Langkawi : Kita Frust !




I think ini the only post aku buat pasal Langkawi sebab...ianya mengecewakan ! Sebagai seorang pencinta pantai tegar, aku frust tengok pantai kat sini. Pantai Kok 15 tahun dulu sangat cantik dengan pasir putihnya...dengan laut birunya...dan hanya ada sebuah gerai jual air kelapa. Time aku pegi tu aku just sempat lalu je sebab teman kawan dimana abangnya bekerja untuk LIMA di ketika itu. Tapi aku masih tak lupa pasir putih tu dan fikir akan datang balik pantai ni next time. Harini, lepas 15 tahun...unrecognizable ! What the fuck has happened to Langkawi secara overall nya? Tanjung Rhu kena tambak...aku memang marah nau tengok pantai kena tambak ni. Pahtu Cenang dah jadi macam mini Kuta but the worst version of it. Barang yang dijual tak menarik langsung. Mana pegi gerai makan yang laid back sempoi-sempoi beraura reggae hippies kat tepi pantai? *kibar poster Bob Marley

Kalau pasal makan seafood kat Cenang tu lupakan jelah. Mahal dan the taste not live up to the price pun tempat yang aku pegi -- Telaga Seafood. Tempat makan yang promising aku tengok ialah Telaga Walk -- tempat ni baru bukak berkonsepkan open air dining & self service. Tengah kita dok order makan ahkak nampak orang iras-iras Iqram Dinzly kat satu gerai dok uli roti ke apetah, rerupanya sememangnya dia ! He owns a space there dan menjual set nasi ayam pelbagai jenis rasanya. Tapi tah nape dari kejauhan nampak macam uli roti. Pakai contact lens pun masih rabun. Hihiks. 

Hotel yang aku duduk tu, Ombak Villa / Langkawi Lagoon dari luaran macam tired tapi interior dia nice lah. Tapi rasanya interiornya ada beza sikit setiap bilik sebab bilik parents furnishing dia simple while bilik kiteorang furnishing dia grand sikit. Swimming pool macam dirty tapi breakfast buffet dia best ah. Pepagi mendapat nasik lemak rendang, popiah goreng panas-panas, roti canai, fresh pastries, salad bar & cheese and oatmeal porridge...ko ase? Kita memang suka breakfast buffet nak-nak kalau ada salad bar nih. 

Jetty & ferries banyak perubahan. Airconditioned and nyaman. Comfy lah gak. Tapi aku serabut dan seram tengok beg-beg kedabak makcik-makcik ni time nak balik naik ferry. Shopping periuk kawah ke makcik? Aku memang lah tak minat nak shopping pinggan mangkuk. Cokelet pun beli sekadar makan sendiri je...

Kalau aku tourist dari Bulgaria, aku dah lama kecam Langkawi kat Tripadvisor. Hahaha! *mampus kena baling periuk kawah dgn makcik tadi

So ape je spesel Langkawi ni?
Shopping pinggan mangkuk ? -- not my kinda thing
Shopping cokelet? --- harung roadtrip + ferry dan skadar beli cokelet..hmm. Pegi Jaya Grocer lagi bagus
Pantai cantik? --- hauk je rasenya
Makan sedap? --- hmm taste is subjective

The haukness is bearable sebab kita pegi dengan femili tersayaaaangannnn

Aku bukan kondem negara sendiri, cuma aku suka kalau tempat tu menten pantai dia. Tengok Boracay tu, developed gak tapi pantai cantik dan bersih. BERSIH gila. Sebab authority forced on no rubbish hatta no smoking pun kat pantai tu. Dia tahu tarikan dia pantai, so dia jaga aset dia bebetul bukannya divert dan jadi hub shopping henbeg berjenama mewah. Contoh lah...contohhh~ *elak periok kawah lagi

Kesimpulannya, Langkawi is not my kinda island. Kalau orang ajak lagi, malas nak pergi. 
Melainkan orang tu ajak gi The Datai Langkawi. Or Koh Lipe. Hihiks
With flight. 
No more ferries ~ 
*siku pihak berkenaan