Flores Komodo Adventure: Hari Dua // Pulau Kenawa







Opocot komodo! Takyah saspens, Pulau Kenawa takda komodo. Dia sebuah pulau yang korang leh jenjalan dan snorkeling. Time kami pegi ni bulan November dan musim panas kering di sana. Jadi rerumput dan bukit nampak perang sesaja.


Rutin naik turun bot ni memang sentiasa ada hingga akhir trip ni nanti merasa lah peha dah rabak. Penat doh panjat tangga kapal, turun tangga kapal. Nasib baik la aku yg sejenis rajin cramp kaki ni takde lak terkena cramp time trip ni. Kat Bali memasing mencarik tempat massage. Hee..


Kiteorang turun dan lantas lepak kat jetty ni dulu...

Disebabkan jetty ni panjang, kitaorang jenjalan sampai hujung dan rasa amazed tengok laut membiru kiri kanan

Hujung-hujung, rendam kaki. Merasmikan laut Flores gitchew. Bleh nampak corals segala

#teammalaysia in Kenawa


Kemudian, kami naik darat dan jenjalan ke arah bukit femes kat Kenawa ni. Kalau google pasti nampak bukit ni, tapi biasanya......


Nah ! Hijau segar bugar ! Taken dari Dolan Dolen


Tapi kami pegi musim kering! Jadi bleh la Google tambah koleksi images dia...Kenawa di musim kering *golek golek atas rumput kering

Layan ganba perang perang coklat berkeping-keping dibawah..













Pulau ni takda bekalan air, letrik dan penduduk pun kat sini. Yang ada cuma gazebo yang disediakan kat tepi pantai.




Bye Kenawa. It's a pleasure to had visit you! Ada lagi satu pulau nama pun dekat-dekat, Kanawa tapi itu terletak 10 km dari Labuan Bajo , Flores di Nusa Tenggara Timur dan ada kemudahan dan penginapan. Pulau Kenawa yang kami pegi ni pulak terletak di Kabupaten Sumbawa Barat di Nusa Tenggara Barat. Jangan silap pulau! Hihi~


 






Kemana kita? Hahha ni kat hujung kapal memang port favorite #teammalaysia dok selpi, berjemur, bertenggek, cuci mata dan bergocip. 


View dari bertenggek kat hujung kapal ni. Nampak la orang kuar masuk tapi untuk give up our own port? No way ! Korang layan je la view kat sisi sisi sana~

Ni sebenarnya bumbung kapal. Pun jadi gak tempat melepak especially waktu malam. Pehhh layan bintang kat atas ni sambil layan kopi hitam memang osem!


Senja berlabuh. Dan pelayaran seterusnya membawa kami terus jauh kedalam Laut Flores...

*bzzz bzzzz (sejenis suka vibrate fon hiks)
Eh henfon aku ada signal di tengah lautan ni??
Gila power Telkomsel !

Mr. Z calling-calling. Dia dah tahu guna whastapp video dan boleh kata selalu dia call guna feature ni. Nak pulak lagi dia macam baru sedar aku away nearly 2 weeks untuk trip ni so dia macam jeles gaya macam time kapel dulu. Tapi time kapel pun tak cenni! Hahaha kejap cakap baik baik, kejap kang gaya nak gaduh, kejap kang baik balik. Waduh pusing gue! Pulak tu Telkomsel SENTIASA ada strong line walaupun kat tengah laut hokey. Merasalah~~~ panahan asmawa Mr. Z Hihi

Apa-apa pun Telkomsel is very recommended kalau nak gi Flores ni!