NANATRON GOES KUWAIT: Muzium & Rooftop BBQ


bersambung dari Nanatron Goes Kuwait: Grand Mosque



Selepas berkunjung ke Grand Mosque, kami singgah pula Muzium ni (nama apa pun tak hengat kuangkuang). Dari luar lagi kita boleh nampak bahan pamerannya...





Sebenarnya salah satu kegemaran aku ialah pegi muzium selain lepak kedai buku (bau buku ialah sexehhh) ternyata nanatron seorang yang nerdy. See the spec ah okeh. Bila masuk muzium ni rasa seronok nak explore sejarah & kebudayaan Kuwait



Hj Ali pula yang jadi semacam tourist guide, bersungguh dia memberi penerangan dan melayan pertanyaan kami.

Alat komunikasi lama 
Suka tengok, vintage gitu 



Hookah atau nama moden skang shisha..


Layan lagi geganba dalam muzium:
Alat muzik tradisional

Tah. Macam stail tulisan tu. Hiks

Sebenarnya ada skrin tv belah kiri bawah tu...nampak? Tengah tayang seorang pelakon komedi terkenal kat Kuwait kira legend gila lah macam P Ramlee dan itu salah satu costume dia dalam movie. Surprisingly dia banyak berlakon ala-ala gender confuse punya role.

Yang ni lak aku ingat lingerie arab style ! Hahahah! Punya lah berkenan sampai kita carik tau benda ni kat luar. Harga memang mahal gila. Terfikir-fikir lah kita apsal mahal sangat "lingerie" ni. Cececece ingat nak beli la bawak balik mesia buat Victoria Secret runaway kat shuben. Bila aku tunjuk pic ni kat Hajah, dia kata baju ni baju tradisi sebenarnya...dia macam robe yang dipakai luar, dalam pakai baju lor. Deng!!! Btw ade ke shuben kita mintak beli baju ala-ala penari belly dancer. Maksalahnya, carik-carik tak jumpa. Haha last-last ada nampak satu robe jarang ala-ala Arabian Nights, haih sauk je la buat modal pujuk (time ni kan dia taktau lagi aku solomenyolo kat Manila)

Masak apetew?



Percaya tak ini ialah kompas???


Plat kenderaan

Lesen memandu hihi kelako tengok rupa masing-masing. 


Tak jumpa unta bebetui, unta jadian pun okay lah

Selesa kan?



Malam tu Haji nak host sesi BBQ kat rooftop. Ingatkan makanan BBQ tu dah siapsedia maid yang prepare sementara Haji acah-acah tour guide bawak kami jenjalan town. Rupa-rupanya maid cuma prepare peralatan dan bahan masak je.

Dia nak jugak jadi Chef. Nak tunjuk kemahiran memasak dia, almaklum la caterer! Dia tak bagi langsung kiteorang tolong-tolong dia tau so kiteorang tolong tengok je la. 

Menunggu makanan siap. Seriyes time ni dah letih dan mengantuk. Aku punya jetlag tak habis surut lagi walaupun dah nak balik mesia esok harinya. Aku pasti Haji pun konfem letih jugak dari siang jadi tour guide dan malam memasak pula...demi tetamu! Adat orang arab yang memang mengutamakan tetamu dari diri sendiri. 



The Chef has seated. Jom makan!

Aku suka gak diet Kuwait ni, walaupun berdaging sana sini tapi sayuran tu sentiasa ada dan fresh-fresh dari ladang. 

Yang paling best, jantung kambing. Sedap gila tapi kolestrol tinggi tingkat dewa

Lepas berBBQ, harapan untuk tidor tergolek kekenyangan sejurus lepas BBQ adalah tipis bilamana host makin galak melayan kita. Hajah dok keluarkan shisha personal collection dia. Yang dalam gambar ni portable shisha. Rupa macam frap setabaks kan? haha ni memang sesuai letak dalam kereta dan memang ada drive thru kedai jual coals untuk portable shisha ni. Mata masing-masing dah takleh tahan tapi sebab host macam galak, kiteorang layankan aje la. Lepastu depa pasang speaker pula, pasang lelagu kuwait terkini gituh. Kita pun perkenalkan la lelagu terkini mesia dari Youtube. Waduh dorang ni tak penat ke. Dah jadi serba salah lak nak cakap macam mana ye kiteorang dah letih dan nak end the night. Lepastu, dia ajak lepak kat dalam rumah pulak...langsung terpaksa cakap dah letih dan mengantuk sangat and minta izin untuk masuk bilik. Nasib baik la depa okay...

Masuk bilik, kira duit. Hiks.