HOOREE! CUTI SEKOLAH : Aktiviti Favourite Bila Di Melaka



Hello warga makbapak! Tersenyum lebar anak aku bila cuti sekolah seminggu ni sempena Diwali. Maklom lah hazab peperiksaan baru je lepas. Kita dah cakap kat dia kalau ada paper markah 100% mama bagi awak pilih mana-mana toys kat Toys R Us dan kalau result awak overall ialah tersangat OK nanti mama bawak awak adventure trip sama-sama dengan mama. 

Apa yang dia lebih teruja? 
Toys kat Toys R Us tu haa! 


"Betul ke aaira tak nak ikut mama pegi travel? Kita pegi Laos ke..nak?"
Anak gadis aku krik krik krik..mesti dia tak tau Laos tuh~


"Mama, bila aaira dah besar nanti aaira nak pegi Jepun, London, New York, Paris, Cherating (hahha!) dan Sitiawan (kg dia!haha!) dengan kawan-kawan aaira"  -- wah wah nampaknya mama telah menjadi inspirasi kepada beliau. hiks.. *tak senang duduk la bakal laki enko, nak*


Niat mamanya nak bawak anak gadis diva ni pegi rasain trip yang tough dan hardship sket tapi memandangkan dia dah plan nak travel dengan kengkawan besor nanti, mama bawak dia gi tempat dekat-dekat jek la eh. muahahaha~


Kiteorang kalau short getaway, Melaka la biasanya jadi pilihan sebab hanya sejam je dari Sendayan. 
Ada beberapa aktiviti yang kiteorang suka dan nak share kat sini kot lah bleh jadi inspirasion kat warga makbapak diluar sana...okay jom getsetgo~


Zoo Melaka 

Aku personally lebih suka Zoo Melaka daripada Zoo Negara. Aku dah berkurun lamanya tak pegi Zoo Negara, tapi Zoo Melaka ni rajin je pegi. Mungkin sebab faktor dekat, dan juga zoo ni pada aku tak crowded sangat, terbela tempatnya dan redup sebab banyak pepokok. Bebila rasa nak tengok haiwan Zoo Melaka lah pilihan kiteorang ! 

Rasain diva cilik ni jenjalan dengan cuaca panas di Zoo Melaka


Peta


King Julien ! 

Dak tecik feeling YB kawasan, dia angkat tangan kat hewan tu ^ - ^

Cantik

Black Panther

Orang Utan

Iguana


Banyak lagi haiwan yang akan menarik minat anak-anak kita. Dorang for sure happy punya lah!
Layankan lagi ganba~


Kalau bernasib baik. boleh catch badak sumbu bergocoh! Pernah sekali tu kiteorang pegi, sorang dah ready ujung sana dan sorang lagi ujung sini nak bergaduh kekdahnya! Berebut makwe pun keco satu zoo~



Aaa antara yang best jugak ialah kita boleh bagi makan kat rabbits. Anak gadis kita suka rabbits tapi bila nak bagi makan tu tetiba jadi penakut plaks...

"Tunggu..wait! wait!" Aku macam.."Cepat lah aaira mama pun dah saspen ni derang cakar kaki mama huhuhks"

Penggeli dak tecik ni, langsung dia bersila je atas bangku tu

Pahtu lari tinggalkan mama dia. Menggelabah betoi~

Dia taktau ke mama pun geli gak bila kena kerumun macam ni! 


Lagi mari berganba dengan binatang~




Sekian jalan-jalan cari haiwan di Zoo Melaka~ It is a nice place to bring your kids..


JONKER STREET

Kalau datang Melaka tapi tak pegi Jonker Street tu macam, eh takyah la enko datang Melaka. Haa gittoo! Biasanya kiteorang datang bila dah nak dekat senja tak panas berbahang-bahang. Enko tau je la Melaka ni punya panas macam mana...

Apa ada kat Jonker Street? Handmade crafts, souvenirs, food, drinks, hiburan! Cuci mata dan membakar kalori kalau ukur jalan Jonker ni..





















Benda jualan sangat kiut miut so anak korang pasti akan pau korang sebarang dua benda kat sini ! Jangan kata kakak tak warning..~ hee

Oh tidak, anak gadis tu tak mintak vespa. Fuh tu maybe lagi tigabelastahun lagi

BANDAR HILIR

Melaka kan bandaraya yang penuh sejarah, meh tazkiroh anak mengenai sejarah....which is lepastu dia krik krik krik ~ masuk kanan keluar kiri. Takpe nak, mama pun dulu macam tu. Hakss~




One day nanti macam teringin nak orang potretkan wajah kiter...it wud make a nice gift to me *clue pihak berkenaan


KG MORTEN

Nama je kampung kat Melaka tapi haqam tak penah pegi Kg Morten hingga lah baru-baru ni kami singgah sana. Memula macam berfoto je kat luar-luar rumah kampung Melayu yang cantik-cantik kat situ, last-last kami disapa nenek ni dan dijemput naik ke rumah. Langsung terborak tersembang semua. Bersembang dengan beliau mengingatkan aku kat arwah nenek, cara cakap & suara macam sama sangat...


Terus terindu arwah nenek... T T

Mana tah lagi ganba Kg Morten ni dalam simpanan aku. Hahaha korang google je lah! It is a nice photo opp place sebab binaan rumah kampung melayu tradisi melaka yang lawa-lawa. Kalau bernasib baik macam kiteorang terus dijemput naik ke rumah dan dapat info pasal Kg Morten ni dolu-dolu macam mana keadaannya. Seronok sembang dengan orang veteran ni. 


MUZIUM KAPAL SELAM

Apa yang aku suka pasal Melaka ialah ianya mempunyai pelbagai jenis muzium and that invoke the learning nature in me~!

Kalini kiteorang singgah ke Muzium Kapal Selam. Teruja oii! Bila je lagi nak merasa naik kapal selam??

Usha luaran dulu...





Jemput masuk...












Lepas masuk kapal selam tu baru aku ngertik nape tentera laut atau kelasi semuanya selim ramping ramping sebab keadaan kapal selam tu sangat kecik & sempit. Orang klaustrofobia memang toksah la naik~



Dah nak balik pun masih excited! Kapal selam weh!~~


Lepas jenjalan pasti perut melapar kan? Jom JJCM Melaka pula...bersambung~