Pulau Redang - Secebis Syurga Dunia Terengganu

Percutian ke Redang ini sebenarnya adalah empat tahun lepas tapi nak juga diselitkan dalam blog ini. Hehe. Memandangkan kisah ini kisah lama, makanya aku buat dalam bullet point perkara yang menarik (dan masih diingat) sepanjang aku di Redang. Selebihnya, biar gambar sahaja berkata-kata. Hehe.

1. Kami pergi pada bulan June, cuaca memang tengah cun, laut cun melecun, tourist ramai...memang terbaik.

2. Macam biasa, naik bas overnight dari KL dan sampai di Jeti Marang pagi hari.

3. Pakej 3 hari 2 malam di ambil dari Redang Holiday Beach Villa. Di tanggung beres semuanya (penginapan, makan minum, snorkeling, bot) dengan harga RM355. Ini empat tahun lepas, sekarang tak tahu la berapa harganya.

4. Pantai di resort kami pasirnya lebih bagus dari bahagian hujung pulau yang lagi satu (area Redang Beach Resort) sebab pasir di sana kasar dan banyak dengan serpihan terumbu karang. Tapi, yang bagusnya laut di situ kalau snorkeling senang nampak ikan terutamanya baby shark yang jinak. Kawasan pantai di resort kami pasirnya halus tapi susah nak jumpa ikan di persisiran pantai.

5. Malam hari di Redang memang happening. Waktu kami disitu, ada orang sambut harijadi siap pasang mercun dan bunga api. Kemudian, ada pula resort pasang lagu dan menjadikan pantai open air dancefloor. Meriah betul!

6. Di Redanglah pertama kali aku snorkeling. Perasaan teruja dan bimbang bercampur baur. Tetapi memang puas hati dapat lihat ikan ikan dan terumbu karang khazanah Taman Laut Redang.

7. Di sini tiada lambakan gerai makan di tepian pantai seperti Perhentian, makanya resort disini mengamalkan servis pakej. Aku rasa lebih baik begini, tak payah pening cari kedai makan sebab memang tak jumpa lah di sana!

8. Percutian ke Redang inilah yang membuka mata aku terhadap keindahan pulau-pulau Malaysia. Seriously, lepas percutian ini keterujaan aku terhadap pulau & laut makin menjadi-jadi. Aku masih ingat betapa kagumnya aku melihat laut biru Redang ini sewaktu kaki menjejak ke pantai ini.

Sesampainya kami di jeti Redang

Keadaan tengah hari di Redang. Sunyi je sebab orang mandi manda petang-petang sikit. Hehe. 

Pasir yang memutih




Tempat penginapan - Redang Holiday Beach Villa 

Sekitar Redang Holiday

Laut B-I-R-U

Awesome! Pasir putih + Laut biru = Terbaik!
Residen tetap resort ini. Hehe
Melepak di restoran resort. Pemandangan yang cun. 
Jernihnya!

Bot yang sarat dengan muatan penumpang

Pufferfish!
Tak melepaskan peluang membina istana pasir
Pemandangan dari atas resort
Derusan ombak pantai Pasir Panjang, Redang

Pada hari kami meninggalkan Pulau Redang, sempat juga berjalan-jalan di sekitar Kuala Terengganu & Taman Tamadun Islam. Waktu itu, taman masih baru dan banyak tempat yang off limit.
Antara keunikan replika masjid di sini.
Hebatnya kalau dapat lihat bangunan sebenar!
Masjid Kristal sangat grand!





Kami akhiri percutian ini dengan santapan di Warung Norazila Kuala Ibai, nasi kerabu dan jus gelas besar. Nasi kerabu memang awesome sangat. Walaupun dah empat tahun berlalu, aku masih ingat akan kesegaran dan keharuman ulamannya! Kat KL tak dapat cari macam ni.