Namoo On The Park Dan Dubu-Dubu


" oppa, nae agi neun naega hangug eumsig eul meoggo sip-eo! "


Sapa dapat teka apa aku carut dalam Korean tu, dapat kiss kat dahi !

Namoo On The Park

Ok, memula nampak cafe ni kat IG orang aku rasa macam interested nak cekidaut. Kebetulan memang kami nak pergi Publika sebab nak cari furniture gaya retro industrial untuk rumah baru. Perginya pulak dah pepetang lepas Asar. Elok sangat lah tu melepek kat situ try dessertnya.

Sampai je Publika, susah nak carik parking ! Penuh kereta ! Apahal ni.. Duluan time baru bukak, lengang tadak orang pun...aku suka pegi situ sebab time tu opis dekat dan orang tak ramai lagi. Now dah fofuler ?


Kedai Namoo on The Park ni terletak kat level G3, dekat dengan playground Publika. Chup tempat duduk yang dekat dengan playground so si kenit boleh lepas gian naik slide...



Ada warm dessert dan cold dessert ... yummy! Order satu dari kedua-dua kategori. Satu sweet satu savory. Aku memula order Mattang sebab chef recommended tapi dah habeh. 



Ganti dengan The King's Ttuk Bok Gi. Aku main order je sebabkan ejaannya macam dukbokki atau tteokbokki --- dish yang aku suka. Aku haraplah sama. Sekali, it's the same rice cake ! Yey. Pertaruhan yang mendatangkan kegembiraan. Dish yang aku order ni savory dan sweet. Maybe a tad too sweet hasil dari kuah kicap nya tu. Namun aku suka rice cake ni dan dagingnya agak banyak ! 



Salt Ice Cream Caramel Popcorn Bingsoo

Dish ni antara chef recommended. Boleh agaklah kenapa sebab unik dish ni macam ABC tapi letak caramel popcorn dan ice cream. Dalam tu kalau korek-korek lagi ada rice cake yang rasa macam pulut. Sedap jugak! Bingsoo = ABC Korea. Jangan mati selera dengar nama-nama korea macam bingsoo dan dubokki yang kedengaran macam tak menyelerakan tapi sebenarnya ok lah weh, boleh tahan !

Budak ni katanya lapar lagi ! Tolonglah jangan membesar lebih dari sekarang ni. Orderkan nugget, dapat sekali dengan fries. Besar gak portionnya untuk si kenit. 

Puas hati dapat merasa, tapi untuk sesi repeat mungkin tidak for a long time. Sebab faktor portion dan harga dan dish korean ni belum sampai tahap macam aku sayang dish Japanese yang mana aku hadap hari-hari pun makin hari makin chinta --- Sushi, sashimi, miso sup, fried salmon skin!! *terjejes air liur

*****************

Dubu-Dubu

Dubu-Dubu ni ada lah dah repeat dua kali. Aku rasa sebab menunya menjurus ke-arah comfort food yang lebih mengenyangkan perut kot tu pasal repeat ! Dubu-Dubu yang biasa aku pergi ni kat Nu Sentral level 4.

Seafood Ramyeon. Sedap jugak lah tapi aku rasa kat Ko Hyang lagi sedap sikit. Lagipula kat Ko Hyang dapat ikan bilis sebagai condiments. Sini takde !
Ni lah 1st Korean dish yang aku minat sebab macam meggi yang diupgraded dengan kuasa sfera BoboiBoy. Sapa setujuk ?! Pehhh kalau dapat semangkuk benda ni time cuaca hujan sesejuk, mak mentua lalu pun tak perasan. Sambil makan ni dapat lah steam muka sebab betul-betul panas neh. Lidah lecur kalau makan ni tapi aku puas, oppa ! *jeling manja Mr Z yang sponsor

Pajeon. Si kenit suka sebab macam roti prata / pancake yang rangup dan savory. 
Means ? Ke Koreakah kita ? Ihiks...

Tteokbokki! Suka versi kat sini sebab spicy dan ada fish cakes tu. Again, datang kali kedua pun takdak condiment ikan billis. Sohih la tu tak hidang kat sini. 

Dubu-Dubu ni boleh lah mendatangkan rindu sekali-sekala kalau datang angin PMS nak makan Korean.  Sila tryingout! 

xoxo olls !