Flores Komodo Adventure: Hari Enam // 24 Jam Perjalanan Darat Labuan Bajo - Mataram, Lombok


Route: Labuan Bajo - Sape - Bima - Sumbawa Besar - Mataram

Sebelum tulis ni je dah terbayang balik tahap kepenatan dan mengantuk tahap nak kelam dunia aku bila teringat balik perjalanan darat 24 jam dari Labuan Bajo ke Mataram, Lombok ni. 

Aku pilih jalan darat untuk balik ke Lombok sebab ianya murah daripada amik pakej sailing Lombok-Labuan Bajo-Lombok dan juga sebab aku nak experienced adventure. Kononnya. Kih! Kita memang tertarik nak buat rumit-rumit dan menyusahkan diri ni. Sepatutnya tak rengsa mana lah kalau 24 jam punya trip, tinggal sanggup dan tak sanggup je. Lagi pulak kalau naik overnight bas, lagi tak terasa sebab membuta je dalam bas. Maksalahnya aku tak dapat nak membuta sebab driver bas bawak macam shaiton! Kali pertama dalam hidup rasa nyawa terancam naik bas. Huhuh..~

Dari Labuan Bajo ke Sape kita naik feri. Kendian naik shuttle bas ke Bima. Dari Bima naik overnight bas (driver shaiton) yang juga nanti akan naik feri merentasi Sumbawa Besar dan akhirnya sampai di Mataram. 

Perjalanan Labuan Bajo – Sape memakan waktu sekitar lima jam. 


Ticketing kaunter di dalam


Pagi-pagi kiteorang dah beratur kat kaunter feri ASDP Labuan Bajo. Bukan la sebab ramai orang pun tapi sebab kiasu je, takut tiket habis! 



Tarif harga


Tiket Labuan Bajo - Sape



Dah beli tiket, keluar balik dan beli barang makan minum apa yang patut. 


Dah boleh la bergerak masuk feri

Inilah yang untung jadi orang yang awal. Dapat cop seat best, selesa, bersih...

Dalam ni nyaman dan ada aircond


Lepas cari seat terbaik, kita jenjalan jap dalam feri ni sementara belum bergerak


Ada yang menjual pisang dan telur rebus


Ni bahagian luar. Bangku kayu. 


Yang bawak keluarga tu cari port hujung-hujung, bentang tikar dan beramai-ramai lah bertiduran dan berpiknik kat situh!


Bot polisi


Indah jugak kalau dapat baring kat sini, angin sure mendodoi mata untuk tidur

Labuan Bajo


Ada simple kantin jual snacks & minuman


Sepanjang 5 jam tu macam biasa...kalau dah puas berjalan, makan !

Aku suka lak Mie Sedaaap cup ni terasa sungguh bumbu dan kekacang 


Dah puas makan, tidor!


Walaupun hanya tidur-tidur chicken...


Selepas 5 jam, sampai Pelabuhan Sape...


Perjalanan feri yang lancar dan selesa. Takda rungutan dari #teammalaysia


Setibanya di Pelabuhan Sape, kiteorang amik shuttle bus Surya Kencana yang menghantar ke Terminal Bima. Perjalanannya sekitar satu jam.


Meriah woih bas ni. Musik dangdut macam-macam jenis ada. Yang merayu, yang mendayu, yang rancak, yang kelakar...semua ada. Pulak tu speaker betul-betul atas kepala. Seharian lagu melekat dalam kepala nih..


Cair taik telinge weyyyy~


Pemandangan masih kering dan berbukit-bukau...


Sampai di Bima dah petang. Bas malam pula bertolak lewat petang jadi kiteorang dok lepak sini isi tank sesiap. Minum petang dan makan malam sekali! 

Maseni mbak-mbak yang berjualan dok tenung jee kita sambil kita tengah dok tengok-tengok snacks dan kerepek...last-last depa tanya kita dari mana...

"Dari Malaysia mbak.."

"Malaysia. Ini pertama kali saya lihat orang Malaysia disini. Cantik-cantik orangnya ya.."

Nak tergelak sebab kiteorang selekeh gila masetu...
Hahaha mati lah kiteorang dah set benchmark "kecantikan orang Malaysia" kat Bima ni. Korang semua kalau ikut route ni sila saing benchmark ni keh! Should be easy sebab kiteorang bukan lah menawan benor..tah nape la mbak ni punnn mata dia masuk habuk agaknya.

Kopi orang indonesia ni, serbuk dia je dah setengah gelas! Pekat betoi. Anyways, kiteorang amik bas Titian Mas. Tagline--- Small is Beautiful. Lepas dah naik bas ni, baru kita ngertik kenapaaaa...



Bas pun berangkat lewat petang tu. Disebabkan ni overnight bas, lagi lah bosan sebab malam hari tak terlihat pemandangan di Sumbawa.


Apa yang kau bleh buat ialah tenung ucapan selamat menikmati perjalanan anda dan mentidurkan diri.

Masalahnya driver bas bawak macam pelesit! Cuba cerita macam mana nak menikmati perjalanan dan menikmati tidor??? Jalan memang gelap dan sekali sekala ada cahaya bulan tu aku nampak la keadaan jalan yang sempit dan bengkak-bengkok. Biasan cahaya jugak menampakkan laut cuma sebelah je! Driver bas bawak macam orang gila. Hujan gerimis-gerimis pun dia masih laju. Sekali sekala dia brek-brek dan badan aku pun turut sama membrekkan diri kalau tak terhumban plak aku ke depan! Seriau dengan gaya pemanduan dia, pertama kali aku rasa aku patut message Mr Z dan minta ampun maaf kalau jadi apa-apa kat aku malam tu. Time ni la teringat muka anak kat KL...



Sekitar pukul 01.30, kami sempat berhenti sebentar di Sumbawa Besar untuk makan. Aku tak lalu nak makan lauk dia. Minum kopi, berasap jap, naik bas balik...



Lagi pulak bas ni jenis stop-stop amik orang kampung. Orang kampung tu kalau bawak diri je takpe, ni bawak guni kentang, guni bawang, ayam, eh macam-macam lah. Yang terseksa ialah penumpang backseat ni haa...hahahha dah la duduk sblah toilet pahtu depan derang ada macam-macam hasil kampung!

Yes, now kita faham tagline Small is Beautiful tuuu!


Tiga jam kemudian, tibalah kami di Pelabuhan Poto Tano. Kami naik kapal ferry lagi untuk mencapai Pulau Lombok selama kurang lebih 45 minit


Kalau naik kapal feri dari Sumbawa ke Lombok, siap-siap buat muka bodoh sebab dalam feri banyak pengamen yang menyanyi dan mengharap derma di depan penumpang. Penampilan mereka sangat mengganggu penumpang yang mau sambung membuta di waktu subuh. Nak sambung membuta kat sini pun tak selesa sebab krusi dia tak best tambah lah pengamen dok nyanyi-nyanyi...


Kami sampai di Pelabuhan Kayangan Lombok sekitar pukul 06.00 pagi.


Akhirnya kami tiba di Mataram pukul 09.00, tepat 24 jam perjalanan dari Labuan Bajo. Terus dikerumuni oleh ulat-belulat...


Terus pergi ke pelabuhan yang membawa ke Gili Trawangan...

Pelabuhan apa tak ingat dah..haha!


Terjumpa lagi satu team, #teamsurabaya yang tolong kiteorang carik bilik kat Gili Trawangan


Time ni aku takleh nak cakap dah betapa penat dan mengantuknya 24 jam tak dapat tidur! *tadah tangan sambut mata nak terjatuh*
 Otak jem teruk. Lagi-lagi plak cuaca panas terik dan tak cukup minum air. Alangkah indahnya kalau ada katil diketika ini!!