Lompat Pulau di Mersing: Day 2

Kiteorang amik pakej dari Pulau Kita - ni boleh check IG derang tentang details, harga & pakej apa yang ada. Apa yang boleh aku cakap, derang ni fun & derang ada gopro so ganba korang sentiasa ada orang snap kan haha ~


Pantai Raja - sandbank

Kat sini patutnya ada sandbank tapi disebabkan malam sebelum tu hujan sampai ke pagi so air pasang dan keruh. End up, kita mandi pagi je kat situ haha kekantoian tak mandi kat hostel. Biasa laa korang pun pasti penah buat camgini kan ? 🤪

Sis terkujat apetew 😲


Okay mari ikut sis merampingkan ketiak. Satu.. dua... yeah diulangiii

Diakhiri dengan zumba akuatik

Ni namanya Senyum Dalam Kedinginan. Sejuk airnya oi~
Hati ada sikit frust tak dapat jejak sandbank yang ditenggelami air pasang. Huks


Pulau Rahsia

Dinamakan rahsia sebab kalau orang ramai tau nama pulau ni habis kene viral lepastu ramai pakat pakat pegi, buat onar tak pandai jaga adab pulau langsung pihak berkuasa tutup je pulau tu. Arakian nama pulau ialah - r a h s i a

Mendaki nak naik ni uii haa nampak tak kasut hiking kita. Beli kat town mersing tu je. Kasut sploh inggit je pun efektif daki bukit setaraf kasut yukenduit

Acah sangat

Pebenda yang dibawangkan tah

The best seat on the island

Jauh tu nak celup kaki dalam ayaq laut 🤗

Ahlil jemaah

Bila sopan

Bila tiada orang memandang and your true color shows 🌈

Bila Sufian Suhaimi menyanyi. Sila meninggal disana

Bila kau nak buat cover album tapi bajet ciput

Bila sampah sarap merosakkan ganba yang cantik

Bila bersatu teguh bercerai emm tak dapat laa ganba osem macam ni !

Aku melihatmu dari balik awan
Menyapamu lewat angin
Menyentuhmu lewat rintik hujan
-pjj//pulaurahsia-


Cliff Jumping !
Kemudian kami dibawa meninjau Pulau Harimau yang dah pun ditutup oleh pihak berkuasa. Sekadar lalu je la sayang sangat sebab lawa macam pulau kat Portugal



Kemudian bot pun berhenti kat depan satu rock formation ni. Disitu kiteorang turun berenang dan snap pics kat rock formation and also cliff jumping.


Layan kan kesakaian kiteorang dalam air.



"Dan tak seharusnya aku bertemu dirimu di donia iniewww~" - Diam lah Pian!


Pulau Hujung

Pulau ni lawa dan my pictures did not do justice to this island. Kena pegi sendiri dan saksikan ! Kat sini juga kiteorang had lunch nasi ayam bungkuih. Nomnomnom tepi pantai. Nasi dah turun sikit buat perangai dak-dak! Haha

Biru jernih sis sukaaaaa~


My happy place

Lepas makan - perut kenyang senang hati~

Tunggu nasik turun

Sambung kesakaian 




Pahtu brader-brader Pulau Kita dok setup benda ni. Usha je dari jauh apebende lah ni. Tempat untuk slide rupanya...

Mula kita tengok orang lain slide dulu...walaupun dalam hati berkeinginan tapi malu. Dan tertanya tanya tak sakit ke dada kylie jenner kita ni dok terjun & sliding gaya suparman cantu!




Ada sorang akak ni slide manjang tak jadi, tak lepas ke bawah. Sampai tersadong-sadong haa.  Hahaha lepas menyaksikan kejadian yang agak memalukan, tak mungkin ada kejadian yang lagi memalukan dari ittteww so kiteorang beranikan diri mencoba nasib...



Lepas tu nasib korang lah menengok kesakaian ni. Lepas kiteorang, kiteorang lagi dan lagi dan lagi sampai jadik!! Susah nak lepas sampai masuk laut sebab takde sabun jadi tak berapa licin. 


Seronok !

Doof ni pun dorang sediakan. Heaven lepak macam ni

Sebelum kedatangan kiteorang pulau ni hening je. Dah datang jadi bingit. Hiks. 



Pulau Besar

Pulau ni sebuah private island dan ada beberapa resort kat sini. Brader-brader Pulau Kita dah pesan jaga kebersihan pulau dan korang jangan main terjah je kemudahan resort tu seperti mandi kat swimming pool fefeeling customer hotel.

Kat sini kiteorang dah jadi lapaq balik, dok lepak gerai burger tunggu burger. Kelaparan satu kesiksaan tahu?

Layankan gambaq. Aku suka gak Pulau Besar ni dan ingat nak bawak femili kat sini lenkali. Kemudahan & kewujudan resort proper-proper yang ada kat sini sangat sesuai untuk femili.



Keseluruhan aku rasa puas hati dengan trip ni sebab menyingkap keindahan pulau di Johor. Not bad at all ! In fact kat Mersing tu je ada banyak pantai-pantai yang boleh nak disinggah-singgah. Kalau korang roadtrip ke Mersing boleh menyinggah dan selalunya kaki pancing yang banyak gi pantai area situ.


Okay sekian pentaipan Mersing yang very long overdue. Akhir kata, Salam Ramadhon & sempena bulan yang muliya ini sudikan lah menderma ke Tabung Harapan Nanatron - maceehh~~~

Info Pulau Kita:

Facebook : Pulau Kita
Instagram : Pulau Kita
Hp no: Awie 0125444120
            Kimi 01139890146