Nyum Nyum di Miam Miam @ 1Utama


Sejak aktif berIG ni, telah terjadi dua impak besar dalam hidup aku.

Pertamanya ---- Online dan offline shopping yang menjadi-jadi. Setakat ni aku dah beli dua kasut boots hasil penggodaan kat IG, dan satu seluar sukan muslimah. Pediaaa? Cemana sukan seluar muslimah tu korang tanya? Dia jenis, seluar tapi ada skewrt untuk kaver bontot Kim Kardashian kita. Haaa. Aku bukanlah nak muslimah sangat, cuma suka design skewrt pants ni cam kewyt plak *pelis tampar ejaan tak berapa comel tu

Kedua ---- Kecur liur tengok pic makanan. Location pulak kat some hipster cafes. Which means, sepinggan ialah RM20 keatas dan berkemungkinan portion bersaiz S. Nanges tap tap tap air mata jatuh kat skrin henfon okay ! Akibat dari ini, asal lebat je poket nak terjah cafe fefeeling hipster ~!




Kalau korang tengah berduit lebat, meh sini aku nak rekomen tempat ni --- Miam Miam kat 1Utama. Tempatnya berdekatan dengan Paparich di G Floor. Restoren ni berkonsep Italian tapi separa Jepun. Separa yang bagaimana...separuh jiwaku pergi atau para-para sakura ?
Pizza berSushikan Provolone ?
Sashimi BerPenne Kewasabian ?
Tempura Salmon Aglio Gigolo?
Mari kita siasat !

Since time kami pegi ni ialah weekend, silalah beratur dengan sabar. Kalau nasib baik, taklah lama korang beratur macam kiteorang --- 10 min dapat dah tempat !

Peek a boo. Penuh. Full. Packed. 

Sambil beratur tu boleh la belek menu nya. Tapi opkos ahkak dah buat research sebelum jejak Miam Miam lagik dan dah ada pilihan hati yang tersemat jauh dalam relung hati kita, awak !


You see what I see? MIAM FAMOUS FRENCH TOAST. Haa terus order tu dengan beberapa dish lagi. 

Memula waiter tu kata kena tunggu sejam untuk french toast ni. Terbulat mata aku. 
"why take such a long time?"
"oh because we can only make it in small batches"
Terbungkam sambil mikir...nak teruskan order ke tanak.
Aku tengok dia ada dessert lain lagi macam souffle, creme brulee dan molten lava. Rasa next time je la merasa frech toast ni bole order dessert yang lelain tu *nafsuPMS
Tapi alang-alang kan dah sampai situ, order je la toast tu ... sejam pun sejam lah !



MIAM MIAM SPAGHETTI. Taklah lama tunggu, dish ni yang sampai dulu. Nyum nyum weh benda ni -- ada sosej, tomato, baby spinach, poached egg, mushroom, turkey ham. Cuma rasa agak masin mungkin sebab ada shoyu (kicap masin jepun) --- see separa Jepungnya disituh


Masin tu boleh dimaafkan sikit sebab ada telur rebus separuh masak yang bila kita ketuk-ketuk ramadhon kat dia, terus dia meledakkan kuning telur yang sihat untuk jantung korang. hehee...


Food kedua yang tiba -- SPAGHETTI CARBONARA, biasa lah ni untuk si kenit yang sentiasa berselera Italian dan Western. Nak kata mamanya berjodoh dengan Italian --- last time I see and touch my husband is still a Melayu, hehee. Aku rasa dia yang berjodoh dengan orang Italy kelak. Aku rasalahhh... *Instinct Ibu


Portion dia kemain besar tapi portion aku tak sebesar macam ni ! 


Ini ketibaan kedua lambat  --- Riz Noir. Glemer tak nama ? Tahukah anda nasi hitam tu disebabkan oleh dakwat sotong? Memula aku nak order spaghetti ink's squid tuuu, tapi aku tamak --- aku nak gak try Miam Miam Spaghetti gak. So, menggunakan daya memujuk yang dianugerah Tuhan aku pun melobi dan sapot dish Riz Noir ni kaw-kaw kat Mr Z supaya dia order as his dish. Akhirnya, beliau pun order. Kehkeh ! Boleh la ahkak tumpang rasa !


Rasa seafood yang kuat sebab dalam nasi tu ada sotong dan udang dan lapisan atas tu telur dadar je oolsss.
Rugi beli dish ni sebab portion kecik yang sedey ! Asalkan dah rasa --- next !


Pornstar Foodstar yang ditunggu -- The FAMOUS FRENCH TOAST. Takdelah tunggu sampai sejam, just nice je sedang Mr Z habiskan nasik hitam tu benda ni pun sampai. 

Nak buat kat rumah pun boleh, simple je sebenarnya. Roti tu celup dengan telur, pastu pan-fried then letak la whipped cream dan maple syrup. Then -- dah kenapa nak trying gak kat sini ?! =='

Budak ni sangatlah suka cicah-mencicah siap dengan jari semua dia celup masuk kuah / sos. Kelihatan dalam gambar sangat ketara akan berjodoh dengan orang Italy bilamana roti french toast tu dia cicah dengan gravy carbonara :D

Total. Tu lah aku pesan -- pegi time lebat je, okay ! Ajak ahkak sekali tau nanti kita try Souffle berinti Udon Teriyaki pulak...~ ajak tau tau tau ! Overall kalau aku repeat pun, mungkin bebila perut rasa gedik nak berdessert dan berhi tea dengan molten lava, souffle dan creme brulee. 

Miam Spaghetti hampir dapat 5 star if not sebab kemasinannya. 
Carbonaranya sedap gak. 
French Toast pun sedap. Kenapa aku punya french toast tak macam gituh ! *tangan bangku terserlah
Riz Noir -- tak berbaloi. Tapi tu paling mahal dalam bil kiteorang. Hiks. Errors made and learnt !!

muah xoxo.