Lompat Pulau di Mersing: Day 1




*mendarat ke bumi
Setelah lama berada di planet Marikh, Nanatron kembali bawak rendang kerang untuk Thanos. Dah Avengers semua gagal misi , kita cuba buat Thanos suka kan bumi supaya takde lah lagi orang melayang jadi dedebu. 

Sejak mendarat ke bumi, sis menjiwai watak mak anak dua tu pasal takde masa nak hapdet. 
Jadi entry ni aku buat ringkasan je lah..untuk tatapan aku je jugak hari esok-esok bila berumur 93 tahun nanti 

Time ni belum ada anak dua lagi...so masih boleh melompat lebih tinggi. Tinggi kerrrr....~~


Trip ni ringkas je over the weekend pun boleh buat. Konsep trip ialah lompat pulau kat Mersing dan kiteorang amik pakej dari Pulau Kita. 

1. Berangkat dari TBS menaiki bas ke Mersing
2. Bas malam dan sampai awal pagi gilerrrr so tercongok je lah tunggu hari siang
3. Sambil tercongok tu jalan-jalan town Mersing yang kosong
4. Cari KFC 24 hrs
5. Kau hengat ni Mont Kiara ke sis
6. Nasib jumpa mamak 24 hrs
7. Boleh pulak seluruh Mersing tengah dalam catuan air, so haritu tadok ayaq
8. Gigih nak jalan kaki ke semejid kot-kot ada ayaq
9. Half way tak larat nak menapak so lepak depan 7-E sebab dia ada toilet
10. Pakej pulau tu esok harinya, so hari pertama ni kiterang jenjalan Mersing je guna teksi. Sewa teksi RM100 untuk jenjalan ke dua pantai...
11. Tempat yang boleh singgah ialah Dataran Air Papan, Penyabong, Pantai Dataran Mahkota dan karoks *eh
12. Dataran Air Papan - pantai rekreasi yang lengkap dengan kemudahan mandi-manda. Imagine PD.
13. Penyabong - datang sini sebab nak makan seafood goreng murah. Ketam goreng, ikan goreng Masyaallah ketam goreng tu murah ghillerrs hokay. Kat situ ada jetty di mana boleh pegi lompat pulau disekitar situ. Harga sekitar RM150 kalau nak. Biasa orang pegi sini sejenis kaki pancing sebab dari situ point ke kelong-kelong. 
14. Pantai Dataran Mahkota - Ada mahkota bapak besor kat situ. hiks
15. Lepastu kami nak check in hostel - INARI HOSTEL. Bapak kecik signboard dia, nasib baik nampak.
16. INARI HOSTEL time tu (2016 ahhahaha) masih baru so everything is so so so new & clean. Satisfied! Orang pun takde, kiteorang je kot. So macam bapak kiteorang punya lah kita buat tempat tu. Hahaha. Since air masih dicatu-catu penggunaan air tu kena berhemah
17. Petang tu menunggu ketibaan ahlil-5 kami dan beliau selamat menjumpai hostel hiks
18. Kami jenjalan town Mersing wah itu pun dah macam Penang ada wall bermural bagai
19. Malam tu, plan sape tah...gi karok jap asah tekak buluh lemang nih. 
20. Esok hari kene bangun awal meet up team Pulau Kita kat jetty Mersing. Yasss




TBS - himpunan manusia di hari Jumaat malam Sabtu

Mamak 24 hrs. Toilet tutup so memasing kepitttt...hahaha

Lepak sini plak nak cari teksi sewa. Sementara teksi sewa bukak, membuta sini dulu hingga hujan renyai-renyai tempiashh bagai...


Teksi!


Dia bawak kedai sarapan kawan dia. Not much there.




DATARAN AIR PAPAN


















Emang lagi syantik...tapi bukan sok syantik !~


PENYABONG





KETAM HARGA RM 1 ! Aku ingat salah dengar...aku macam haaa? Berapa kak? Singgit? Terus amek banyak-banyak biasalah tamak !

SEDAPNYAAAAA~







INARI HOSTEL

Nape tak buat size font 9 je signboard tu ;)









TOWN MERSING


Muka merah-merah ni lapaq latew~









PANTAI DATARAN MAHKOTA







Mana lagu no. 154 nih~