Subarashiii Tokyo: Hari Ketiga // Asakusa // Sensouji // Akihabara



Hello gais. Bersambung kita ke hari ketiga. Hari kedua melaram kebaya, hari ketiga ni kita bercadang melaram kimono pose pose depan Sensouji. 


Macam biasa, breakfast beli kat Konbini selagi boleh merasa segala makanan & minuman kat situ. 


Sesampai je kami kat area Sensouji, ada sorang mamat Jepun tall, dark & ensom menyapa kami. Ke kita menyapa dia. Hahaha tak ingat...tapi ensom yaaa. Dia tanya nak naik beca tak...so memang itu pun tujuan kiteorang so langsung tanya skali macam mana nak sewa kimono. Dia pun bawak kiteorang ke ofis dia yang berdekatan dan lepas bincang harga apa suma, kita dibawak untuk memilih kimono.

Pilih yang mana menyerlah dalam ganbaq nanti...

Semasa memakai tu minah Jepun tu tolong pakaikan dan juga explain cara pemakaian. Menurut dia, kalau pakai kimono ni takleh menunjukkan bentuk badan tu pasal ada bengkung kat dada untuk meleperkan asset ittew. But I think kimono wear is still sexy because dia menampakkan belakang leher dan rambut pulak disanggul. Bila semua bentuk dah tak nampak, belakang leher terus nampak sexy.

So sweet pilihan CikMisiNisa


Korang boleh pilih nak obi macam mana, hiasan rambut macam mana, beg tangan dan sebagainya. Tapi kalau clueless, minah jepun tu boleh je bagi advise...
Aku memang aim hiasan rambut bunga menjurai hiks...

Mamat Jepun yang tall, dark and ensom tu ialah the rickshaw guy, pandai pulak cakap Melayu sikit sikit so takleh la puji sangat depan dia. kekeke. Kain merah netting tu harus la ada sebab satgi kain kimono tu melapang...hahaha sorry kita ganas. 

Dia bawak tour sekitar kawasan Sensouji. Now kita berlatarbelakangkan Sumida River dan Tokyo Skytree.




Dia borak, dia carry beca...tinggi stamina dia..tapi takleh blah time dia angkat je beca dan berjalan. Aku pandang CikMisiNisa, CikMisiNisa pandang aku. Lalu tersengeh sengeh. Aku nak cakap something, dia paham Melayu pula! Apekebenda yang aku nampak ni Ya Tohaaan..lols! Seluar dia pakai tu senipis nipis lampin bayi ye. Dah la putih. Dah la nipis. Berapa kali nak cakap nipis. Haha! Tipis iman kita yang senipis kertas ni. Tak pasal mata kita kenyang menjamu view Sumida River dan view lain-lain. Lols!


Lepas tour tu dia drop kat entrance Sensouji...


Hi Manis~ Sebelum kita dan abam Jepun berpisah... hiks. 


Lepastu kiteorang selfie wefie sampai lebam ...






Konon OOTD Raya. Haks!

Next~!



Percubaan tilik nasib saja main-main... :) OMIKUJI









I've got a verrrry good fortune. 






Berdekatan Sensouji korang bleh singgah JNTO information centre dimana terdapat banyak informasi tentang Jepun dan ada beberapa free event atau classes yang korang boleh sertai





Kiteorang pegi skydeck untuk menikmati view




Sekitar Asakusa banyak tempat makan tapi aku berhajat nak try satu benda yang memerlukan lidah Jepang untuk appreciate the dish - NATTO

Hahaha ni ialah ultimate test mungkin in previous life aku ialah seorang warga Jepun. Hihi. Rupanya sis boleh hadam ye rasa ittew. Bau dia semacam dan bila makan tu melekit-lekit dan rasa dia masam masin. Agaknya macam ni la bila mak kita buat tempe tapi tak jadi lalu diperam...terjadilah Natto! Set yang diorder over la pulak untuk perut aku, last last mee tu kembang semangkuk...



Dari Asakusa kita singgah Shinjuku untuk amik tiket onsen dari Klook office. Baidewey ada beberapa benda la aku booked dari Klook - pocket wifi, onsen dan depa ada macam-macam gak pakej kat Jepun ni. Murah meriah jugak so jangan lupa usha Klook kalau nak ke luar negara kot mencari pakej murah dan tak memeningkan kepala. 

Cari punya cari kita ingat tempatnya ialah sebuah ofis ye. Sampai masuk building ni dan tanya Klook ofis tingkat berapa bagai...

Rupanya bukan ofis! Cuma sekadar kafe yang memang kiteorang lalulintas tadi masa tengah sebok cari "ofis"


Aku tak tahu la aku ada time ke tidak untuk onsen ni. Takpa, tiket dah amik. Kita simpan je dulu. 

Kadang-kadang train station beso. Kadang-kadang kecik macam ni. Kalau jalan time peak hour hati-hati jangan sampai tersadung jatuh ke rel!

Peak hours

Legakan kerongkong dengan eskem



Pagi petang siang malam menyinggah konbini..lols



Malam jenjalan lagi Akihabara. Cari Pachinko. Dan cari kedai semalam. Hahaha!

Apa nama kedai tu dah lupa. Kat sana kemain ingat. 
Okay ni cerita XXX. Kalau bawah 18 tahun sila tutup window dan pi main PUBG.


Kedai XXX ni banyak kat sana...dan sayangnya takleh amik ganbaq. Kawan-kawan order apebenda tah memang aku tak amik sebab aku pun tak guna benda pepelik ni so tak reti rupa barang tu hahahahha. Karang aku beli timun je untuk korang! Sesuai gitu asian size. kahkah! Sis prefer ori. Hee! Pergi sekadar timba pengalaman je. Stiap tingkat tu memang ada signboard ada kategori jenis apa. 
Masuk je kedai ialah 1st floor costume lingerie. Bosan. Mahal. Hahaha. Letak balik costume bunny. Kita pegi basement floor. Barangan SM. SM taktau apa? Maknanya hang bawah 18thn. Kan dah kata pi main PUBG sana!! Kat level tu macam-macam barangan SM. Macam menyakitkan. Dan macam menyeronokkan. Ada a few things depa ada tunjuk video tutorial macam mana nak guna benda-benda tu. Hahaha yang aku amazed tu kan, teknik ikat-ikat tu. Kita ni cuma paham satu ikat ja. Aku ada tengok satu majalah ni, cover girl dia kena ikat satu badan. Ikatan kemas gaya pengakap. Tali pun macam fancy. 

"Tengok ni Nisa, satu badan diikatnya. Ada ke masa depa nak ikat-ikat ni suma sebelum upacara berlangsung. Kalau aku, dah tidor" Hahahak. Satu hal lagi bila dah selesai nak leraikan tali lagi!! Tidor je la gaya macamtu sampai ke pagi~

Melangkah depan sikit aku ternampak tali-tali ittew untuk dijual. Memang sebijik macam dalam majalah. Macam-macam kaler. Seriyes laaa~! 

Apa ang cari suma ada - gari, rotan, tali dah readymade untuk macam-macam position, tali raw ikat gaya pengakap, yang alat masuk belakang tu ya tuhan macam sakit je. kakakakka. Then weols saw liquids yang depa jual untuk buat girls "high" siap ada video dua tiga eko pompan datang minum minum dan jantan ni pi titis satu dua, lepas sploh minit pompan-pompan tu suma kepisatan dok pegang-pegang skirt sendiri. Bodo amat!! Seriyess laa benda ni halal untuk dijual open macam tu?? Gila. 

2nd floor yang ladies goodies tu untuk kepuasan orang pompan. Macam-macam jenis, bentuk dan warna ye. Tibe terfikir satu benda tapi ah. Malas nak type sini. Pendek kata ianya mencerminkan personaliti memasing ah benda-benda ni. Yang jenis cute, beli yang translucent pink. Glitter. Hiks.


Then CikMisiNisa tengah naik tangga ke 3rd floor tiba tiba Orang Kedai tu cakap no entry for ladies! For men goodies ompompan takleh masuk kekdahnya. Sempat Nisa kata Kak! Aku nampak sekilas signboard kata M*stu&ba*ion Area. Eeuww~ Seriyeslaa?? Gila. Kalau 4th floor yang BIG goods tu apa lah yang dasat yang ada ek sampai ompompan takleh masuk. Sayang Jijoy takdak, kalau tak dah lama kerah dia suh pi riki. Hahahahah!





Maid-maid yang mencari bisnes ni ekceli takleh nak bergambaq, ni pun curi-curi amik. Lepastu, oppss sorry miss I didn't know. Yang lelaki pun ada, rupa segak-segak tapi tak berani snap takut skali rupa-rupanya yakuza. Tak balik ke pangkuan keluarga, sis.


Okay nampak. Kedai xxx tu belah kiri ada love love kat signboard tu. Nampak? Pi cari. Haks. 




Yass jumpa Pachinko. Gaming obession among Japanese. Gaya game macam slot machine & pinball. Visual machine ni menarik tau! Tapi nak main memang tak reti sebab suma dalam Japanese dan orang dok khusyuk main. Ni pun curi curi amik ganbaq. Keadaan dalam Pachinko ni bising gila disebabkan bunyi machine yang sangat kuat. Kuar kuar je pekak jap..


Santai kan hari ketiga? Hahaha...malam layan bola~ dan layan instant noodle dari konbini..ini juga malam terakhir Nisa ada dengan aku sebab besok lepas Mt Fuji kami membawa haluan masing-masing. Dia fly balik dan aku masih meneruskan mission Subarashiii Tokyo~! Hait!



Belanja bideo makan Natto :P



Merayap waktu malam dari Akihabara ke Asakusabashi. Mujur CikMisiNisa mulut potpet. Tak jadi Juon nak menampakkan diri.