Un-Mainstream Bali : Nusa Penida



Trip ni terjadi time belum menjiwai watak mak anak dua. Anak kedua masih dalam kandungan dalam empat bulan gitu - dah lepas time mabuk. Ekceli pregnancy kalini tak mabuk teruk macam 1st pregnancy. Masa dapat tahu mengandung tu, sebenarnya down skit. Dalam pada down tu, dapat pula bonus kampeni bagi. Rezeki baby kot. Terus berfikir-fikir destinasi mana yang nice dan sesuai untuk ibu mengandung. Aku fikir Bali je senang, not much hassle. So since aku masih ada MAS privilege, aku contact member dan beli tiket discounted enkoo...murah tu memang murah. Tapi hmmm macam melukut di tepi kaunter la tunggu seat available. Dan kena pakai kemas-kemas, takleh pakai suar pendek, selipar dan pendek kata kena proper lah. Dah pulak satu hal kiteorang terpaksa lepaskan flight pagi dan pegi KLIA 2 sat cari kasut & suar panjang. Patah balik KLIA dan onboard flight tengahari. Talk about drama ! Sementara tunggu flight tu pun, drama berlangsung kat DM IG sis. Ada sekor IG seller ni nak menipu kita ye rasakan kena maki & ugut refund duit aku cepattt. Time mengandung ni hormon rimau menjadi-jadi, jangan buat main. Makin lama kat mesia makin takleh blah, dah memang kena bawak diri hirup udara segar kat Bali. Hahaha~ babymoon katenye!

Now sis nak uncover Bali dan pegi tempat yang jarang orang pegi. Agenda utama trip ni ialah Nusa Penida & Canggu. We based ourselves in Canggu dan buat day trip ke Nusa Penida. Patut nak amik trip overnight tapi disebabkan time pegi tu dekat dengan perayaan dorang - Hari Raya Kuningan so boat operator maybe tutup. Cemana pula nak balik ke Canggu ye tak. Kiteorang amik day trip pakej dari Love Nusa Penida. Boleh check IG derang untuk details, price dan pakej-pakej yang ada.





Okay now nak citer pakej yang di ambil dari Love Nusa Penida. Pakej half day untuk dua orang cuma 1.400.00RP dan dia akan bawak korang ke tempat ni dan termasuk bot pegibalik.

*Pohon Cinta
*Kelingking Secret Point
*Broken Beach
*Angel's Billabong
*Crystal Bay

Ada adik-beradik nusa yang lain seperti Nusa Lembongan & Nusa Ceningan - pun menarik ye! Tunggu nanatron datang lagi sekali honeymoon pulak! 😏



Seawal pagi dah terpacak kat Pelabuhan Sanur. Nampak pulak macam kueh gorengan ni dimakan dengan kuah kacang panas-panas...sedap sebagai breakfast~!


Pelabuhan Sanur





Naik fast boat - boleh pulak aku tak pening mabuk. Good baby!!!


Sampai ke Pelabuhan Sampalan dalam 30-40 minit.

Langsung berjumpa dengan agent dari Love Nusa Penida - Satriya. Nama penuh Bli De Satriya. Canggih kan nama dia. Nak cerita ni...betapa bergegornya perot mak buyong dalam perjalanan ke sini. Jalan teruk dan berbatu kerikil. Dalam hati ya tohan harap masih melekat la budak ni dalam perot. Ternyata budak kuat mungkin malam sebelum tu dah merasa bebek goreng. Sedap gila okay!! Cover kat entry lain nanti 


Broken Beach aka Pasih Uug



Sis dah sampai !

Disebabkan cantik sebijik macam ganba google, aku tepek sekali tiga.

Saksikanlaaaa~ saksikan olehmu wahai sang hujan. Aku yang telah jatuh. Dilandaaaa~ asmaraaaa




Ni nak membukti memang aku berada kat sini. Ganba bukan dicedok google ! 


Dari angle yang berbeda dikit..




Angel's Billabong

Dengar katanya tempat bidadari bersiram.

Tempat ni boleh turun kebawah tapi sangat bahaya and at your own risk. Ombak besar boleh bila-bila menghempas ke bebatuan dan tarik orang ke laut.

Bila takde ombak, cantik seumpama kolam renang

Bayangkan kalo ada orang kat bawah tu, dah kene tarik ke laut la jawabnya


Saje nak post dua kali. Haks!

Otherwise, it would make an awesome photo !

Nak turun ke bawah tu pun payah. Takde tangga. Nak naik tu hmm lagi la hazab. Kalau aku tak pregnant pun tak kose nak turun aih...


Hello. Macam kat Australia tak sis. 

Saje nak post dua kali jugak kahkah..


Kelingking Secret Point


Selepas diberi makan lunchbox...nongkrong sebenter di bawah pokok...lalu bertenaga kembali untuk pose-pose shantik

This is Kelingking Secret Point. Lawa namatiii~


Haishh kalau lah bole turun ke bawah dan lepak beach tu !! 

Pohon Cinta. Hiks. Memula kita nak naik tapi Mr Z tak bagi. Jadi kita pun suruh la dia yang naik. Ala tak tinggi pun pokok ni...tak caye korang pegi tengok nanti !


Crystal Bay

Tak tahu pulak kat sini boleh mandi-manda kalau tidak sis dah packed la baju renang & pelampung itik. Sudahnya kita look see look see je.


Look see meh...



The end of half day trip ke Nusa Penida. Balik dari situ kita buat surprise kat Mr Z sempena besday dia. Hiks. Pandai jugak aku ni beli belai jiwa..