NANATRON GOES KUWAIT: SEKITAR KUWAIT DI HARI AKHIR


Hari terakhir ! Siang tu sempat lagi jalan-jalan sekitar Kuwait sebab flight ke Manila ialah waktu malam. Banyak juga tempat dapat pergi - Seif Palace, Liberation Tower, Kuwait Water Towers, Kuwait Aquarium! Ya ampun tempat yang last tu memang tak jangka sebab kita dah muak pegi aquarium...Singapore, HK, dok pegi aquarium dan kesimpulannya semua ada benda hidupan yang sama ! 


Jalan-jalan Souk




Banyak beli tudung sini. Macam nak letgo sebab tak pakai. Ahaks. Kain memang sedap materialnya dan ada label "Made in Kuwait". Sapa nak PM tepi naa...semua tudung kita beli tudung hitam sajork.



Host yang belanja so kita layankan je la aquarium ni...




Sebelum masuk Kuwait Aquarium ternampaklah Starbucks. Kita dah riki riki kat counter nak beli kopi sebab beberapa hari tak pekena kopi rasa tak keruan dah. Kebetulan lak Hajah A ada kat situ aku pun batalkan je niat nak beli kopi sebab takut nanti dia offer nak belanja pulak. Susah woi ada host baik hati sangat semua nak tanggung beres ni. Nak beli kopi pun kena undercover...aku fikir emm nanti lah aku beli time-time Hajah A ni takde. Bila keluar dari Kuwait Aquarium, kiteorang lepak2 kat luar amik angin...



Kuat angin kat sini...
Pahtu masuk balik tengok-tengok Hajah A dok bimbit beg kertas Starbucks banyak-banyak. Ah sudah ! Dia beli kopi untuk kita semua kahhh ? Sudahnya bukan dapat kopi, lagi best iaitu mug Kuwait Starbucks tu ha...buat cenderahati katanya. Waduh. Lain aku teropong lain yang dapat. Gelisah tak dapat kopi kita beralih ke tempat lain...makan!


Host bawak ke Holiday Inn hotel untuk lunch. Ternganga la kitaorang, biar betul nak makan kat hotel. Emm layankan je lah host nak belanjer. Dia siap suh pilih nak makan apa, so kiteorang pilih restoran Lebanese, Ayam Zaman. Lagipula host kata restoran ni tempat favorite anak dia so dia memang biasa makan sini..



Suka condiments arab. Ada badam, olives and pickles...


Time nak order tu...kita punya lah suka hati nampak Turkish coffee kat menu. So aku order lah. Terkejut host bila dengar aku order kopi.

"No...noo...not coffee for lunch~" - serentak Haji A dan Hajah A berkata-kata..muka memasing disapproved abis ah

"Coffee is for tea time..dessert" - mmm dia taktau aku hentam kopi pagi petang siang malam takde efek apa apa pun...

Last-last dapat jugak order kopi! Yehuu

Bila kopi tu sampai kan...kita frust. Cawan dia kecik cenonet jek! Macam gaya expresso shot. Tak payah nak habaq la, kita habiskan sehela nafas je.


Borak sembang...ni sessi berterimakasih dan ucapan bagai..haha


Sedapnyaaa...sapa order ni



Ni aku punyer huhu..tu la order lagi benda pepelik. Ni namanya Kebab Berendam! Toksah tanya, memang tak habis makan...~



Lepas makan, host melepaskan kami roaming sekitar luar Souk Mubarakiya, banyak gak shoplots. Sempat lah membeli sehelai jubah kat sini...seingat aku murah la bila convert dalam RM120-150 kot...tak ingat tapi mustahil sampai RM200 sebab aku takkan beli baju dan barang RM200 ke atas hatta di mana aku berada sekalipun! heee...
Jubah ni lom dapat dipakai lagi...dah dua tahun simpan, macam aku simpan entry Kuwait ni la gak. Hahaha maybe Raya kali ni bleh pakai...cover perot mengandung nih. 



Keadaan jalanraya di Kuwait


Shopping mall


Kuwait ;)




Liberation Tower


Seif Palace


Roundabout in front Seif Palace

Semejid, nama taktau hiks...

Kuwait Water Towers


Malam sebelum berangkat dijamu pizza oleh host

Eskem ni merecik best! Terasa natural juice raspberry tu


Bergambar kenangan bersama host dan family sebelum berangkat ke airport


Tertinggal nak habaq kat entry lepas, di mana family host ni agak modern. Tengok penampilan anak pompannya je dah cukup. Ada tattoo sikit kat tangan, dan aku syak dia smoking sebab ada bau rokok. Kita okay je tak judgemental pun, malahan aku memang dah agak derang modern sebab Hajah A ada collection shisha. Hehe..aku dok merasa shisha dia la tu...walau aku sorang je melayan. Anak pompan dia kata suka music metal dan band kesukaan dia Avenged Sevenfold. Boleh la geng dengan Mr. Z tu *roll eyesss* Kita takleh hadam Avenged Sevenfold, jejenis Muse, Royal Blood, The Black Keys je boleh. Kita pun introduce dia taste music kita malam tu. Layan lagu through the blaring speaker...disamping memperkenalkan top ngehits lagu Malaysia jugak.. :)



Penungguan di airport Kuwait. Kalini bawak fail nak simpan segala tiket



Wings Transit Lounge di Manila airport. Check in untuk rehat beberapa jam sebab flight ke KL esok harinya. 



" In Terminal 3, the Wings Transit Lounge offers 17 sleep capsules, 16 twin rooms and a family room, showers and a spa and massage area. Location: Terminal 3, Airside, 4th Floor. Rates: from P880 to 3,200 including a light meal and shower. Hours: open 24 hours. Cash only, no credit cards."  - dipetik dari http://www.sleepinginairports.net/asia/manila.htm


Kopi yang sejati setelah sekian lamaaaaa....


Penungguan lagi flight balik KL. Orang sebelah tu la punca kita ke Kuwait, Encik Zali aka Kenyalang Celup Terima kasih la atas "hasutan" ni. Once in the lifetime experience sebab semalam baca kat FB Cebu Pacific airlines dah suspended flights ke Kuwait, Doha & Riyadh sebab no longer viable and sustainable. Tidak mendapat lah lagi harga durian runtuh tiket RM60 tu !

.

Habis jugak entry Kuwait ni! Hahaha...~
Bila dikenangkan balik, trip ni gila sebab pegi ke negara yang antara currency yang mahal dalam dunia diketika tu. Bajet memang basic dan aku dah redha makan falafel je 3-4 hari tu..mana nak sangka nasib kami berubah langsung bila dapat host macam Haji A. Syukur pada Tuhan.