JJCM Hatyai





Sawadikaaaaa Hatyai! At last kita telah sampai ke penulisan trip tahun ni. Trip ni terjadi bulan March - lepas keje hari Jumaat terus bergerak ke KL Sentral dan naik ETS ke Padang Besar. Turun Padang Besar dan naik van masuk Hatyai. Sabtu pagi sampai hostel, terus gerak khas ke tempat-tempat makan selagi perut boleh isi. Tidur satu malam dan Ahad tengahari naik bas balik KL. Simple kan? Boring-boring ari jumaat lepas keje tu boleh la diamalkan cara hidup sihat ni.


Trip ni ramai dari biasa sebab dianjurkan oleh rerakan persekolahan. Biasa kiteorang dok piknik je bawak femili now tahun ni mama-mama hotz mengambil pendekatan anjakan paradigma dengan mentravel bersama-sama. Mujur laki masing-masing bagi green light. Yang sekor kumbang terselit tu memang suka jadi bodyguard. Haha.

Pertemuan di KL Sentral di 4 Fingers. Awal-awal dah melantak benda mahal ye kome...


Tunggu ETS...tak penah kita naik ETS ni. Tah cemana ghopenye la...



Mendapat pulak seat hadap-hadap macam ni. Dah macam mana nak buat aktiviti pentidoran. Dok sembang, makan, ngantuk skit-skit tidur jap..ayam tidor pun lagi lena. Lagisatu tak suka la seat dia tak berapa selesa untuk perjalanan jauh.


Sampai Padang Besar awal pagi. Duduk lepak jap. Ada agent yang dok promote servis transfer ke Hatyai. Servis kahwin kat Thai pun ado siap honeymoon. Hihiks. Nak kad bisnes abam tu korang PM tepi eh.

Kat train tak dapat nak lelap. Dalam van semua senyap...kroh..kroh..kruihh~



Pagi gila dah sampai Hive Hostel. Belum boleh nak check in so parking beg, cuci muka, tukaq baju andddd letsgooo carik bekpes!


Sebelum tu, intro skit pasal Hive Hostel. Hive Hostel terletak di tengah town Hatyai, kalau jalan kaki  cuma 5-7 min je sampai ke Lee Gardens. Kami booked family room sejenis dorm 8 katil (4 bunk beds) and comes with own bathroom, towel, tiap bed ada own lamp dan electric plug, TV besor dan drama Zattah Amin. Hiks.





Cumanya recep macam tak reti cakap Eng sudahnya macam cakap dengan bisu tapi dia macam paham aku cakap Eng just dia tak reti nak balas. Common pantry takde sinki or dapor. Cuma ada sediakan kopi, teh, beskot, air, gelas etc. Rate untuk family room ni 2,100 baht per night.

Trying out gopro hero 5 black. Ni adik punye, biasa lah sebagai kakak kita mesti mengepaw barangan adik. Gopro dia sebelum ni aku cukup tak reti sebab takde LCD screen. Bila dia tuka ke Hero 5, wallah...tu pasal muka miang. Kihihi. Tak serabut kakak nak tengok balik pics yang disnap. 



Letsgo cari pasal~!


Dapat sewa tuktuk untuk sehari dengan hargatakberapanakingatlah. 

Kiteorang cakap kat driver tuktuk tu, nak makan dimsum kat Chabura.

Kat sini dibawaknya! Aku macam dah berserah diri nak masuk sebab lapaq punya pasai, tapi mujur dak-dak ni kata kang nyesal tak makan kat Chabura. So kita insist kat driver tu -- kapkap beng niam, pord phra rea piiii Chaburaaaa~ (sengau skit diujung)

Dia macam blur-blur plak. Baru keje driver tuktuk ke bang. Siap call kawan tanya itu ini bagai. 

Mujur sampai !

Terbentang juadah dimsum didepan mata...

Pilih meh...~ semua sedap!

Bertingkek-tingkek


Round 1



Round 2



Dan juara pertandingan dimsum ialah...kita semuaaa pemenang, tiada pengalah!
Baidewey, coffee dia ai kenot go. Terlalu manih untuk orang yang dah sedia manih. 




Kemudian, acara kasik dimsum turun sebelum terjah Floating Market - ke Cable Car Hatyai City







Sampai atas sana, ada temple Brahman Shrine atau dikenali sebagai Elephant Temple.

Menarik pulak tengok dorang sembahyang sambil diiringi dengan musik dan penari.

Selamat datang...


Comel


Beli kopi nak hilangkan haus. Hands down ni kopi paling teruk aku minum sebab rasa dia macam ada ajinomoto. Langsung aku buang je takut sakit kepala pulak!

Posing 




Seterusnya kami pegi ke Samila Beach acara jalan jalan sambil alas perut ciked..
Sepanjang beach ni ada kedai makan seafood yang proper proper menghadap pantai Banyak kedai yang halal dengan view hadap laut plak lagi so kalau bawak family memang cocok sangat lah..




Acara kudap-kudapan..







Lepas mengudap dah kenyang, dengan panasnya dengan tak cukup tidor nya ternampak kawasan hijau yang mengudang sangat untuk meluruskan tulang belakang. Sis kenot tahan. Dah weng rasa kepala ni tahan mengantuk. Lantak lah aku nak baring jugak!!




Sebenarnya nak membuang masa je kat Samila ni sebab Floating Market belum start lagi..macam bes la dok piknik sebenter kat sini. Feeling piknik kat Sydney...

Jangan lupa berganba kat Nang Nguek Thong

Legenda

Katanya, Pantai Samila merupakan pantai legenda yang menjadi tarikan utama pelancong tempatan dan asing ke wilayah Songkhla yang terletak di utara daerah Hatyai.

Selain legenda naga, kisah cinta seorang pemuda terhadap ikan duyung cukup terkenal di Songkhla.

Khabarnya, seorang pemuda terlihat seekor ikan duyung sedang menyisir rambut menggunakan sikat emas pada waktu malam bulan terang.

Namun, ikan duyung yang jelita itu ketakutan lalu terjun ke laut sehingga tertinggal sikat emasnya.

Pemuda yang terpukau dengan kejelitaan si duyung itu menunggu di Pantai Samila pada setiap hari untuk memulangkan sikat tersebut kepada pujaan hatinya, namun ikan duyung itu tidak pernah muncul.

Bagaimanapun, kisah itu hanyalah ceritera rakyat rekaan Penyajak Diraja kepada Raja Kin Rama II, Phra Sunthorn Vohara pada awal abad ke-19.

Ikan duyung Songkhla kemudiannya dikenali sebagai Ikan Duyung Emas atau Nang Nguek Thong dalam kalangan masyarakat tempatan.

The Great Serpent Nag

Sang Naga ni ibarat macam dewa lah di kalangan masyarakat tempatan. Dipercayai memberi berkat dan pelindung kepada wilayah mereka. Air yang keluar dari mulut Naga umpama rezeki yang melimpah kepada penduduk.

Amboi vogey the vast yang berdua di depan tu hiks



Pastu driver tuktuk nak bawak pegi Akuarium ape tah...weh toksahla kita dah muak tengok akuarium ni dari Hong Kong sampai ke Kuwait dok tengok akuarium. Datang Hatyai nak masad dan makan tau. Selagi perot belum buncit macam ngandung empat bulan maknanya belum mencapai KPI...




Yasss acara yang ditunggu-tunggu. Actually aku agak happy makan kat sini. Bes sebab macam-macam ada! 






1st round dok blasah mee tomyam dan air kelapa dalam Hello Kitty clay. Boleh bawak balik clay tu so beli dua untuk babygirl.

Ha macam tu je dia hulur makanan...

2nd round, omelette with rice & mussel custard ke apetah. Sedaaap





Hm lapaaaaqqqq





Dok makan kat sini. Tempat makan agak terbatas kalau dok makan ngadap floating market. 



Dah macam duta JJCM

Ramai umaaaat. 


Lepastu jenjalan naik atas...huaaaa lagi banyak stall makanan. Tapi stall laa bukan floating but still!! Tempat duduk pun banyak kat atas tu. Makanan banyaaaak variety kat sini cumanya perot dah nampak macam empat bulan ngandung, tengok makanan dah tak lalu...









Persembahan kebudayaan yang menghiburkan. Dari penari hingga ke pemuzik semuanya terdiri dari kanak-kanak. Hebat.


Puas kan makan kat sini. Ni baru betul mentekedarah!



Balik semula hostel, baru la dapat check in. Fuh seharian tak mandi kot! Lepas mandi dan menyegarkan diri, drama Zattah Amin pula bertayangan. Gossip lebeh kurang dan kami keluar semula. Cari masaaaaddd...


Pegi Asean Market, banyak kedai berjualan..baju dan macam-macam lagi tapi takde niat nak shopping. Bajet terhaaaaad. Baik aku gi makan...






Kami ke Lee Gardens pula lepas pusing Asean Market...


Badan nak cari masad tapi GPS tekak membawa ke sini! Jalan punya jalan aku rasa lapaq tetibe...

Tergoda tengok ayam goreng...

Lalu aku duduk, order pulut ayam dan meninggal kan rerakan yang lain! Ahaks! 

Lepas derang pusing-pusing, derang join sekali dan terjebak makan malam kat sini. Makan kat Floating Market punya lah banyak dan dah lewat petang, masih ada napsu makan jugak malam-malam ni. Pulut ayam terboek !


Tak jauh dari Lee Gardens ada pusat masad. Ramai orang seperti biasa lah Thailand. Malam memang ramai gi masad. Nasib baik menerima pelanggan tapi kene tunggu lah kejap. Sementara tunggu tu dok usha satu femili ni masad kaki. Pakcik tu punya la mengerang kesakitan, saspens pulak aku macam mana plak gaya karate derang bila tiba giliran aku yang full body masad ni. Patah riuk?

Actually masad kat sini paling best aku penah dapat sebab..bila tiba bab urut tapak kaki tu, depa alas dengan tuala kecik. Lalu dikarate. Haaa hilang la kengerian aku sebab asal full body masad je aku memang tak bagi orang sentuh tapak kaki ni. Sebab aku penggeli yang bukan geli-geli manja ye tapi geli ngilu dimana otomatis je refleksi menendang tu kalau orang sentuh kat tapak kaki. Hahaha.

Kawan yang bawak anak tu bermasad juga tapi anak ngempeng. Kawan lelaki tu dok tunggu kami ni kat luar. Bila anak kawan tu nangis kakak2 urut ni dok kata...dont cry, go to papa..sambil tu menjemah dalam bahsa siam awat la "bapak" tu tak hirau nak amik anak ni. Lols! Kena la weolls explain tu bukan papa dia, tu "uncle" - terus naik pangkat jadi uncle enkooo hihi..


Malam disudahi dengan sesi kaunseling, dah kenapa aku jadi pakar cinta malam tu! Lepasni sesi kaunseling dikenakan bayaran di Starbuck ye. Hiks. Selepas bergelas-gelas air sesi kaunseling selesai dan harung jalan nak balik hostel tu ya ampuuuun tikus besar-besar macam kucing. Jinak pun macam kucing. Tak reti nak lari bila nampak maknusia. Maknusia pulak yang menjerit-jerit geli nak mengelak dia. 


Esok harinya, pagi lagi menerjah local market untuk pencarian sarapan dan megi siam khas. Nak borong sebab nak buat kerabu megi.

Sawatdeee



Pakcik ni cakap siam dengan aku dengan menghulur bakul ni. Aku tak paham doh. Tahu lah rupa aku macam awek Siam. Depa ni suma dok banding aku dengan owner urut Siam malam tadi tu dah macam serupa. Cisss...

Anyways dia tengok ke arah ni..lalu aku faham

Alm giving to the monks. Sorry pakcik, saya iselam. Hee...~

Aku suka pegi local market pagi-pagi...kat Msia je takde time. 




Nampak kedai halal satu kat sini..




Last-last aku ngudap ni, macam otak-otak rasa dia tapi bergoreng. Nice. 



Rerakan yang lain menggila-gila beli customized beg ni dari semalam hingga ke hari ni tak hilang gilanya. Lols




Tengahari Ahad tu berangkat naik bus. Selesaaa weh bus. Aku rasa next time baik naik bus daripada naik ETS sebab direct sampai Hatyai, dan seat selesa boleh tidur berdengkur ria sedar-sedar sampai KL!


Berhenti kat Changloon

Pun sedap Phad Krapow niii~

Aku punya gila kat pulut ayam tak habis lagi, dok tapau untuk makan malam..




Niat hati nak bedengkur sampai-sampai ke KL, tapi tersedar dari lena masih juga atas jalan! What happeng! Hari tu memang nasib tak baik sebab dari highway hingga ke jalan dalam jem teruk sebab Chinese ada perayaan hantu ke ape tah..so memang silap besar... Pulut ayam dah jadi pulut "ayam..ayam..ayam..ayam mee". Dato Vida pun muncul bagi Pamoga sorang satu. Togok Pamoga, buang botol, msg laki aku hello sayang, I will be late. Siap tunjuk screenshot suma lah karang tak pecaye pulak.

13 jam atas jalan
Naik flight pegi London dah sampai!

Terpantun pula..



Overall, objektif trip tercapai dengan jaya. Balik dengan perut buncit dan badan sakit dikarate oleh awek Siam, I think this is a well done trip



Untuk orang dirumah, kita re-create suasana cas cas makan kat Hatyai so aku buat kerabu megi guna megi siam ni la. Dok carik kat market last last melambak jual kat 7-E je...





Haa sepiyok mama buat. Sila makan sampai habissss~

Next mission nak buat pulut ayam. Maksalahnya pulut siam tu sedap sangat, rupa pun lain sikit macam takde jual kat sini je? Ke ada? Suggestion please...