HOOREE! CUTI SEKOLAH: Cherating

Balik-balik Cherating, Cherating, Cherating lagik!

Apsal enko suka sangat Cherating ek? - pertanyaan haterz

Kih!




Banyak benda aku bleh list nape aku suka Cherating

1. Tempat peranginan tepi pantai yang mudah akses dan tak begitu jauh.
2. Kalau nak laut yang lagi best sikit dari PD dah boleh la start enjin kete pegi sini
3. Kalau nak hotel/resort yang best sikit dari PD dah boleh la start browsing booking.com
4. Kalau nak makan yang best sikit dari PD dah boleh la puasa 3 hari 3 malam sebelum datang sini
5. Aku memang dah ada preferance hotel kat Cherating ni. Tapi hotel lama la...kekadang dapat bilik pun ada old smell tapi old hotel ni kelebihannya murah, bilik besaq gila, bilik air besaq dari biasa, kolam renang seluas chenta kita. Eh tiba..
6. Cherating masih ada vibe old charms
7. Cherating ada feverit gerai kopok lekor kitaaa
8. Sebenarnya asal pegi Cherating je kami dah memang ada SOP. Hotel, kedai makan, kedai kopok lekor suma dah chop jadi kegemaran kami. So takde nak menggagau mana dah...
9. Cherating terkenal for surfing
10. Surfers. heeeee~

So mari layan ganba trip tahun lepas (hahahha) dikala dak tecik masih dibawah 35kg, dan mamanya masih di alam universiti. Kihhihi. Perasan.Time ni bulan Nov/Dis time cuti skolah dah memang lah tengah tengkujuh so tak bajet pulak rupanya cuaca panas terik pulak. Dan lagi time weekend tu ada festival music and surf competition so boleh la jengah nanti dan usha surfers

Hotel yang dalam Cherating SOP kami - The Legend Cherating Resort. Budak ni time pegi muka putih, balik nanti muka dah mendung cikit. Maknya tak packed sun block! Tak bajet pun cuaca terik..aduyai


 Laut memang ganas lah, kita tak berani mandi. 


 Festival tu diadakan kat Pantai Cherating, so malam tu lepak sana looking for some food & music.

 Maggi Ketam. Di kala ramai dah merasa megi cenni, kat sini lah 1st time merasa Maggi ketam

Fengtao abih setting karoke dia 

Orang dah setat ramai tapi tak lama lepas tu gerimis mengundang. Terkesima makpak nya bila dak tecik bukak dance moves. Boleh pulak dia tak segan! 


Ada games jugak...


Main paper lantern. Ni macam highlight malam tu, ramai plak beli paper lantern dan try to fly it

Antara dalam SOP jugak ni --- main terjun terjun katil dengan pelbagai gaya terjunan >.<


View dari bilik kiteorang

Trip kalini baru perasan ada pet farm. Takde lah banyak benor hewannya skadar ada rabbit je. 

Bebudak tertarik lah jugak dengan pet farm ni walaupun rabbit je ada. 


Berdepan dengan hotel ni kat jalan besar tu ada kedai makan. Sepelaung je lah kiteorang makan sarapan kat situ. Pilihan kami tentulah nasi dagang dah alang-alang kat pata timor. Nasik lemak for dak tecik. 

Gaisss. Aku terliyor plak tengok pic ni. Masih boleh terbayang panas-panas kopok leko ni kat tangan langsung telan tak hirau lidah nak terbakor. Bes nye lahai kalau dapat makan kopok lekor baru diangkat dari kuali di kala cuaca sejuk cenni. 


Daaaan acara main air pun bermula! 


Pe'el memfogging walau depan ombak 



 Feel sangat main ombak


 Kita fefeeling dalam Sports Illustrated versi sopan. Hohohooo


Dak tecik tolong snapkan >.<

Dialog busuk dia bila aku pakai baju renang tu.

aaira: mama cantik...macam budak sekolah
mama: (flip skewrt)
aaira: mama ni macam kakak aaira lah, aaira panggil mama kakak lah eh!
aaira: KAKAK!!~
mama: hish! kalau mama kakak, papa ni sapa plak?
aaira: saya adik, mama kakak, papa boifren kakak saya
mama: oi jangan panggil mama kakak , karang tak pasal-pasal orang luar cekup mama & papa ni kang 


Tapi bila kat FB Mr Z kenkawan dia komen kat ganba, cradle snatcher hiks tak mampu kita nak tahan senyum wakkk! *flip kain bedung bayi

Kita bina KLCC tower nak?


Dah puas bergelumang kat air masin dan pasir, terjun ke swimming pool plak...


Swimming pool memang luas 


Boleh main perang-perang

Kat tepi swimming pool ada circuit yang boleh main main. Dak tecik ni nak main tapi penakut so terpaksa lah ikut dia naik sama



Jambatan cenni pun penakut. Sampai kena tarik tangan dia suh jalan jugak. Cis! 


Petang tu kami JJCM sat ke Duyong Seafood. Ambience tenang setenang sungai di hutan paya bakau ni.
Chilli Crab, Butter Prawn, Lemon Chicken, Sizzling Beef and Mixed Vege. Fuh kenyang sampai malam~


Petang tu lepak jap kat Pantai Cherating


 Dapat tengok orang surfing. Aku rasa kalau start belajar surfing kat sini pun okay sebab cetek 

Catch feels with me

Memberi sokongan kepada surfers. Mewakili mamanya. Hahahaha

Esok paginya kiteorang just tapau je dari kedai semalam dan piknik di tepi pantai. Besnya bercuti dapat makan sarapan heavy-heavy...pagi-pagi dapat merasa nasi minyak.



Ayuh stretching sebelum posing!~


Seronok benor kome ~


Sebelum balik, menyinggah lagi ke gerai kopok lekor terfeverit. Membelasah kopok lagi untuk kali penghabisan! 




 As you can see famili aku henjoux sungguh Cherating sebab menepati kehendak memasing. Dak tecik nak swimming pool besaq. Checked. Mama nak chill tepi pantai. Checked. Papa nak fogging depan ombak. Checked. Heee. No complaint really. Just fun-filled holiday!

xoxo,
Nanatron