Subarashiii Tokyo: Hari Kedua // Tokyo Skytree // Akihabara



Lepas balik hostel dan menukar ke next uniform, cacing-cacing dalam perut memintak makanan. Lalu kami pun teringat akan sebuah restoren yang menghidangkan okonomiyaki & takoyaki berdekatan dengan hostel.






Aaaa gitew seronok merasai authenticity main masak-masak dalam restoren nippon ni. Tempat kecik je ada la dalam 4-5 meja je. Tu pun kami dok terjengok jengok tengok dalam masetu kosong lagi so tak malu la nak order cakap bahasa ayam itik. Mintak bantuan dari Msia lagi tolong translate menu dan camne nak cakap kita nak takoyaki sotong. Hahaha..then okonomiyaki boleh pulak kosong je hahaha bedal je la letak fish floss tu banyak-banyak!



Lepastu kita plan ke Tokyo Skytree untuk bersunset.




Sebenarnya dalam itinerary aku berbelah bagi nak pi Tokyo Tower atau Tokyo Skytree. Hanya boleh selit salah satu jek. Kita pun mendapatkan bancian orang opis dan rata-rata kata Skytree is better to go. Tokyo Tower boleh pi next time, then kita bleh habaq kat sini mana satu lebeh better!



Makin malam makin cantik. Kita maksudkan Tokyo ni ya bukan Sajat tau. Hiks.



Information board dia gempak nakmatiiii...interactive sangat dan best gila




Kalaulah kita study kat Tokyo dulu-dulu, mesti kita angkut pakwe kita berdeting kat sini. So romantic lepas tengok sunset tengok kerlipan lampu lampa bandaraya Tokyo tambahan pulak sejuk. Kita mintak peluk je la manjang hahaha!

By the way aku tengok kan. Boleh tahan gak PDA orang Jepun ni. Aku ingat bangsa Asia bangsa pemalu nak show affection. Tapi kat sini, selambabomba je la kau peluk awek kau tu depan train station dah tak hirau crowd busy macam mana pun. Peluk pulak lama-lama dah macam esok kau tak jumpa-jumpa dia dah! Yang lagi satu aku tengok, boifren dok belek leher awek dia...kemain kusyuk tawadhuk kau belek kemain lama lagi, hahaha budak skolah pulak lagi tu. Aiyooo ni fetish leher ke ape ni. Sis bingung. Lagi satu CikMisiNisa nampak kapel ni boifren dia selamba je pegang boobs awek dia peluk lama-lama. Hahahah. Misi jugak jadi bingung. Get a room please?



Purikura. Ompompan yang suka selpie kalau jumpa mesin bergambar ni, habis yen korang! 
Mula-mula bangang guna mesin ni sebab depa cakap dalam Jepun. Lepas tu dah pandai main...



Tengok ni, ni mesin kedua. Yang ketiga kiteorang main kat arcade, siap ada costume. Blasah la memasing beraksi Sailormoon. Gahahaha haramjadda jadi sweet 16 balik!

Dan aku nak cuba karaoke kat sini! Kita kan kaki karaoke, haruslah kita nyanyi satu round kat negara kelahiran karaoke. Tapi sampai ke sudah tak sempat. Aku ada nampak satu karaoke ni dengan costume ah sis sukaaa. Okay next time!


Lepastu kita ukur jalan kat Akihabara sampai tengah malam. 




Don Quijote - disebut donkihote. Oh tempat ni amat angker kepada yen kalian. Tempat ni sejenis convenience store yang menjual macam-macam barang daripada groceries ke household items dan baaanyak lagi. Dibuka hingga 5 pagi ye. Terdiscover tempat ni pukul 12 malam. Syok dok belek bebarang depa sebab tak ramai orang...jakuness dapat diperlihatkan tanpa kecaman. 

Moh tengok ada apa kat Don Quijote!




















Hahaha malam tu kami dok riki riki je. Manabley spend lagi baru hari kedua kot. Yen banyak nak pakai lagi nih. Napsu sopping simpan skit untuk hari terakhir! 





 Midnight adventure bersambung...since train suma dah setop service so kami decided jalan kaki je balik hostel kat Asakusabashi tu..


Terus cakap kat CikMisiNisa, weh esok harus kita check kedai ni!

Lengang

 Cacing perut kita sampai Tokyo je jadi tak taff. Asal jalan lebih skit je mintak makanan!




Sampai hostel pukul 2 pagi. Merayap je keje...