PRELUDE KUWAIT : MERAMBU DI MANILA - HARI PERTAMA



Kawan-kawan yang mengikuti FB mesti dah tahu aku baru je pergi Kuwait minggu lepas. Tiket Manila-Kuwait ni dibeli awal tahun ni dengan harga RM60gileahdingdonk return by Cebu Pacific Airlines. Harga tiket ke Kuwait murah. Harga tiket KL-Manila pulak disebabkan aku beli last minit, mendapatlah harga angker. Sepuloh kali ganda mahal dari tiket Kuwait !!! Takpa, aku memang usahakan trip ni sampai jadi sebab negara ni rare dan jarang didengari. Tolak tepi godaan trip-trip lain sebab kalau setakat dalam Asia Tenggara tu anytime boleh pegi, promo pun selalu sangat ye tak. Tak rugi punnn!

Bila aku sebut aku nak pergi Kuwait, bermacam reaksi aku dapat.

"Kuwait? tu bukan negara perang ke?"

"ISIS!"

"takutlah kena bom"

"hati-hati tau. arab tu suma gile S3X"

"apa ada kat Kuwait?"

paling best...

" Ku--what? I never heard that country. Where is it exactly? "---- disebabkan sang penanya ialah Hot German Man, aku maafkan kekhilafan beliau. Hee~

Since aku kena bertanggak satu malam di Manila sehari sebelum & selepas flight Kuwait, aku fikir best juga kalau dapat merayap daripada mereput di hostel. Kemain cita-cita tinggi neh, nak pegi Manila Bay. Intramurros, Imelda Marcos museum, nak makan halo-halo !!

Sudahnya, dapat kah aku khatam semua tu?
Jom folo, merambu kite ke Manila !


Setelah lima bulan puasa travel, akhirnya dengan rasa excited gile tahap nak cium sayap kapalterbang ni aku pun sampai ke Manila dengan flight yang berdurasi 4 jam. Airport Ninoy Aquino ni memang dalam bandar. Sebelum touchdown korang akan nampak view bandar dia memang padat dan fantastik. Aku suka kontradiksi kota Manila ni.




Pikul beg 6.5kg je trip kali ni. Hand carry sajork so tak buang masa untuk tunggu luggage. Usai keluar dari immigration, aku duduk-duduk kejap merangka plot seterusnya. Memangnya dari Malaysia lagi aku dah ada bahan --- attraction places, hostel info dan siap aku print out ahbam Kembara Razali punya direction ke Edsa train station ! Cumanya, aku just nak take my own sweet time sebab first time *batuksolobatuk*  #YOLO #SCORED #nagoyasolotakmendapatmanilaghettoakuharung   #pecahlubang  #nasiblah #wortheverymoment

eh banyak lak hashtag kau nana. lempang nak. 

bukan aku sengaja. cuma date tu je murah sikit dari date para jemaah lain touchdown Manila. haa. tak sengaja tersolo taww~  dan untuk menyedapkan hati pihak berwajib aku terpaksa bohong sunat sebab biasalah dah lima bulan berkepit, bila nak berenggang tu macam-macam tazkirah mendapat. Aku rasa jalan terbaik ialah bohong sunat. maafin sayang...

 ~So you can keep me
Inside the pocket
Of your ripped jeans
Holdin' me closer
'Til our eyes meet
You won't ever be alone~

Wait for me to come home~

*to date, dia taktau lagi tapi if dia baca, this is me memujuk you. kalau tak puas dipujuk, proceed masuk bilik. haha~   ;)


Aku cari airport shuttle untuk ke Edsa train station. Menurut panduan Kembara Razali, dari pintu keluar kau jalan ke kanan paling hujung akan terjumpalah airport shuttle ittew. Kat sini aku dah setat beramah-mesra aku tanya lagi skali betul ke bas ni pergi Edsa. Mujur Filipinos are bunch of helpful people. Tu pasal ahkak diam tak diam dah tiga kali gak la pegi Philippines neh. Aku sendiri pun baru tersedar akan fakta neh. Hee~



Tambang cuma 20P sajork. Aku duduk seat paling belakang sebab segan lah dengan beg anak gajah aku ni lagi. Nasib ahkak cepat. Kalau lambat? Berdiri je lor pose-pose tourist. 


Manila at rush hour ialah hazabbbb. Segala jalan jem teruk. Ada nak dekat sejam gak lah dalam bas ni. Sebahagian besar penumpang akan turun di Edsa train station ni. Sooo turun lah aku mencuba watak muslimah pinoy sado untuk hustle through jalan kota Manila nih..

Sebelum naik train station, ternampak Dunkin Donuts yang dijual tepi jalan je. Seketul 20P je. Murah kan?! Aku beli satu je konon nak alas perut sebab dah lapar weh. Dah pukul 2 kot time tu. Last meal aku ialah pukul 5 pagi makan nasi ayam Marrybrown kat airport. Takdir donut ni bukan skadar alas perut tapi memang itu je ler lunch aku pada hari tu  =='



Dari airport sampai ke Edsa ni, view yang aku nampak ialah macam Chow Kit kita. So ghettooooo~! 


Paling terkejut aku ialah kat sini ! Train station mereka. owmaiiii~

Sesak. ramai. rimas. buruk. lama.

Kalau korang rasa komuter stations kat negara kita ialah memalukan negara (aku lar kekadang rasa malu. have you seen midvalley komuter station? huks) yang kat Manila ni berganda notch down dia. 
Serious aku terpana dengan keadaaan ni. Aku lepak luar sat. Sambil makan donut dan memikir how to go thru this madness. Queue untuk security clearance panjang kemain. Then masuk-masuk je bersambung-sambung lak queue yang panjang di kaunter tiket. Demshit. 


Security clearance memang ada disetiap pintu masuk tren stesen, walaupun macam reban hayam stesennya. Kerlas kau Jericho. Lepas dari security clearance, aku usha queue tiket ni dan berkata pada diri sendiri hell no aku nak beratur dengan anak gajah yang dipikul ni. Aku berdiri usha-usha sekeliling dan ternampak staff jual value card macam touch n go. Sambar la apelagi, harga pun cuma 100P je. Okay lah nak berulang alik senang. Tap tap tap that ass je 



Sungguhpun buruk stesennya, tapi depa ni tak buruk perangai ye. Naik tren ada adab. Walapun tren dah arrive, depa dok tengok jee pengawal dia bagi isyarat masuk. Selagi tak isyarat, depa tak main redah masuk je tau walaupun orang dah keluar dan pintu dah bukak. Dan ada orang gave up his seat sebab tengok aku macam sengsara bawak begpack dan muka dah masam sebab baru tahu sesat!

OOopps.
Tak sohih la kembara kalau tak sesat kan. Tapi sesat aku ni masih terkawal. Hihi. Ahkak salah naik tren yuholss. Aku main ikut je orang ramai yang berjalan. Sebelum tap, aku tanya staff tren ni pegi Vito Cruz ke. Dia iyekan aje.

Lepas enam stesen aku prasan aku naik mrt yang salah ! Patah balik ke Taft Avenue dan naik LRT 1 tren yang sebenar membawa ke pangkal jalan VITO CRUZ

Rupanya ada dua stesen di tempat ni, hence nama Edsa/Taft Avenue. Aku ingat satu nama = satu stesen. Sengal taaaaak!


Nak ke LRT 1 tu kena berjalan ke luar sikit...

Fuh. Berada di pangkal jalan. Boleh tak stesen Vito Cruz tu cuma 3 stations away jeee? Buang masa aku 30 minit tersalah naik tren!


Lagi kesengalan yang melanda.

Aku telah melakukan kesilapan yg sangat nubiskubis.
I don't have the hostel address
Aku hanya tahu landmark je.
Ni lah akibat ponteng keje sehari sblom kannn. Stadi hostel tak habis lagi !
Bertanyalah sekeliling kot depa tau mana Becky's Kitchen (landmark)...sebbaik ada sorang guard yg tahu. Aku pun jalan ke arah Jolibee dan belok kiri.
Pahtu jalan punya jalan..tibe la masa tanya org lagi. hiks
Ternampak seorg polis wanita so aku approach dia. Dia sangat baik hati carikkan hostel tu walaupun dia sendiri taktau. Dia gi tanya, gi riki...aku ikut jeeee dia.


Finally jumpa! Tempatnya dalam residential area dan tak bersignboard. Pulak tu bawah tu open gym! Hostelnya level 5. Polis ni escort aku sampai naik atas ko tau. Terharu kakakkkk. Aku offer nak banje air dia tamau lak...time kasih ms Novie!


Found you Pink Manila ! Dapat bilik dorm beraircond. Normal price 570p tapi nego2 dpt 500p. Yezaaah~
Disebabkan namanya Pink Manila, haruslah deco and lighting dia pink segala!


Ms Novie yang berdedikasi



Mural everywhere

Suka vibe hostel ni. Very de backpacker. Hakak jakun. First timer lah kate kan!


Jangan buat aksi ni dalam lif. 
Orang lain pun nak guna lif jugek :D


Hostel ni berada di kawasan Malate dimana ramai student universiti. Ye ramai muda belia. Tapi tak nampak yang hansom seperti yang diperkatakan rerakan travel *nak batuk nama wassap grup haha*



This is my dorm. Seorang American girl menyapa aku. Bila tahu aku dari Malaysia, muka dia light up gile dan meluah betapa dia suka sangat Malaysia. Aku dah tercengang-cengang kenapa dia suka Malaysia sangat *see rakyat sorang ni buta hati*
Dia suka orang kita, makanan kita, malls kita, tempat kita dan paling dia dok sengih-sengih dia suka air 100Plus. Tergelak bercampor heran aku.

"you don't have 100Plus back in the states?"

Tidak katenye! Well. Syukur Malaysia ada 100Plus, yang kekadang dijadikan minuman kalau demam #syukurselalu

Dok bergolek-golek atas katil. Woohh bestnya. Nak lelap tapi macam tak best pulak. Kita datang sini nak merambu sampai kena bambu kan? Plan asal nak pegi tengok sunset kat Manila Bay


Antara letih dan mengantuk aku review balik decision nak pegi ke tak. Seru roh gigih. Hihi. 
Gadis kaunter, Giselle kata tak jauh pun bay tu.
You can still catch sunset if you go now, katanya. Time tu dah pukul 5.
"Erm. Can i take cab?" *seru roh gigih dtg roh diva lak 👩💄
"Why u wanna take cab. If you walk you get there faster. Only 30mins walk.. "
"I hate walking"
"You hate walking ?" --- oppps. terpecah lobang kat Giselle. harap dia tak bash aku bukanlah backpacker sejati. hihi.

30 minit. Huhuks.
Berbekalkan map yg disnap & store dalam hp, ahkak pun kuar ...


Area yang dibulat kan tu ialah hostel. Kau jalan je menyelusuri jalan Vito Cruz menghala ke Manila Bay. Atas peta ni nampak jauh kan?  Memang jauh pun = = '


Lalu De La Salle College of Saint Benilde

Ramai je berjalan kaki. Sadokan semangat dan jalan terus...

Sebenarnya aku ni agak tingtong baca map walaupun it's a freaking straight line. hahaha. Kekdah aku ialah bertanya sekeliling. Malu bertanya kang sesat jalan. Marilah beramah tamah bermuka manis di negara orang !


Mempersembahkan...Manila Bay! Henjoux geganba ya...*writer's block, minum kopi sat








Hmmm. Sedap kena angin laut. Aku kan separa mermaid. hiks. Kalau tak kena angin laut, menatap ganba laut pun jadi la...

Lepak lebih kurang 30 minit, aku pun nak gerak balik. Hari pun dah gelap. Ahkak saspenssss...tapi still calm. Maybe sebab aku tengok ramai orang yang bermacam ragam. Ramai je yang jalan kaki, main basketball, jogging, beriadah dan sebagainya. Heyyy dulu time anak dara gigih aku jalan kaki dari rumah ke mamak SS5 semata nak melepak. Balik memalam --- berjalan kaki jugak. Mak bising. Dah sejenis degil nak buat macam mana. So mengimbau kembali time dolu-dolu tu, aku gigihkan je jalan. Keep calm and walk. Sebenarnya takde ape pun...ramai gile orang yang berjalan gak.

Sepanjang jalan menyampai ke Manila Bay ni aku nampak realiti Manila ni ramai homeless tak terhandle. Depa duduk la memana, depan komplek bangunan pun boleh dia port macam rumah dia. Asal lalu je tempat depa lepak ni, ada bau la sikit tapi bearable. Ada aku nampak tanah sekangkang kera kecik je tepi jalanraya besar, satu femili duduk situ tido-tido kat pangkin je pun. Siap ada reban ayam ye. Anak-anak lak main basketball kat divider kecik kat traffic light junction. Tough life.

Tempat macam indoor playground park. Aku jalan ke sini nak beli air dan jajan sebagai dinner. Then jeling-jeling skali kot ada lah cab. Hehe. Malas weeehhh!~~




Manila rush hour. Semua orang nak balik rumah so jem terok. Makanya, cab pun sokmo full sajork. Benci. Guna kederat sendiri lor balik hostel. But I enjoyed the walk :)


Sesampai kat hostel, aku pelik. Mana semurang?

Macam senyap macam sepi.

Tinggal Giselle je di kaunter. Rupanya depa ni reramai pegi rave party yang terhavok di kotaraya setat dari 5 petang hingga 5 pagi. Fuhhh~! Aman lah malam tu.

So aku rileks kat common area makan chips dan borak-borak dengan Giselle. Lagipun kat common area je ada wifi, balik bilik takde ! Haruslah aku melukut di tepi bucu sofa nak mengonlinekan diri.

Datang seorang mamat cina. Soalan pembukaan --- "hey, are you chinese?"

Aku pandang kiri kanan, eh cakap dengan aku? Aku ni berupa cina kah. This is the first ! Hehe. Maybe lighting pink kat common area tu membuatkan mata aku yang bundar ni menjadi sepet. 

"No, I'm Malay. Malaysian"

"Chinese Malaysian?"

"No. I'm not Chinese"  ----- nyampah lak malay tak glemer. huhu

"I'm Taiwanese"  -- err okay

Dia dapat tahu ada rave party in town so dia dok ngajak aku. Aku takmo. I'm too old for that shit. 
Aku nak duduk dendiam di tepi bucu sofa jeerr...

Kemain lagi ngajak. Last-last dia gave up. Ntah mana dia menghilang.

Then Giselle kata, sungguh sungguh dia ngajak kau kan. Dah kau tanak tu tanak lah. Haa you feel me gal! Sep five sket !



Malam tu aku banyak sembang dengan mamat pinoy ni. Nama dia Erwin. He is full time traveller. Macam mana dia dapat berbuat begitu? Haa opkos ioll dah menjemah untuk informasi korang. Dia mampu travel sesuka suki sebab dia ada website yang mampu generate income. Dia asalnya dulu banyak keja kat call center. Dengan website dia yang semakin berjaya ni, income dia above average gaji kat call center. Gaya dia travel pun bukan lah mewah-mewah, ala backpackers gitu so boleh la sustain. Aku kan memang minat bab-bab website ni. Bila dia berkongsi tips kejayaan website dia tu, aku tersedar yang aku tahu suma tu --- fb ads, adsense, keyword, seo, google adwords, original content, own domain and such...cuma kelemahan aku ialah aku failed to connect the dots. Dan have patience dan istiqomah gitu. Akhir sembang, dia dah membagi aku satu idea. Rasa semangat nak mulakan tapi yalah aku ni banyak distraction sana sini. Pulak tu umah masih takde internet  = =' banyak benda terkandas...

Malam makin larut dan makin ramai yang check in. Mat saleh minah saleh minah china suma ada. Ada seorang mamat europe, Andreas. Baru sampai dah open botol. Giselle dok hajak minum. 

"C'mon. It's your first & last nite Nana. Lets drink!"

Gulp.

Raba-raba kepala yang tak gatal mencari kot-kot tanduk dah tumbuh. 

Aku just senyum je. Then tempat yang aku lepak tu makin didominasi dengan mat-mat saleh ni. Aku dah rimas sebab dorang macam backpacker sejenis hipster, dengan rambut hipster derang isskkk. Cakap pun tak brapa nak humble. 

Lelagu derang dah stat pasang. Loud. I like! Haha. Layan lelagu seround dua. Lagu ni paling kerap dimainkan...dah terpikat dah ni. Lagu ni will always mengingatkan solo travel aku yang singkat ni di Manila :)



*Blow a kiss, fire a gun, all we need is somebody to lean on...



"You wanna drink?  " -- Andreas pelawa.

"Later" --- kahkah!

"Aww...I don't know if there's any left if later" --- mati kau laarr

Aku jeling Coke & Tanduay, rum buatan Filipinos di atas meja itu. 

Sebelum tanduk keluar & meter curiosity mencanak naik, aku pun angkat bontot dan masuk tidor.....


-bersambung