Mabuk Mabul : Part 3


Jom aku bawak korang jalan-jalan kampung orang Bajau !


Inovasi dari budak Bajau...asalkan dapat surf ye dik ?

 Betul perenang negara ni. Mampu ko swim sambil ngendong budak? 


Sebenarya dasar laut yang berhampiran dengan kampung ni agak kotor, banyak sampah..




Cumanya air yang yang jernih mengabui mata orang...time surut ternampaklah sampah-sarap tu. 



Besnya kalau kampung aku santai macam ni..erkk..sadis tau ni la nasib orang bandar macam aku..

Macam daif tapi macam bes jugak kampung macam ni...


Gerai jual jajan


Ni lagi pelbagai dia jual..macam Speedmart la kiranya

Sempat beli satu pareo...


Bukan eskrem malaysia, tapiii sabun, kicap, minyak..dia bungkus kecil-kecilan macam tu...

Kampung ni ramai giler bebudak. Sah takda family planning. hehee

Terserempak dengan sekumpulan budak tengah kopek buah kelapa

Rileks je dia guna parang potong buah kelapa sebijik untuk kiteorang...

Bergambar dengan bebudak kampung Bajau

Ketepihh...! peserta Kilauan Emas nak lalu. Mintak duit woo kalau snap gambar dia. Tapi kiteorang buat bodo je. heee..~


Ayam kebanggaan beliau


Sekolah rendah di kampung Bajau. Budak remaja bersekolah kat Semporna, ada sekolah menengah berasrama kat sana. 


Menjejak ke pantai sebelah ...


Hello blue sea !



Kat persisiran pantai sini ada resort mahaaaaal !


Ada massage gazebo & swimming pool


Nak tahu resort apa ?
Femes juga resort ni..
Kalau mampu boleh lah booked...
Kalau tak mampu ?


Posing gembira je kat signboard dia ! hehehe


Ada jeti..patutnya no entry for non-customer

Buat selamber je...acting mewah-mewah la sikit...

Banyak sebenarnya kiteorang beraksi kat jeti ni ...

Tapi ni yang terpaling semenggah.. :P



Going back to Seahorse...

Dia kutip banyak seashells. Tanya kat dia, ini kamu jual ke. Haram tak tahu apa kami cakap. Orang Malaysia ke idak ni ?

1st day sunset


Melepak kat deck sememangnya mengasyikkan. RINDUUUUUUUU ~


Malam tu dinner macam biasa lah disediakan. Pastu lepak-lepak kat deck lagi sambil baring-baring. Terbentang langit beribu-ribu bintang depan mata...layan perasaan sangat ok. Lama tak mengalami scene macam ni. 


Tak jauh dari Seahorse ni akan ternampak bot orang Bajau Laut yang sememangnya kehidupan mereka berkisar di atas bot sahaja. Kiteorang nampak api kat blakang bot tu..so kami speku la dia tengah memasak kot. Then our inquiring minds memikior macam mana dorang berkawen, berprojek & seterusnya acara pengkebumian di atas bot !

Of corrss paling galak nak speku ialah acara projek. HAHAHA! Aku punye speku ialah dorang pegi some inhabited island setiap kali bersama. Tapi rasa macam leceh je cara macam tu. Then member came out with idea, maybe dorang suruh anak-anak pegi main perahu jauh-jauh (banyak je budak-budak berperahu kesana kemari) while theyols memperbanyakkan lagi ummah tanpa family planning. hihi. Rasa macam logik. Maybe time-time spesel macam anniversary je pegi inhabited island fefeeling macam DESTINASI CINTA BERSAMA AIRASIA auuuww! 

Ker aku sorang je yang suka dengan idea pergi inhabited island ni weh ? haha ! I'm sucha hopeless romantic :P   
Actually penah je aku & Mr Z pergi this one small island kat Pangkor... dan takde sekor umat pun kat situ. Kiteorang just mandi-manda je. Takde adegan Hindustan pun...sebab Mr Z tak romantik !! :P Dia cuak lagi ada lah sebab tekong lambat amik kiteorang dari island tu  T T

Dari deck, aku beralih ke cafe sembang dengan one of the staff, Syuk. Dari sini sembangan jadi makin interesting sehingga aku tidor pukul 2 pagi. Biasa lah aku dengan soalan "inquiring minds" nih...tanya pasal orang Bajau Laut sebab orang Bajau Darat tak berapa mendatangkan minat sebab dorang normal macam kita je. Ihiks. 

Korang tahu tak kalau Bajau Laut ni kahwin..dia berkenduri kendara macam kita-kita ni jugak la..cuma bezanya dorang memang buat atas bot. Nanti banyak-banyak la bot dok parking berdekatan antara satu sama lain. Berkenduri la mereka dengan ria...

Kalau ada pengkebumian pulak..kalau dah konfem mati, dorang tenggelamkan mayat dalam laut. Tapi, usually...bila seseorang tu sakit or dah tak mendatangkan manfaat kat mereka..dorang tinggalkan je orang tu kat inhabited island. Die alone. Huhuh...sadis sekali. Musnah segala aku punye visi romantic idea of inhabited island ... eeks !

Bab projek, takde la plak aku tanya si Syuk tu. Giler pe weh. Guna je la imaginasi memasing ! hehe

Orang Bajau Laut ni memang mahir kendalikan bot & since dah biasa berperahu ni, bilamana dia naik kenderaan darat, pasti dia mabuk darat sebab tak biasa. Macam kita lah..yang tak biasa naik bot for sure muntah ijo. 

Kesian sebenarnya kat mereka ni sebab dorang ni kiranya "orang asli" yang first discover borneo tapi hak mereka tak diendahkan. IC pun takdak. Kalau IC pun takdak...sekolah, klinik, spital untuk mereka apetah lagi la kan. Itu yang si Syuk tu tak berapa berkenan dengan Sapiee Afdhal sebab kurang prihatin dengan kawasan dia. Dia orang Semporna tuu..boleh cakap Bajau bagai. Kalau boleh, biarlah nasib Bajau Laut ni terbela..ada projek untuk menyekolahkan anak Bajau & ada klinik or spital yang mereka boleh dapatkan rawatan. Mabul ni pun ada masalahnya. First ialah sampah. Second, pendatang lah. Kalau tak, rokok pinoy takde berada kat Mabul tu. 

Korang tau tak Mabul ke Philipines yang terdekat hanya berjarak 8 jam menaiki bot ?
Menurut Syuk, ada je orang kg gigih naik bot 8 jam balik kampung halaman..
Gilerrr weh 8 jam dalam bot !

Aaanyways, tak perlu takut dengan ancaman luar sebab ESSCOM tu blakang Mabul je..
Dan kat perairan Mabul tu banyak Maritim & Navy nyer ship menjaga laut...
So bak kata Syuk, memang silap besar lah kalau pirates nak datang gegar pulau !
Sempat juga bercerita di mana dia berada time tengah huru hara pasal orang Sulu dah masuk Semporna...
Sukar untuk menggambarkan ketenangan town Semporna yang aku jejak siang tadi tu, pernah dicerobohi.
Tu lah, hargai keamanan sementara ada....

Then, dia cerita pasal DIVING...
Yang buat aku terbukak minda kejap..
Diving ni ada banyak cabangnya..
Recreational dive, technical dive, commercial dive etc...
And it can be very lucrative job..
Especially yang jenis rare macam technical diving..
Then dia cerita pasal diving ni ada 12 peringkat..
Macam dia rasanya dah peringkat ke-5..
Melayakkan dia menjadi swimming instructor & divemaster
Seronok kan job jadi divemaster ni...
No stress, no traffic jam, just you & the ocean  :)
Work time is play time !!

Aih melalut banyak lak tanpa gambar !
Ada ke orang nak baca nih ?


*bersambung

p/s : Salam takziah untuk MH370.  I'm sure Indian Ocean underwater is a beautiful place to rest in peace. Al-Fatihah. 

Siri Mabules :
Mabuk Mabul: Part 1
Mabuk Mabul: Part 2
Mabuk Mabul: Part 3
Mabuk Mabul: Part 4
Mabuk Mabul: Part 5