Golden Triangle Thailand // Intipati Utara Thailand




We head down to Chiang Mai and stayed two nights at dorm in Diva Guesthouse, 170 baht per night.
Then took a Golden Triangle tour, arranged by Diva Guesthouse which includes White Temple, Black Temple, Akha/Karen hilltribe village, Golden Triangle (inc lunch too) --- 900 baht. Add up 330 baht to cross border to Done Sao, Laos. This take up a whole day because the trip is 3 hours per way. Letey! Muka sememeh je memasing dalam van. And just a tad frust skit sebab the tour didn't much give insight history of GT..opium museum pun tak pegi

Chiang Mai at night is lively with numerous night markets and the infamous ones is Sunday night market. Bars are open till late and i really enjoy the reggae live bands at Anusarn Market walaupun dengar dari jauh berselang 5 kedai dari kedai makan yang kami berkunjung..hiks.

Chiang Mai overall is cheap to travel as the tours are cheap and you get lot of things in between! Cuma kadang-kadang perasan gak flight tix ialah mahal nakmatey...

Oh well. I can tick off Golden Triangle from my list now

What's next?


DIVA GUESTHOUSE


Diva Guesthouse ni merata-rata hostel dia dan yang ni kira main hostel la...

Kiteorang ditempatkan di hostel lorong-lorong sunyi hahaha

Taklah sunyi benor , still walkable to main streets...

Di mana lokasi Diva Guesthouse dan harganya boleh la check online.

Kiteorang okay je dengan hostel ni -- bilik, bilik ayor, tours etc no complaint ! 




SUNDAY NIGHT MARKET

Malam-malam kalau nak mencuci mata & spend Thai baht yang masih banyak tu boleh la dihabiskan kat sini. Aku suka laaa night market depa ni sebab barangan derang melambangkan keistimewaan & capabilities rakyat Thai. Barangan memang Thai goods, takde nyer macam Petaling Street yang berlambak barang ciplak. Or CM yang barangan kraftangannya yang identity-confuse. Bebaru ni pegi CM aku yang confuse tengok barangan derang --- souvenir dari Bali ada, dari China ada, dari Thai ada...tah pa pe weh ! Aku rindu CM zaman muda mudi dulu time Hameed & rojak singapura mereka yang osem masih ujud dalam CM ! Biasanya bertanggak kat Hameed sebelum pergi gigs sekitar KL. Skang tatau Hameed mana pegi? Huhuks...dulu aku suka belek tiap kedai kat dalam CM tu lebih-lebih lagi kedai barangan antik.

Kat night market ni korang bleh expect barangan thai made, hand made, thai food yang sedap, jus buah segar merata-rata. hiburan seniman jalanan dan macam-macam lagi...!

Layankan ganba...~


Ini comel buat souvenir pasangan anda yang merokok *batuk kokol kat Mr Z


Aku nak try tapi kang dicerca rakan travel huhuhihi


The food court -- segala mala makanan Thai, coffee & fresh juices ! Sorgaaa~



Antara hiburan-hiburan malam tu. Lama aku dok layan musik didgeridoo ni, best !


Masuk melihat keadaan Thai temple


Balik dengan hasil pembelian yang agak mengikut jiwa seniman. Boleh tak aku beli lantern kat situ?? Hahahah ~


WHITE TEMPLE

Satu hari dihabiskan untuk tour Golden Triangle ni menaiki minivan. On the way ke White Temple, kami singgah RnR kat Hot Spring Pha Soet. Kami turun dan cari brekpes! Lapaqnamatey!

Alhamdulilah ada makcik bertudung jual martabak. The only muslim yang menjual makanan kat sana. Now tatau la maybe dah bercambah...

Okay seterusnya bergerak ke White Temple. Cuaca memang panas terik. Agar fotoshoot di White Temple dijayakan dengan vogue, aku memakai baju bermotip tribal hasil pembelian Night Market malam tadi. Hiks. Tapi ada plak orang kata macam baju tidor! Korang ghase???


Iron Man Made in Thailand

Memang nampak majestic gila la White Temple ni. Binaan sungguh ohsem. Tetapi aku tak dapat brain motip lukisan-lukisan dalam temple tu...angkasaraya lah, bumblebee lah...haha deep benar pelukisnya! Kat dalam takleh snap ganba so you gaiss go & see foyoself lah :D

Binaan yang ohsem menjadikan korang nak tangkap ganba kat setiap sudut. Stretching skit sblum mari berganba kat sini macam pakcik ni haa! Hiks


AKHA/KAREN HILLTRIBE VILLAGE

Again kita berjumpa sekali lagi dengan wanita kaum Akha/Karen di sini. Kat sini jualan nya lagi pelbagai. Dan aku ingat lagi dia ada jual rokok daun k! Bukan daun kering nipis yang biasa orang tua atok nenek kita pakai tapi daun fresh, lebar-lebar dah siap gulung. Nampak gemok-gemok rokok nya. Macam ada possibility untuk pening lalat kalau amik. 


Wanita Akha. Yang kanan tu trying to be je tapi hat ni pun tak lepas jadi Akha. Mata kita tak sepet !

Tour include lunch dan kami minta lauk vegan...
Mengapa harus togehhh huks aku tak makan togehhh~!
Yang paling sedap tentu lah telor dadar -- siap order lagi satu



BLACK TEMPLE
Kalau White Temple dengan lukisan interior yang "deep" hingga ke laut rasanya nak memahaminya, Black Temple pula ada art installations yang "deep" jugak. Please notice the sarcasm ya. Haha motip ada tanduk haiwan, kulit haiwan segala? Masuk temple ni dah rasa macam tempat bersemayam evil forest queen yang membenci binatang~ dan layan musik gothic & mempunyai kawan-kawan seperti Maleficient, Marilyn Manson & Jamal Yunos di Facebook. 

Singgahsana evil forest queen. Perfectly dark & evil. King mana king ? Calon beratur kat depan ni cepat! Kih!!


Cuaca yang panas meqelit membuatkan kami lari berteduh kat cafe berhampiran. Lagipun nak guna toilet dia sesambil order kopi...
Kopi ni sedap tapi strong hingga buat aku pening. Adoi takleh tengok ni lama-lama, rasa macam nak pulak. Time aku menulis ni, aku dalam pantang huks...



CROSS BORDER DONE SAO

Akhirnya sampai kita ke destinasi terakhir dalam tour ni yakni Golden Triangle yang meliputi Thailand, Mynmar & Laos. Lepas pose-pose kat depan signboard Golden Triangle, kami seterusnya menaiki boat ke Done Sao, Laos saje nak mencemar duli lite-lite kat Laos. Cemar duli heavy-heavy nanti Insyaallah kalau ada rezeki...memang aku teringin gak nak ke Laos ni. Anyone wanna come with me? Ewah sempat ngajak! Dalam perjalanan boat tu kita nampak lah sebahagian Mynmar & Laos yang merangkumi Golden Triangle ni. 

Layankan ganba perjalanan boat ke Done Sao & what's in Done Sao by the way?? Cekidaut~


Tamat tour yang meringkaskan intipati North Thai. Kalau nak go deep lagi, boleh pilih dari macam-macam tours yang ada kat Chiang Mai...


ANUSARN MARKET

Malam harinya kami pegi sini saje cuci mata, poket dan cari makan ! Akhirnya dapat cari makan halal kat sini & hiburan reggae band yang berkumandang dari bar berselang 5 kedai dari tempat kiteorang. Okay la...dapat makan, musik, cuci mata lagi...poket tu kalau masih tak bersih leh cuci kat sini lagi kalau lah masih tak puas-puas shopping kat Sunday Night Market. Heee..




BERLEPAS KE KL

Aku sorang je terpaksa meninggalkan Negara Gajah Putih ni dan dua orang rakan travel masih meneruskan sehari dua kat sini. Uhuks, bestnyaaa...

Takpa, ahkak turun KL nanti nak catch flight pegi Laos terus...

Touchdown KL, tunggu flight ke Laos pulek (in your dreams lah nana woiii~)


Antara hasil rampasan yang sempat dicapai tangan...beli untuk anak-anak buah, anak sendiri, anak tekak (kopi chiangmai sedap k), anak tekak boss (bagi sesachet kopi kat dia -- amik ati kekdahnya!), anak tekak seniman (see the lantern ittew) dan anak ikan (eh)

Kesimpulannya, cintaku tersimpul rapi di Thailand. Hiks...

Perlu ke tepek vid. Lagu lama nih..haha buat bahan karok mmg auwmms

Tepek ah!




" +Kat Thailand musim apa skrang?"
"- Musim mengawan"
"+*heartbreak*"
"-Lol"

xoxo,
Nanatron