Berhembus Bayu Bohol: Ini Rupanya Fakta Luar Biasa Tarsier. #3 Akan Buat Albuequerque Ingin Lari ke Hutan Membawa Seguni Chocolate


Tajuk paling panjang dalam belog ! Inspired & inspira dari The Vocket. Dan dengan ini aku sertakan amaran panjang entry ni duaplohkaliganda panjangnya dari tajuk diatas tu. Jadi kekabang dan kekakaks sediakan kopi o, rokok, popcorn, anything yang melapangkan dada korang. Vicks pun bolehhhh ~ hehe.




Celik-celik mata, aku keluar dari bilik dongak ke langit. Ah! Cuaca mandom. Macam benar jee ramalan cuaca yang aku dok telek dua minggu sebelum trip ni. Aku cuba sedapkan hati, maybe mandom pagi je kot menjelang tengahari okay lah tu. 

Agenda pagi tu ialah melenjit ke empat tempat ni yang aku memang dah plan nak pegi: 
Chocolate Hills
Bike Zipline kat Chocolate Hills Adventure Park
Man-made Forest
Tarsier Conservation

Dan belah petang lak mandi manda kat pantai Alona. Tapi kita hanya merancang, Allah jua yang menetapkan bahawasanya hari itu ialah hujan gewimis gewimis. 

Ini ialah taxi driver yang hantar kami ke hotel malam tadi. Malam tu aku tanya dia boleh tak jadi driver kiteorang bawak ke empat tempat yang aku sebut tadi. Dia sememangnya buat servis tu siap hulur tour menu dia kat aku. Aku belek-belek macam tak ngam dengan bajet aku lagipula tour dia merangkumi tempat-tempat yang aku takmoh pegi pun macam Baclayon Church, Monument Blood Compact dan Loboc River Cruise. Rega full tour macam tu ialah PHP2800. Aku nego nego dia tetap nak harga tu jugak walaupun aku nak skip tempat-tempat tuh.

"Pokcik..pokcik..jangan cuba nak jual mahal dengan saye okay. Saye memang tahu taktik orang jual mahal ni sebab saya ni bekas diva jual mahal tatkala circa tahun 2002 dahulu" --- tergeliat lidah nak cakap dalam Tagalog so cakap dalam hati sajork !

Dah nak dekat sampai hotel, aku tanya dia ada kawan tak yang boleh aku deal. Then baru lah dia gave in dan setuju bawak aku ke empat tempat tu dengan harga PHP2000. 

Menurut pokcik, kita pegi ke Chocolate Hills dulu sebab tempat ni paling terjauh then on the way balik ke Panglao baru singgah menyinggah ke Man-Made Forest & Tarsier Conservation. 

Perjalanan amik masa 2 jam ! Dan orang kata baik pegi time pagi sebab kalau kesiangan sangat nanti panas kat atas tu. Awal gile kuar hotel beb ! Pukul 8 gerak. On the way, hujan gewimis pun turun. Hati pun gundah gulana. Cemana ni? Dapat ke aku naik bike zipline neh? *time ni tak bajet lagi takdir dapat tengok bukit berkabus sajork. huhu.


CHOCOLATE HILLS


Kiteorang lah yang first sampai kat situ ! Sejuknya fuhhh Tuhan saja yang tahu sebab atas bukit ni lagi berangin-angin makan angin makan hati aku dibuatnya. So menunggukan hujan reda, kami lepak minum hot chocolate & order cheese toast. Hot chocolatenya something different sebab pahit gile. Dia hidang separately gula tu so aku pun taruk bebanyak. Pelik eh macam kopi lak depa buat. 

Decor restoren ni sangat tipikal pinoy. Mismatched and gaudy. Ergh...


Agak-agak dah reda sikit, maka naikilah tangga ini dengan senyuman semanis kurma mengkaverlinekan kesemputan yang melanda


Kat atas, gewimis menjadi GERIMIS. Manja-manja butirnya jadik kasar pulak. Kiteorang dah pass all the umbrellas kat driver kat bawah tadi. So Mr Z dan si kenit turun bawah dulu. Aku je masih gigih kat atas nih.

Menunggu kabus hilang. Aku bajet dengan kesungguhan ni maybe kabus akan berarak pergi macam aku tunggu kat Victoria Peak dok tunggu kabus nyah dari HK skyline.


Kat atas ni laaaagi laa sejuk sebab angin laaaagi kuat.
Butir gerimis makin kasar.
Kat atas ni cuma ada aku dan sorang mat saleh ni..
Kami berkongsi kesungguhan dok tunggu kabus pergi tapi yang membezakan aku dan dia ialah..???
Dia pakai raincoat dan aku hanya berbaju nipis =='


Akhirnya aku pasrah ! Ini je rezeki aku kat Chocolate Hills ni. Misty hills ~ *menyeka misty eyes

Disebabkan hujan, aku bajet takde gunanya pegi Chocolate Hills Adventure Park untuk berzipline bagai sebab mesti aktiviti ditutup kerna cuaca. Sooo...pasrah berganda-ganda hakak kau ni !

BILAR MAN-MADE FOREST


2 KM jalanraya ini dikelilingi dengan hutan man-made katenye ! Al-kisahnya projek ni antara langkah menyuburkan balik hutan setelah berlaku deforestation yang kronik akibat penebangan dan pembakaran hutan yang dipanggil 'Kaingin' yang dilakukan oleh penduduk tempatan yang mencarik perlindungan dalam hutan time World War II.

Aku rasa hutan ni seram dan ngerik ala-ala Blair Witch Project


Pokok yang ditanam ialah jenis red & white Mahogany trees


Anak mama yang kaki posing. Bagus...ini menunjukkan dia ada yakin diri yang tidak mudah digugat. hehe. 

Sebenarnya ada isu berkenaan hutan in. Mahogany bukanlah spesis semulajadi di tanah Filipina ni jadi native orgasm organisma tak dapat thrive dalam hutan ni. Itu pasal hutan ni sangat sunyi hatta bunyi burung pun takde. 

Tu pasal aku feel ...senyap sunyi seram ngerik suma ada.



TARSIER CONSERVATION AREA



Terletak di Loboc, tempat ni merupakan tempat perlindungan hewan bernama TARSIER. Cemana ghope menatang tu? Meh saya tunjuk !!

Entrance fees PHP60 per person


Sila menjaga volume sore bila berada di sini. Tarsier ni jenis lemah semangat skeddd...

Ada Tarsier bawah bumbung tu. Kecik giler kan dia ?

Dia tengah syok tidor. Tak dapat lihat matanya yang besar...

Ada lagi sekoq

Pun memalu nak menunjukkan muka beliau !

"Hi. Saya lah Tarsier. Look intoooo my eyesssss~ wuuuu...~ now pegi corner sana dan buat lompat katak 30 kali"

Master Yoda ! Di sini rupanya dikau bertapa. Kayu yang dipegang tu skali dia hunus jadi Light Saber tau Zabedah !

Beberapa fakta menarik tentang Tarsier nih yang ingin aku kongsikan :

#1 Mata nya bersaiz 0.63 inches in diameter. Tahu tak setiap matanya tu lebih berat dari otaknya sendiri.

#2 Tarsier ialah bersifat karnivorous. Meat-eater ya'alls! Biasanya depa dok kudap serangga.

#3 Tarsier BUKAN JENGLOT. Bukan sepupu mahupun sepapat apetah lagi rakan sepermainan.

#4 Tarsier mampu memusingkan kepalanya sehingga 180 darjah tanpa menggerakkan badan. Ini memudahkan dorang stay silent sementara muncul mangsa depan mata. Tetibeee ahkak teringat cite antu Noor Kumalasari yang boleh pusing-pusing kepala tu. Hehe. Tapi dia 360 darjah pusingnya ! Kan ???

#5 Sebab aku kata hewan ni lemah semangat sebab dia akan commit suicide kalau trauma akibat berlebihan dipegang-pegang atau bunyi-bunyi bising. Tu pasal tak sesuai dibuat sebagai 'pet'


Budak ni excited lebey main umbrella pulak.


Di bawah terdapat kedai menjual souvenir. Kidnap sekoq bawak balik !


Juga terdapat kedai jualan meniaga shirt dan jejantans jajan


Cuaca dah elok sikit dan driver ingat aku masih nak berzipline. Jadi dia bawak aku ke tempat ni...

Nama apa pun taktahu..hiks!


Tempat macam lengang tapi memang ada orang berzipline lah. Aku tak minat zipline biasa tu. Hakak mau bike zipline ! Sini takdek. Layan view Loboc river. Lawaaaaa. River warna blue-ish green dan ada pepohon kelapa. Nice. 


Terdengar sore mereka yang terlolong di awangan

Rega zipline. Out of bajet aku. Tak minat...next ~!


Since tak jadi berzipline, aku suggest kat driver berhenti sat kat satu old church yang aku ternampak time naik ke Chocolate Hills. It was an old church dan aku ada baca somewhere lagi berbaloi pegi church ni sebab Baclayon Church dah tak menarik sejak runtuh akibat gempa bumi.

Albuquerqe Church di Albur Town

Mempunyai laman yang cantik

Masuk dalam. Nice. Ada orang tengah prepare wedding. 

Menarik hiasan siling nya. Pelukisnya ialah Ray Francia, 1930s

Mesti cantik wedding nih....tema retro vintage gitu. Gereja ni tak digunakan untuk prayer dah.

Bila duduk-duduk, baru aku sedar aku tak pernah masuk church sebelum ni. Ni kira 1st time masuk. Ada rasa dupdapdupdap siked.

Haa kau besar gile list nama penderma untuk restore balik gereja ni. Restore akibat dia old building or sebab terjejas gempa bumi...Wallahualam la. Tapi gigih komited depa ni dok hulur donation. Jumlah ikut per month for 6 years ! 

Aku cuma suka cirinya yang old dan rustic gitu


Takde niat lain sekadar teringin nak tengok old church. Nak tunggu old church femes-femes kat yeropah tu tak mampu lagi ...  =='



Last but not least. Langit pun dah clear. Ahkak ada rasa sikit happy maybe bila pulang hotel dapat tengok laut biru sebiru langit ni ?

Benda star yang digantung tu sebenarnya xmas decoration. Masih tak diturunkan...

 ISLAND MALL

Mintak driver bawak kiteorang ke town untuk beli barang sikit dan dia bawak ke Island Mall. Kena lak extra charge PHP200. Chiss!

Macam mall biasa-biasa. Takde yang menarik. 

Kat luar mall ni ada Travel Hub. Boleh beli tiket feri untuk balik nanti. Jadi kiteorang beli sesiap kat sini. Harga sama macam harga pergi.


Balik ke Alona. Cuaca macam mandom jeee lagi...

See ? Laut tak brapa blue. Terus hakak bluessssss~


Budak ni je gigih terjun laut. Aku pun tak larat weh. Sejuk gile sebenarnya. Sebab seharian dok gewimis kan...

"Aaira, tak sejuk ke sayang ?"
"Taklah, Aaira tak sejuk..rasa panas jee~" 

Gitu lah jawapan orang gile laut yang sebenar-benarnya.

Maybe aku kena tukar tagline kat atas tuh...
" The Girl Who Is Gile Laut BIRU dan WARM sajork "


Cerita Bohol:
Bohol Day 1
Bohol Prequel
Bohol Day 2
Bohol Day 3
Bohol Day 4