Nana & Nini Jalan-Jalan Cari Nunu Di Makassar: Kapal Phinisi Di Tanah Beru


Hello ! Hari ketiga pepagi lagi kami dah keluar sebab nak kejor flight yop ! Tapi sebelum itu, sempat singgah di Tanah Beru untuk melihat pembuatan kapal Phinisi. Tanah Beru terletak tak jauh pun dari Tanjung Bira. Boleh singgah time before sampai atau selepas singgah Tanjung Bira. 



Kawasan Tanah Beru ni sememangnya dikenali local sebagai kawasan industri kapal. Aktiviti sebahagian besar penduduk kat sini terlibat dengan pertukangan kapal & perahu daripada bahan kayu.



 Sesampainya kami kat sini, terlihat pakcik-pakcik ni duduk sembang-sembang sesama sendiri di hadapan sebuah kapal phinisi yang dalam pembinaan. Menurut mereka, kapal tu dah berbulan terbengkalai akibat modal tersekat dari pihak si pembeli. Kapal besar begitu berharga dalam Rp 1 Billiar. Mereka ni just buat body kapal je. Dari segi engin & mesin lain, pihak lain yang buat (diuruskan oleh pembeli). Pembeli kebanyakkan daripada luar. In fact, kat hujung kampung ni ada kapal yang dah siap dan dibeli oleh orang US.



Apa itu kapal phinisi? Kalau ikut yang aku baca, kapal phinisi ni kapal asli suku kaum Bugis dan suku kaum Makassar di Selatan Sulawesi. Kapal ini mempunyai dua tiang layar utama dan tujuh layar iaitu tiga di hujung depan, dua di depan dan dua lagi di belakang.



Sejarah juga mencatatkan kapal ni pernah belayar hingga ke Burma, Melaka, Vietnam & Australia. Sekarang kapal-kapal ini boleh dilihat di sekitar pelabuhan Sunda Kelapa, Labuan Bajo, Dermaga Ujung, dan juga Pelabuhan Paotere.



Selain kapal phinisi, dorang pun buat bermacam jenis kapal/perahu yang lain. Sangat berkemahiran tinggi dorang nih...


Sepanjang pesisir pantai ni korang akan nampak berderet kapal yang sedang dalam pembinaan



Tapi kalau korang datang sini, jangan terkejut tengok tempatnya dah macam rupa dilanda tsunami. 


Tak ada suatu sistem untuk melupuskan kayu kayu yang berlebihan. Sampah juga merata rata. Haihzzz.

-bersambung

Edisi Makassar: