Subarashiii Tokyo: Hari Keenam // Tsukiji Market // Ginza // Odaiba



Hari yang kedua terakhir di Tokyo. Aku habiskan secara solo lagi dengan sangat yakin. Selepas kesilapan naik tren, aku dah faham cara train Jepun ni. Terus pada haritu aku menjengket dari pagi sampai ke midnight! Okay! Pagi dimulakan dengan mencari sarapan di Tsukiji Market. 







Mmm. Rambang mata terus. 

Aku try yang ni, Deep Fried Maguro


Sashimi Maguro yumsss






Puncak kebahagiaan di jumpai  - Salmon & Maguro Don with free crab soup. 





Di sudahi dengan black sesame ice cream sebagai pemanis mulut.
Memang berselera besau haritu. 

OMG crab brain?!

Lepas kenyang kita meleburkan kalori dengan berjalan kaki ke Ginza.


Pada mulanya niat tu nak tengok tengok la kemewahan butik butik kat sini...







Lepastu terjebak masuk shopping mall. Habis! Nampak ada sale branded items purse dan handkerchief. Dah pegang dah aku handkerchief Hello Kitty untuk anak aku tapi aku pikir dia bukan reti jaga barang pun. Kalau hilang ni sudahnya aku menyinga je.

Aku belek purse ni punya lah lama..

Last-last beli baju anak jurr...




Ada budak ofis suggest masuk GU instead of Uniqlo sebab lagi murah dan colorful. 


Langsung terborong siap dengan kasut sekali. 


Next aku nak pi Odaiba ..... 



Train view to Aomi Station is amazing ye



Kuar dari Aomi station view macam ni. Ishh ni kalau work stress pun tak jadi membukit kalau hari hari naik tren view macam ni...best bertholll



Jalan ikut google map 3 min berjalan kaki dari Aomi Station, sampai lah kita ke sini - Zepp Tokyo


Aku sangat minat nak pergi teamLab Borderless Digital Art Museum sebelum pegi Tokyo lagi aku dah teruja sangat. Aku minat masuk museum dan this one is the priciest museum yang aku pernah masuk. 

Tambahan pulak museum ni baru bukak so ticket memang laku keras je...dan disebabkan aku ni taknak berputih mata takut walk in ticket jadi sold out, jadi aku beli secara online di website - https://borderless.teamlab.art/ before berangkat ke Tokyo..





MORI Building DIGITAL ART MUSEUM: EPSON teamLab Borderless is to feature approx 50 spectacular digital works in a massive 10,000 m2 space using 520 computers and 470 projectors (cooperated by EPSON) to create a whole new digital world which no one has seen before.  - credit: JW Web Magazine

Sebelum masuk dia bagi briefing dulu dalam Jepun satu haram lah aku tak pahamnyer...baca kat depan ni ada la English description...

Museum ni ada lima area:  Athletics Forest, Borderless World, Future Park, the En Tea House and Forest of the Lamps.

Universe of Water Particles on the Rock katernyer....
So trippy ... macam fantasy magical

Forest of Flowers


Weightless Forest of Resonating Life

Graffiti Nature


Forest of Flowers

Light Vortex


Kat sini ialah artwork yang terpaling favourite. Lama aku dok melangut kat sini. Haha. 

Seronok masuk sini dan aku banyak amik bideo ... tengok lah kalau rajin aku edit-edit masuk youtube guna background sound Indigo La End...ngammm level trippynyer...


Actually aku sampai museum ni lagi sejam rasanya sebelum tutup...so memang rush aku dalam ni...
Apa apa pun yess nasib baik dapat jejak jugak...best sangat! 



Keluar je dari museum, nampak ferris wheel Daikanransha kat Pallette Town..
Apalagi weiii...beli tiket terus naik! Best to view the whole Odaiba from here! 





Daikanransha is a 115-metre tall Ferris wheel at Palette Town in Odaiba, Tokyo, Japan. When it opened in 1999, it was the world's tallest Ferris wheel. It has the same 100-metre diameter as its world record predecessor, the Tempozan Ferris Wheel, at Osaka, but its overall height is 2.5 metres greater. 
- credit Wikipedia


Ketenangan duduk kat puncak ni...


Seriyes best gile...
Senyap sunyi tenang dan susah nak digambarkan..
Banyak benda best yang jadi pada haritu...
Bila dikenang balik (penulisan tahun 2021 ye huhuk), memang betul lah kena live your life to the fullest...collect memories not things...dan chase your dream while you can!! sebab benda bole berlaku dan secara tiba tiba kita dah tak boleh buat benda yang kita suka. Benda tu macam macam tapi 2020-2021 ni spesifiknya Covid pandemic ni menjadikan travel industri lumpuh dan para traveller meratib tepi passport. 


Sebagai kenangan...ker tinggal kenangan.. huhu



Lepas turun...aku jenjalan sekitar building ni..

Beratur panjang...macam ada konsert kot




Masuk Mega Web Toyota City Showcase...






Aku nak tunjuk kete Toyota biru two-doors mantep banget..tapi tah mana la foto nya...haishh...


Mega Web, or Megaweb, is a car theme park operated by Toyota in Odaiba's Palette Town, Tokyo, Japan. The Toyota City Showcase displays vehicles and has 1.3-km driving course for test driving. Ride Studio offers mini car driving and the Waku-Doki has simulated race track driving - credit Wikipedia




Dari kejauhan...dah nak sunset. Destinasi seterusnya ialah...onsen! Ticket dah dibeli melalui Klook dan aku dah collect kat Shijuku tempohari. Aku masih ada masa yang tersisa untuk mengalami pengalaman mandi manda tanpa seurat benang dengan khalayak ramai. Ahahaha ni sebab aku solo je aku gigih pegi. Kalau ada si Nisa mampos ah aku tak pegi...malu dongggg!  

Odaiba Ōedo-Onsen Monogatari - tak silap aku naik shuttle bus dari Fort Venus tu ke sini...

Pilih la nak pakai yukata apa. Aku pilih kaler faveritku. Cantik kan. Actually dalam ni memang takleh berfoto tapi aku senyap2 la snap snap

Aku fikir tempat onsen ni just mandi air panas je..or like a shady place. Bukan rupanya. Ada kedai makan dan gerai games and souvenir...orang duduk2 lepak, borak dan makan. Ada pelbagai lapisan umur kat sini. Dorang pegi sini dengan kawan, or family or couple...pada dorang onsen ni relaxation place...




Aku fikir aku taknak buang masa so aku terus cari onsen...


Aku pegi rendam kaki dulu dalam Footbath Garden ni...
Lega gila segala urat kaki yang dok mengjongket dari pagi hingga ke malam...


Lepastu saat yang mendebarkan tiba. Aku pegi area onsen tu. Observe orang...oo tuala amik kat sini..oo benda ni amik kat situ..oo kene bersihkan diri dulu kat sini. Dan saat aku nak lepaskan towel tu rasa "biar betul la aku nak buat ni". Tapi aku tengok balik sekeliling...aku rasa buatpa nak malu sebab padu pulak aku berbanding minah2 jepun ni body mcm budak 13thn jurrr..hahaha...lantas zasss towel dilepaskan...lihatlah doniaaa...sape bilang gadis melayu tak menawan...! lalu aku berjalan dan menjeling manje persis Janna Nick....

Aku pi kolam onsen indoor yg takde orang. Aku nak rileks sorang2 situ. Sedang berendam2 tu la aku perhati memang pelbagai lapisan umur la dari budak, mak2, remaja, nenek2..suma enjoy menikmati kehangatan air hotspring. Ada orang pernah cakap aktiviti ni semacam bonding time juga sesama kawan dan femili. Tengah aku mengelamun tu datang pulak sorang minah Jepun ni masuk kolam aku. Boring ah, so aku kuar dan pegi outdoor pool. Peehh tu lagi natural ... dah la open cuaca malam sejuk, masuk air panas gelegak...tapi lepastu rasa sedap je. Aku tak lama situ, just 20 mins...dan aku pun bangkit dan bersihkan diri, pakai baju dan menuju ke gerai makan banyak2 tadi. Order apetah aku lupa...tapi time tu la aku rasa ya allah ngantuknyaaa sedapppp sgt badan ni kalau dapat tidor. Badan memang rasa sedap sangat la lepas onsen tu. 

 Akan tetapi! Aku masih ada misi terakhir pada malam itu! 


Aku gigih pegi Akihabara pulak dan menghabiskan sisa2 yen kat Don Quijote. Dan aku rushing nak pi kedai xxx kat area situ hahaha beli apateww...rahsiaaa laaaa....sbb tak silap kedai tu tutup 12 mlm..so aku pi situ dulu, then baru aku pi Don Quijote. 
Aje gile ni dari pagi sampai ke tengah malam baru habis ukur tanah...

Yelah sebab esoknya dah nak balik!

Bye Tokyo...

Patutnya tahun lepas aku ada trip pi Tokyo lagi. Kiranya it will be my 2nd trip to Tokyo. Banyak tempat belum sempat nak ukur tanah...tapi apakan daya, COVIDDDD!!!~~ (sambung meratib tepi passport)


xoxo,
Nanatron


Note Monolog: Amazing punye spirit aku ada dok redah negara asing sensorang dari pagi hingga malam. Sesat barat at first tapi nasib cerdik balik lepastu. Haha. Entah bila boleh travel lagi...3 tahun kah...7 tahun kah...masih ada ke spirit ni nanti? mmm!