Flores Komodo Adventure: Hari Enam // Gili Trawangan



Gili Trawangan = Paradise ? Setujukah anda..?


Boat menuju ke Gili Trawangan pada pagi tu amat lah padat. Aku dalam pada mengantuk tu excited gak la nak gi Gili Trawangan ni sebab shantek katanya! Sama lah dengan adik bradik dia -- Gili Meno dan Gili Air




Hello Gili Trawangan!



Sesampainya kami kat sana, kami terus bergerak cari bilik. Cari yang bajet2 ni kena venture ke dalam lah sikit...

Sebenarnya ada dua-tiga tempat kiteorang pegi usha. Aku jalan dah melelong dah time ni dengan ngantuk, letih, panasnya lagi...last-last bersemayam dekat..


Sandy Beach Cottage !


Right now, a shower & a nap make me happy. 
Lepas mewangikan diri, baru lah datang mood nak explore. Lagipun perut dah lunak berkeroncong sebab kiteorang dok makan jajan dan roti je dari semalam...






Buka tiap hari kecuali hari kiamat ! Lets go inside...




Anak mentioned kat rumah dia makan burger McD. Terus tetiba rasa craving for a juicy burger...


Lepastu meh jom tengok-tengok apa ada kat Gili Trawangan ni!












































Jadi apa kesimpulan yang kita dapat dari Gili Trawangan ni --- ada hotel yang hip, cafe yang hipster, boutique shops yang hiphiphurey, rancak dengan parties dan pengangkutan utama ialah kereta kuda yang dipanggil Cimodo atau basikal.


Padan lah ramai yang suka ke sini!


Kemudahan ATM pun merata-rata ada...spotted CIMB!



Petang tu rasanya kami sewa beskal untuk round pulau dan usha-usha sunset. 


Nisa & Lely dah kedepan sangat, tinggal aku dan Jijoy ketinggalan sebab letih smalam belum hilang! Lalu kiteorang pitstop makan eskrem dulu.

Sejujurnya haritu laut dan cuaca agak kesenduan. Gili Trawangan tak menyerlahkan kecantikan dia pada aku haritu, jadi aku reserve komen pasal laut dia until next time kalau ada rezeki aku jejak lagi pulau ni! 


Malam tu singgah la pasar malam dia kat centre town.


Usha-usha je dulu sebab rasa macam masih kenyang. Ingat malam-malam sikit singgah lagi skali...


Last-last apa jadi tau? Aku pulang semula ke bilik, ingat nak nap je kejap sekali terbabas dari pukul 7 malam tu sampai 3 pagi ! Qadaq tidor kaw-kaw. Aku terbangun tengok bebudak semua dah tidor. Aku keluar jap then prasan pintu bilik tak berkunci langsung! Adoiyai bebudak ni, nasib baik takde pencopet masuk bilik. Tengok henfon berderet whatsapp video / whatsapp call yang missed dari Mr Z. Habis lah aku ni kene panahan lagi ler ni...~ dia bukan boleh aku ni tak angkat foncall dia. Mula la dia berprasangka aku pegi party nakal-nakal kat Gili ni. Hahaha takde maknenyeh! Tilam bantal lagi bes!


Sarapan pagi tu adalah terboek dari Mie Sedaaap. Dah cakap kan sebelum ni aku suka mee dia? Apesal Maggi tak tiptop macam nih...

Tengok balik pokok ni nak tergelak sebab CikLely ingat "mushroom" yang diperkatakan tu sayur cendawan, jadi dia pelik dengan stetmen ni. Inesen beno CikLely~~ 



Pahtu mendapat message keramat dari AirAsia mengatakan flight balik ke KL ialah KANSEL! *guling-guling depan bilik tanda protes* Aku ni kalau takde komitmen boleh je lepak je lagi lama-lama kat Gili tu. Bak kata CikLely, kita ada dua option -- sambil tunggu airport Lombok bukak kita lepak je kat Gili bleh kita spend time kat Gili Meno, Gili Air ataupun kita balik ke KL dari Bali. Option pertama tu nampak menarik kan! Tapi sampai bila la plak nak tunggu. Seminggu? Sebulan? Bukan boleh agak Rinjani nih. Airport kalau dah bukak mesti dia ansur-ansur bagi orang naik flight ikut priority dates. Dan sebabkan kita ada komitmen dan Mr Z dah teriak panggil balik & Cik Misi Nisaq pun takleh nak extend sangat cuti dia sapa lak nak kaver ward dia..so kiteorang sebulat sore decided pegi Bali dan cari flight balik KL dari sana. Mungkin Malindo atau AirAsia dah bleh fly dari Bali. Mr Z dah siap transfer duit ke aku suh beli tiket flight balik secepat mungkin. 

Yang sorang ni dok packing dalam girls room selepas selesai meeting tergempar #teammalaysia. Ganba ni kena snap sebab kelakar seluar tu ataih beno macam pakcik-pakcik ! Macam mana laa awek Indo nak sangkut?!

Lepas check out teruih pegi CIMB kuarkan dana emergency ittew. 


Rates ke Padang Bai (Bali) lebih kurang Rp300K. Dah beli, lepak jap. Cuaca macam nak hujan...


Makan dulu




Langit gelap nun disanaaa, tolong lah laut jangan gelora sangat


Fast boat ke Padang Bai harbour


Dalam boat dorang pasang citer Kungfu Hustle. Aku ingat lagi sebab aku memang minat citer ni, kelakar gila kan! Tapi..tapi...kita terpaksa tahan-tahan gelak sebab rasa meloya pening lalat suma ada. Karang gelak-gelak terburai muntah. Dah sampai time nak muntah tu korang tau kan rasanya? Rasa seram sejuk dan tiba-tiba sakit perut sangat-sangat haa time ni aku dah pegi luar cari toilet. Then staff boat tanya pening ya dan dia suruh aku duduk atas boat ni kasi kurangkan loya. Akhirnya benerrr tips staff tu, hilang terus loya hampir nak muntah tu. CikLely pulak memang dah lama lepak kat atas, dia memang dah lama dari tadi tahan seasick. Muka tak daya sangat dah...


Turun Padang Bai, senyum ceria je CikLely macam takde apa-apa berlaku.


Padang Bai!



Tunggu bus nak pegi Ngurah Rai Airport. Cari flight tiket ke KL ialah keutamaan harini! Dapat ker tiket tu???