Restoran Zam Zam, Singapura





Hello! Saya lapar akan murtabak kambing...arrgh~ !!

Paling sedap yang pernah aku makan ialah semasa aku berada di Singapura sempena Aidiladha, melawat makcik & pakcik. Siapa yang tak kenal dengan Restoran Zam Zam yang famous dengan murtabak. Jom kita tengok apa lagi menu yang mereka ada?















Banyaknya pilihan! Tetapi hati ni dah tekad pada yang satu. Murtabak kambing. Yeahh~!








Inilah murtabak yang paling best dalam seantero dunia. Hehe. Hanya ada bawang dan banyak daging kambing yang dicincang. Tidak ada bahan-bahan sampingan lain macam murtabak Malaya kita. Pula tu kulit murtabak bukan main garing-garing dia buat, memang aku suka seribu kali okay! Ada pilihan nak saiz kecil atau besar, ini saiz kecil aku order. Kecil dia tak kecil okay! sebab ianya sangat besar pada aku, tak larat pula nak habiskan (tapi habis juaaaa)