Ada dua group lokal dan dorang diam-diam gelarkan kiteorang #teammalaysia. Lawak oke macam mewakili Malaysia dalam acara badminton pulak. Kiterang pun dalam diam bagi gelaran, senang nak identify sebab memasing dari lain tempat, Bandung dan Jakarta hence group #teambandung dan #teamjakarta.
#teambandung cewek semua nya...seronok insan yang bernama Jijoy. #teamjakarta is a mixed group dan hardcore photographers siap bawak laptop bagai ha...
Kbai! Sambung nanti.