Un-Mainstream Bali : Breeze @ The Samaya, Seminyak



Misi membelai jiwa sang suami dijalankan khas dari Breeze @ The Samaya, Seminyak. 

Pada mulanya sebelum trip aku dok stadi restoren romantik tepi pantai di Canggu atau Seminyak. Last-last aku pilih The Samaya. Kita hantar lah email booking kata nak celebrate besday , sana ada kek tak sebab tengok menu derang ada dessert je. Dorang reply confirmkan booking tapi tak cakap pulak pasal kek. Takpe, the thoughts of cake that counts  😖

So lepas balik dari Nusa Penida, balik hotel sesiap sume dan aku cakap nak pegi dinner tapi tempat surprise. Booked Uber baru lah dia tahu aku nak bawak pegi The Samaya. Terkejut tak Mr Z ? :P

Aku ni dah lah tak bawak dress pun so sempat menshopping beach dress kat Sanur. Dress bodoh-bodoh je setakat pakai kat Bali ... 


Risau sangat kalau terlepas sunset. Memang dah nak menyunset pun time tu. Pathway ke restoren tu lawa, lelampu all lights up 


And there is heaven on the horizon


Kiteorang di bawa ke seat yang menghadap laut. Dalam email booking memang specifically request table hadap laut. Nasib baik dapat. Hehee. 



In love dengan apa yang terhidang depan mata. Tak syak lagi nanatron pandai pilih tempat ! lols. Orang lelaki memang tak tahu apa effort yang dibuat disebalik semua ni. Dalam email booking, request seaside table. Checked. Request sunset shantik. Checked. Cake. Hmm macam tak de je di tika dan saat ini...




Belek-belek menu.

Sini memang ada pilihan halal, pork, vegan or anything takde dalam menu pun boleh tanya waiter/waitress kot-kot ada availability. Macam seafood paella tu kalau ikut menu ada chorizo so aku request taknak chorizo. Waitress tu faham .. "okay we make it halal for you" - yes perfect! Yang menariknya sorang waitress ditugaskan untuk jaga table kita dan dia memang ingat & address nama kita time amik order tu. Then, we ordered starter, main course & skipped dessert sebab macam nak minum kopi je lepas makan...

Ni nama apa dah tak ingat. Startersss...


Seafood Paella


Pan Seared Barramundi



Fine dining ni memang portion kecik-kecik kot. Maklumlah kita ni bukan biasa makan tempat have-have~


One happy besday boi


 Lepas habis makan tu. Tengah borak-borak. Dari jauh aku dah nampak waitress ni & beberapa waiter lain bawak dulang dengan kek kecil beserta candle. Aku dah senyum. Sis terkejut jugak sebab depa tak mentioned pun kat email pasal ni. Sebaik sahaja waitress tu letak dulang kat meja, haaa tersipu sipu la Mr Z...dah kena serenade lagu besday~ hahahhaa


Itu gaya dah malu + segan habis ah~!


 The Samaya ni kalau ukur baju di badan sendiri, hanya mampu makan kat restoren je la..nak overnight kat sini kok mahal melangit sih !

Tapi tempat ni memang indah waktu malam...kemere aku je jahanam amik ganba malam2 canni..





So the end of mission. Jadi para isteri apalagi - jadikan entry ni tips untuk anda membelai jiwa partner anda. LOLS.