Mari Intip Pulau Kapas: I


Tenggelam kemain lama bila timbul je nak citer pasal pulau. Gahahah. Sementara ingatan masih ada ni aku nak tulis lah. Sebenarnya bebaru ni kita baru je balik dari Pulau Kapas. Alah...yang orang dok viral pasal Bukit Singa tu...haruslah aku takmo ketinggalan ! 


Jadi kita search high & low untuk contact dan accomodation kat Kapas ni last-last settled for Captain Long House dan juga contact untuk hiking Bukit Singa. 



Lepas keje, terus ke TBS malam ittew. Sebelum tu memang dah gugel ada bas pukul 10 malam. Kita main walk in je nasib baik masih ada tiket. Beli ayaq, roti lebih kurang dan turun bawah tunggu ketibaan bas. Kos bas pegi-balik dalam RM88 ye. Destinasi ialah KL-Kuala Terengganu. Naik je bas, layan slot Suria Cinta lagu jiwang taman bunga dan juga leleh ayaq hidung. Pahtu langsung tertidor bermimpikan taman rashidah utama. Sesedar bas berhenti kat restoran di Cherating. Then bas sambung lagi perjalanan dan sampai ke Kuala Terengganu jam 5 pagi. 



Untuk ke Pulau Kapas ni, harus naik bot dari Jeti Marang. Dari Hentian Bas Kuala Terengganu ni ada bas ke Jeti Marang namanya SP Bumi dan tambang cuma RM2.50 je.

Bas tu nanti berhenti kat tepi jalan besar, kita masuk ke kanan dan jalan terus sampai nampak masjid & pasar Marang. Memang feverit la singgah pasar pepagi ni sebab banyak pilihan sarapan !

Tapau nasi minyak untuk lunch kat pulau nanti. Juga beberapa kuehmueh ganung....
Pakcik tu pun memang sarankan tapau je nasik kat dia sebab kat pulau nanti suma mahal.



Jalan je lagi sampai jumpa la signboard kat atas ni.
Beli tiket boat return sesiap. Pada pagi tu cuma satu-dua kaunter tiket yang bukak. Harga dalam RM30 dan amiklah number tepon bot tu untuk inform pukul brapa untuk datang amik pada hari nak balik nanti.



Perjalanan bot ke Kapas cuma 15-20 mins je. Awal dowh sampai. Memandangkan aritu ialah ari Jumaat, pukul 9 biasa orang dah masuk opis tapi aku terpacak kat Kapas. Haha. Upload pic seround dua untuk menghangatkan hati teman sekantor.

Cuaca pagi yang mandom ciked 


Jalan-jalan carik Captain Longhouse...
Aku tahu dia jenis paling hujung tapi tak sure hujung belah kanan pulau atau kiri..
Jalan punya jalan....


Nasib baik kita pilih jalan kebenaran...hiks

Siapa sangka ada rumah berselindung balik pokok-pokok kelapa tu..~

Sampai awal beno, walhal check in nya pukul 11. So duduk rilex kat hammock je la sementara tunggu bilik kosong. Nasib baik aku dah booked dorm awal-awal kat depa woi sebab memang full house. Kalau gugel Captain Long House ni takde la femes macam chalet yang lelain tapi di kalangan foreigners dia ni femes lah agaknya sampaikan full house.

Aku penah dengar Captain Long House lebih kurang 10 tahun lepas..
Dari mana tau ?
Dari blog owner dia, the Captain himself !
Mase tu aku ada personal blog alah citer hal bodo-bodo pasal kehidupan yang aktif dan aneh *eh
Then terbaca blog captain macam mana dia bina chalet tu dan survival kat Kapas time-time monsoon. Time dia main tangkap je ikan celah-celah batu untuk dinner. Timbul rasa kagum dan kalaulah aku gi Kapas tingin lah nak stay kat situ. Aku rasa macam aku penah leave comment kat dia, dan dia penah leave comment kat aku. kuikui.


10 tahun kendian...

Sangat bernasib baik, dapat jumpa the Captain ^ ^
Aku sebut pasal blog dia. Dia tanya  ---

"Yang mana satu, personal ke political because I have two blogs"

"emm I think the personal ones"

Hahhaa tentu dia tahu apa dia tulih kat situ sebab ada la bebenda yang krik krik krik skit...dan i think thats his first writings then only comes the political blog

Terus dia upgrade aku daripada dorm dapat bilik.

"Engko bagi dia bilik, yang mat2 saleh tu engko bagi dorm je" --- gitu la arahan dia ke staff dia. Kuikui...syukur

Sebenarnya aku suka nak stay situ sebab aku tengok tempat dia banyak hammock sana sini. Kita sukerrr !

Sementara lepak kat hammock tunggu bilik, dok kunyah kuehmueh ganung

Yang nampak pelik je aku beli. Taktau la panamadia. Macam pulut salut dengan kelapa. Takde inti pun dalam dia..aku bajet ada. Ah hampa. 


Ni jagung salut dengan kelapa. Yang ni tak hampa. Kita sukerrr jagung :)


CAPTAIN LONGHOUSE

Layan jap geganba sekitar Captain Longhouse:

Ini dia rate di Captain Longhouse


Ini dorm room. Nice kan?


Ini view dari bilik twin sharing

Tidor dalam kelambu woi. Alahai macam malam pertama gituew...



Kat verandah


Deko nature-tribalisme

Ruang ke bilik dorm



Beach Cafe


Selonggok je dia letak corals tu, terus jadi deco artsy fscmansy

Sini la port aku tiap hari menjamah bekpes. Lepas kenyang kita renung pantai. 


Sebenarnya banyak port feverit. 

Sini ada...




Situ ada...

Sinun pun ada..








Adeh, semput nak menghapdet walaupun satu post. Huhu. Bersambung lenkali ~