EAT DRINK MACET TRIP: What a girl could do in Jakarta


Gegurl sekalian. Kalau mencari trip yang mana makanannya sedap & halal, nak shopping, nak chantek, nak cari pakwe ganteng (hiks) yaa marilah consider Jakarta. Dah la dekat, kekadang tu tiket promo tu murah banget so why not !


What a girl could do in Jakarta?

 1. Cuba naik Bajaj (disebut baj-ai)

Di Jakarta, korang pasti akan ternampak kenderaan bertayar tiga ni bersepah-sepah kat jalanraya. Biasanya berwarna terang seperti oren dan biru, kenderaan ni merupakan pengangkutan yang efisien untuk beat the traffic yang menghazabkan di kota Jakarta. Naik benda ni, memang thrilling. Dia bleh masuk jalan yang kecik dan kalau jalan yang kecik tu macet, dia bleh menyelinap plak lagi kat tepi jalan kecik tu dan kau boleh rasa kau sangat hampir dan boleh meragut kuali gerai tepi jalan. 

Malangnya kenderaan jenis ni makin hari makin dilupakan sebab orang makin suka guna Grab Car atau Go-jek. Jadi sebelum kepupusan, baik kita cobain !


2. Shopping di Blok M Square, Jakarta Selatan


Blok M ni walauwehhhh...aku suka sebab baju jenis modern sikit. Kebaya dia pun moden taklah ke-indonesia-an sangat. Aku rembat kebaya hitam plain, murah je plak tu. Kain jenis berkualiti. 


Tah kenapa masuk Blok M terus mengamuk saka kasut kita...


Kedai baju lagi

Masuk kedai kasut lagi. Tengok tu dah berkaki hayam je memilih kasut. Kalau sebab tak fikir pasal beg yang kecik, memang aku rembat 4-5 pasang dah..dengan bantuan banker (ehem)



Member pun setat nak cerca kita dah huhihi


Aku sebenarnya susah nak berkenan dengan kasut. Tapi ntah ngaper kat sini asik nak menghinggap ke kedai kasut je manjang. 
Haa kasut biru. Waduh waduh indah sekali! Hati berdetak detik kufikir jatuh cinta tapi rupanya disampuk saka kasut. Harganya murah meriah. Bila bukak kasut wahhh terpapar nama Manolo Blahnik. Pitam dek Manolo dah mampu milik skang! hik. hehee. tapi..tapi.. huks tade size kite!!! 

*sembam muka didada Randy Pangalia* .


3. Korang ulat buku? Sila ke Blok M lantai basement !


 Nescaya hilang pertimbangan! Terlalu baaaanyaaaakk buku!



Di lantai basement ni lah terdapat bursa buku untuk kaki membaca. Aku mudah mesmerized dikelilingi buku...beli dan beli...tapi bacanya 500 juta tahun cahaya kemudian! Sedar diri dengan pangai procrastinate ini so si nana beli dua buku je.

Tapi serious tempat ni best untuk ulat buku!


4. When in Jakarta, do what locals do for beauty ---- totok wajah! 



Hiks. Jangan pm kita tanya susuk k. Totok wajah tade pakai susuk, besi buruk maupun satay cucuk. Dia cuma sejenis urutan muka untuk melancarkan darah, kurangkan sakit kepala, menegangkan muka dan mengurangkan wrinkle. Kalau buat selalu mau umur aku diskaun 15 tahun dari umur sebenar! Rega just 50k termasuk masker. Beauty is cheap in Jakarta 😄
.


Pic ni selepas ditotok..kihihi berseri mcm bulan andromeda tak weolls




5. Shopping di Tanah Abang


Girls mana puas shopping setempat je. Mesti kena bertempat-tempat ye tak? >.<


Dan macam tak sah tak singgah Tanah Abang kalau ke Jakarta. Macam hilang pahala. eh. Ibaratnya lahh...


Kat sini banyak baju yang grand2 dan vogue2 untuk keramaian lah. Membeli belah ni semua sebenarnya sempena raya dah nak mampir ya. Kita dok cari la busana untuk anak, emak, diri sendiri...

Laki pakai jersey je lah pagi raya. Okay what?! Btw, jersey ialah murah tapi kena pandai la tengok mutu. Kita ada cover pasal ni kat entry lelama. Korang korek la eh?


Cecantiks baju patung2 tu pakai. Rekaan terbaru tu pasal ramai kerumun kat kedai tu...


Kita ni masih dok carik kebaya yang vogue kebabom..



Dok raba-raba kain



Ngetest 

 
Member dah seronok, kita dok belek lagi

Hmm guwe lagi pusing mau milih yang mana ya..?


Tu pasal gegurls kalau gi shopping kena bawak travel buddy merangkap fashion advisor/banker/sweet talker sebab mampu pujuk orang bagi harga passsss



6. A confident girl should eat whatever hell she wants to eat !


Dan Jakarta has plenty tempat makan yang seru deh. Ni entry nya : EAT DRINK MACET TRIP : JJCM JAKARTA



Kita rasa kita dah bagi racun secukup rasa untuk korang ke Jakarta.

Sebagai penutup entry aku akhiri dengan dua random things yang menarik pengamatan kita.

Jakarta di hari minggu jalanraya ditutup untuk warga kota beriadah. 

Kalau brader tu tak tahan kabel wayar, tak lepas bas tu nak keluar >,<

xoxo, end