Pulau Perhentian Kecil - Laut Biru Yang Menggegar Jantung!

Bila: April 2011

Tempoh: 3 hari 2 malam


Ini pertama kali aku menjejakkan kaki di pasir Pulau Perhentian. Ianya antara destinasi pulau yang menarik hati aku selepas Pulau Redang. Setelah membeli tiket penerbangan Airasia dari KL-Kota Bahru dengan harga promosi (read: murah gile) maka backpack dipersiapkan untuk percutian pulau yang di nanti-nanti.

Perjalanan bermula di KL Sentral dengan menaiki Skybus ke LCCT.  Dari KL ke Kota Bahru tidaklah lama. Tak sempat panas punggung, dah sampai ke Kota Bahru. Dari Kota Bahru airport kami menaiki teksi ke jeti Kuala Besut. Pakcik teksi bawa macam F1 driver di jalan-jalan kampung dan alhamdulillah kami sampai di jeti in one piece. Tambang RM70 dibayar dengan ucapan terima kasih. Aku pergi ke satu agen pelancongan disitu dan membeli tiket bot return. Kelihatannya banyak pelancong Eropah dan hanya kami satu-satunya pelancong Malaysia disitu, melepak sambil menunggu bot. Ada bayaran RM5 sebagai yuran selenggara Taman Laut.

Jadual Skybus
Sampai sahaja bot, kami membelah lautan dengan perasaan tidak sabar untuk melihat pasir putih di Long Beach. Aku telah siap-siap online booking bilik Mohsin Chalet dengan harga RM120 - 140 satu malam.

Cuaca: Panas yang terbaik!

Penginapan: Mohsin Chalet

Cuaca yang panas dan matahari yang terik memancar sebenarnya membuatkan laut biru lagi bertambah cantik. Makanya aku jarang merungut panas kerana indahnya laut biru Pulau Perhentian ini tidak tergambarkan. Pasir yang memutih lagi menambahkan contrast kebiruan laut! Teruja sangat bila kaki ini sudah menjejak kaki di pasir Long Beach. Namun kami harus bergegas ke chalet tambah pula hari sudah petang. Mohsin Chalet terbina diatas tepian bukit dan untuk ke reception & bilik bilik maka haruslah mendaki tangga batu nan tinggi. Kombinasi tangga batu tinggi dan panas bagai memijak arang batu, cuaca terik dan backpack berat membuatkan hati ini menyumpah-nyumpah juga kenapalah aku pilih chalet ni! Tetapi bila sampai di atas, hati terus sejuk melihat pemandangan yang first class.

Pemandangan dari bilik
Bilik Mohsin Chalet. Jangan harapkan keselesaan hotel kerana ini adalah chalet gaya backpacker. Basic & simple
Sekitar Mohsin Chalet
Restoran Cayaku, Mohsin
Pemandangan hebat dari Restoran Cayaku, Mohsin
Hilang lelah bila ada pemandangan macam ni. Kami duduk-duduk di luar bilik menikmati keindahan Pulau Perhentian. Bilik di pulau ini tiada elektrik dari pukul 8 pagi hingga 6 ptg dan keadaannya memang begitu setiap hari. Kecuali anda menginap di chalet mahal sikit seperti Shari-La atau Bubu mereka ada bekalan elektrik 24 jam. Jadi, tiada guna juga melepak dalam bilik sebab panas makanya baiklah kita berpanas diluar ditepi pantai. Haha! Kami pun turun ke pantai dan minum petang di salah satu gerai makan yang banyak terdapat di tepian pantai. Apalagi kita people watching lah. Macam macam karenah juga petang itu :)


Antara kedai cenderahati di Perhentian yang sarat dengan pareo dan beach clothings
Keceriaan budak-budak pulau
Pitchline sales yang menarik :D


Bar yang telah dibakar oleh pihak berkuasa. Kami missed just by few hours! Tapi petang itu juga mereka bina balik bar ni and by nightime, bar is open for business :)
Seronok minum petang begini! Saya suka laut biru!
Water taxi, snorkeling trip, diving...semua terdapat disini.


Aktiviti Siang Yang Wajib Dilakukan: Snorkeling, Melepak di pantai di bawah beach umbrella, People Watching, Mengagumi Pantai Yang Gorgeous

Di hari kedua di Perhentian, aktiviti bertumpu pada snorkeling. Kami memilih snorkeling short trip kerana pada aku mana-mana snorkeling pun sama saja pemandangan lautnya dan kami bernasib baik hanya lima orang sahaja yang mengikuti trip kami berbanding bot lain yang sarat dengan pelancong asing kerana mereka mengikuti snorkeling long trip. Kami berkenalan dengan dua lelaki berasal dari Terengganu & seorang wanita dari Brazil.


Kaunter Snorkeling
Hanya kami sahaja dalam bot ini. Sungguh selesa!

Kami menerokai tiga snorkeling point. Point pertama kami berenang bersama ikan-ikan pelbagai warna. Sangat jinak dan sentiasa lapar bila dihulurkan roti. Seronok memberikan mereka makan tetapi bila sekumpulan besar ikan datang menuju & mengerumuni tangan aku, rasa geli-geli pula! Haha! Corals di laut Perhentian sememangnya lebih cantik jika dibanding dengan Redang. Ikan-ikan juga lebih pelbagai saiz & warnanya.

Ikan Ikan yang mengejar roti
Tidak payah mengejar, saya suapkan ye?


Kejar mengejar ikan sampai terleka
Setelah itu kami menuju ke point kedua, Shark Point. Aku langsung tidak rasa gentar walaupun ada beberapa orang dalam bot kami rasa seram sejuk juga mahu bertentang mata dengan ikan jerung. Setelah puas melihat ikan jerung saiz sederhana, lebih kurang lima - enam ekor di sekeliling kami, kami pun pulang ke bot dan setelah itu baru aku tersedar akan risikonya dan barulah ada rasa gentar sikit. Haha, aku ni memang lambat pick-up bahagian perasaan. Hehe. Point terakhir ialah Turtle Point tapi aku tidak turun kerana perut sudah berkeroncong bahana tidak bersarapan, ditambah pula dengan ombak laut, rasa macam nak mati pun ada menahan lapar. Sekejap sahaja kami di Turtle Point kerana sang penyu cepat menyedari kehadiran kami lalu pantas sahaja ia melarikan diri. Abang bot kata makhluk ini memang pemalu orangnya. HEHE. Aku bersyukur bila abang bot kata kita akan singgah di perkampungan nelayan untuk makan tengahari. Di sini kami beramah mesra dengan lebih dekat dan bercerita pengalaman masing-masing. Menu lauk di kedai makan ini lebih kurang sama dengan menu di kedai makan Long Beach tetapi harga disini murah sedikit. Tengah kami bersembang tiba-tiba sekumpulan orang mengiringi sekujur tubuh dibalut plastik hitam melalui kedai makan kami. Maka heboh seketika bahawanya ada orang baru sahaja mati lemas. Difahamkan mangsa ialah pelancong Britain, wanita tua dalam lingkungan 50-an lemas ketika mandi laut awal pagi tersebut. Ada cakap-cakap nakal bahawa dia mabuk / hangover ketika mandi laut. Ketika kami berceritakan peristiwa ini pada boss Mohsin Chalet, dia berkata orang kampung disini percaya semangat laut berkehendakkan "korban" tiap-tiap tahun. Mereka berjenaka kini kita semua telah selamat kerana laut telah dapat apa yang dia hendak. Aku ketawa nervously.

Bersama Tatianna dari Brazil
Pulang snorkeling, kami mengagumi laut biru.
Sepanjang pantai terdapat hamparan tikar dan payung. Sewa seharian RM10 sahaja. Enak melepak disini!
Tengah melepak di tepi pantai ini, kami ternampak satu signboard dan bercadang untuk melihat keadaan malam Long Beach yang diperkatakan amat happening berbanding Perhentian Besar.



Aktivti Malam Yang Wajib Disempurnakan: Seafood BBQ, Melepak di beach bar, Baring beratapkan langit seribu bintang, Persembahan Api

Malam hari sangat dinanti nantikan kerana aku sangat teruja untuk makan malam di deretan kedai makan yang terdapat di tepian pantai Long Beach. Makan malam dibawah sinaran bulan dan kerdipan bintang, kaki merasai kehalusan pasir pantai sambil makan-makan adalah cukup romantik juga ya?

Makan malam ditepian pantai Long Beach
Antara set BBQ yang terdapat di sini
Kebanyakan kedai makan menyediakan set BBQ sebegini. Pelbagai jenis ikan untuk diBBQkan kalau yang berani cubalah ikan baby shark! Harga set sebegini lebih kurang RM20. Setelah selesai bersantap, kami jalan-jalan ambil angin dan berkeputusan untuk menikmati malam itu di Black Tip Bar.

Black Tip Bar
Gelagat lucu malam itu
Tertarik untuk menghabiskan masa di bar ini sehingga pagi kerana suasananya yang sempoi, hanya bermodalkan meja rendah dan tikar  sahaja. Alunan lagu lagu nya juga sedap di telinga, tak tahu lah pula di telinga anda semua. Hehe. Dia tidak banyak lagu fengtao...tapi lebih kepada muzik world dan satu dua lagu clubbing yang popular, seperti gambar diatas mereka menari kepada lagu Papa Americano. Gelak besar juga melihat mat-mat salih ini datang dengan bikini dan pareo hanya sebab mahukan free drinks. Moment yang favourite tentulah bila keluarnya lagu alunan french or spanish jazz sambil berbaring mengira bintang di langit. Sangat special dan tenang....rasa mahu tidur saja disitu! Malam itu tiada persembahan api, agak hampa juga lah.

Keesokan harinya, kami berjalan kaki melalui denai hutan dan menjejak kaki ke Coral Bay. Pada pendapat kami tempat ini seperti tidak sesuai untuk mandi manda kerana persisiran pantai yang pendek dan menjadi tempat parking bot. Walaupun Coral Bay tidak selawa Long Beach, namun keistimewaannya ialah harga makanannya murah sedikit dari Long Beach.

Anak anak ikan yang mengerumuni persisiran pantai
Persisiran pantai Coral Bay yang pendek
Pemandangan indah di jeti Coral Bay

Setelah makan tenghari di Coral Bay, kami ingin mencari Romantic Beach dan alangkah bertuahnya kerana pantai itu tidaklah jauh dari Coral Bay. Tidak payah menggunakan water taxi, hanya perlu masuk ke kawasan Resort Sharila dan ada papan arah tanda bertulis "Romantic Beach". Kami hanya ikut arah papan tanda itu dan akhirnya mata kami terpana' dengan kecantikan Romantic Beach.

Jernih air Romantic Beach
Padan sekali dengan namanya kerana aku rasa segala gala yang ada ditempat ini sangat romantik: air jernih, laut biru, pasir kasar dan sebuah payung untuk berteduh...ianya romantically rugged. Disini terdapat sewa snorkeling gear dan jangan lepaskan peluang snorkeling disini sebab terdapat ikan-ikan di persisiran pantai ini. Ikan pula dari saiz kecil ke sederhana, pelbagai warna dan juga terdapat baby shark juga! Indahnya pantai ini tidak dapat diungkapkan. Biarlah gambar-gambar dibawah berkata-kata kerana tiada ayat dan perkataan mampu untuk menggambarkan kecantikannya. MasyaAllah.









Terasa seperti pantai di luar negara! Aku rasa bangga Malaysia mempunyai pantai sebegini. Sejak dari itu, Pulau Perhentian sentiasa dekat dihati malah selalu teringat-ingat...bilalah lagi dapat pergi ke sana ya? Berharap sangat mereka dapat menjaga pulau ini dengan baik untuk generasi akan datang.

Malam terakhir dapat juga aku menyaksikan fire show, persembahan api dari orang tempatan. Juga masih lepak di tempat yang sama, Black Tip Bar. Hehe.

Fire show sebagai hiburan malam

Amat seronok bercuti di Perhentian. Confirm akan pergi lagi!

Weee! Moment ombak yang best!
Jantung tertinggal di sini. Selamat tinggal Perhentian!

8 comments:

  1. Pulau Perhentian adalah antara pulau yang tercantik di Malaysia. Kalu ada yang berminat nak berkunjung ke sana hubungi la kami di PerhentianRaisya.Com

    ReplyDelete
  2. Love your pictures!!!
    Tak sabar nak ke pulau perhentian juga!

    ReplyDelete
  3. seriusly..baca entry ni lgi teruja2 nak p sana.. dia punya laut memng cantik!
    berapa total cost pergi ya nana masa ni?
    wah cpat gler diorg buat bar..bakar petang..mlm dah siap open for bisness...
    dasyat :)

    ReplyDelete
  4. Thank.. sangat berguna untul plan trip saya nanti. :)

    ReplyDelete
  5. Nice writing. Buat teringat balik time pergi sana dulu. Memang best sampai rasa 3 hari 2 malam tu tak cukup. huhu. Keep writing. :)



    www.tripovo.com

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum,nak tanya,yang mohsin chalet tu booking macam mana ye? online atau kene call? and kat chalet tu ade provide wifi services tak? tq

    ReplyDelete