Subarashiii Tokyo: Hari Kedua // Harajuku // Shibuya



Rasa unsangkarable betul bila bangun pagi aku berada di negara matahari terbit. Yang selama ini diidam-idamkan. Today was gonna be a very loooong day. Sila menyediakan kuaci di tepi. 

Btw, raisins sandwich tu sedap namati. Pagi tu kemain beli banyak untuk breakfast tapi tak sempat makan raisin sandwich. Semasa flight balik aku makan benda tu, terus datang penyesalan. Aku patut rasa awal-awal dan beli banyak-banyak bawak balik msia !



Pagi yang lengang. Oh ya lupa nak citer. Aku taktahu la samada ni general rules kat hostel Jepun atau ni rules kat sini je. Cafe ni kalau pagi khas untuk penghuni hostel yang amik breakfast set. Otherwise kami yang memborong makanan kat konbini kene pi makan kat another common room dia kat tingkat 5 kalau tak silap. Lepas breakfast hour baru dia benarkan hostel guests lepak skeati situ. Itupunnn korang kalau nak bideyokoll kampung halaman harap maklum jangan buat la kat dalam hostel sebab takut mengganggu awam. Selalunya aku buat kat luar.


Ada sorang mat indo ni aku nampak dia bideyokoll kat tempat smoking port tu. Gila kuat borak. Walhal kat smoking port tu pun pihak hostel tampal notis Please Quiet. Pahtu kan ke time tu World Cup kan. Dia amik remote dan tuka-tuka channel macam tv rumah dia. Cakap kat phone kuat-kuat. Langsung stress cik kak recep, dia sound setepek ini Jepun, bukan your home country.


Harini gigih nak jenjalan pakai kebaya. Panas terok time tu tapi sekali sekala berangin kuat.



So nak pi raya mana dulu? Jommm~~

HARAJUKU

Disebabkan time ni pegi hari biasa, takde la orang berpesen-pesen luarbiasa tu. Maybe kiteorang lah  tu yang pesen luarbiasa skit pada hari biasa...
Layan geganba Harajuku..

























Mana forever mine kita? Forever kita tunggu ni..~ hee

Shibuya



Part ni mesti CikMisiNisa menghamun aku dalam hati. Ade ke disuruhnya jalan kaki berkebaya tengah panas canni??!!


Kahkah! Tapi informer Yakuza kita kata it is doable. Memang lah doable. Tapi adakah doable pakai kebaya cuaca panas terik jalan lenggang kangkung bagai wanita Melayu terakhir kat situ? Okay that was my idea *sorok belakang Remy Ishak

Kami telah membuktikan !!


Sempat grab awek J


Jenjalan terjumpa Tower Records. OMG kenangan sangat


Lelah ketiak bila sampai sini oi! Shibuya crossing. Tapi terus bertenaga nak photoshoot tah berapa kali weh lalu lalang sini hahahha~!




Lantas menghilang dahaga di Starbucks terfemes kat Shibuya. Nasib memang menyebelahi sebab dapat seat yang cung



Skodeng dekat skit



Haha saja bakaq line...



Mestilah seronok !!!



Patah balik hostel untuk costume seterusnya. Costume ni dah bau cincalok kot. Panas terik camni manjang menggugat iman for a cold ice-cream


Belanja bideo jalan melenggang kangkung di Shibuya crossing. 

                                     Sis bersuica je sepanjang kat sana. Mudah amattt~!!



- bersambung