Berjimba di Rimba Part 4: Taman Negara Pahang


Oke fine.
Azam 2014 untuk habiskan semua entry travel 2014 ialah kompem failed.
Masih dalam mode transisi hidup dan kebluran mengemudi kehidupan menguasai diri.
Apa-apa pun, blogging jugak best untuk hilangkan stress sementara tunggu angin bayu laut menyapa aku nih. So marilah kita gigih habiskan entry ni yuk !




Hari kedua ni kami terjah hutan Taman Negara dengan light trekking ke Bukit Teresek dan seterusnya naik Canopy Walk.




Antara flora & fauna yang dijumpai sepanjang trekking. Mushroom kuning tu rasanya takleh sentuh, ada kesan sampingan sebab tak silap abam yesdear citer dia pegang mushroom tu, then racun mushroom meresap dalam kulit melalui peluh then bila balik rumah dia pening/muntah/cirit? tak ingat ! cerita 10 kurun lepas. hahha! tapi memang ada efek yang unpleasant lah. pelis keep your hands to yourself kalau berada dalam hutan.


Trekking path yang disediakan sangat proper. Kasut memang tak berselut tanah punye ~!


Sebenarnya letih gak trekking nih. Hihihi. Ada yang malas nak naik Bukit Teresek dan ada yang gigih. Yang malas lepak kangkung kat trekking junction sambil sembang cara menyediakan megi yang paling umpphh dalam alam semesta. Memang mood kebuloq kot cite pasal makan je. Hahahaha..


Ni lah orang-orang yang gagah sampai ke puncak Bukit Teresek ! *notice tuan tanah takde kat situ? yaa beliau pun join persidangan penyediaan megi yang terlazat di alam semesta. hiks.


Bila semua kembali ke tempat pertemuan, perjalanan diteruskan lagi ke Canopy Walk. Takde jauh mana dah dari tempat kami melepak kangkung tadi...


Yuran masuk RM5

Lepak jap sini tunggu giliran

Dalam suatu masa hanya 2-3 orang je bleh ada kat satu titian ni dan kena pandai jarak-jarak la. Takleh dekat-dekat sangat...

Ada banyak platform kira macam pit stop la bleh benti kejap dan tengok alam skit. Tapi still kat platform tu takleh ramai --- 4 orang je max dalam satu masa

Layan gambar Canopy Walk jom!


Petang tu niat nak mandi sungai lagi sekali dibatalkan sebab air sungai naik tinggi hingga restoran terapung pun ntah kemana-mana peginya. Nasib baik ada dua kedai yang bukak...tengoklah tinggi kan. Bebaru ni tengok ganba latest Masyallah tinggi betul air naik sampai ke Mutiara Resort punya sign board tu ! Melepasi segala anak tangga ! Memang tinggi...harap semua dah pulih seperti sediakala. 

Malamnya pula kita redah hutan lagi ! Motip Night Walk nak skodeng binatang sebab biasanya depa kuar memalam untuk bersosial. Hehe. Partayyy ~! 

Tunggu abam yesdear yang belum tiba lagi. Semua sexcited nak tengok binatang. Sebenarnya pada hari pertama abam yesdear ada cite yang dia bawak sekumpulan orang masuk hutan untuk night walk dan tetibe ada binatang lompat dari atas pokok. Tahu apa hewan tu ? Leopard ! Pitam oke. Semua ketakutan tapi abam yesdear kata jangan lari dan dia halau guna kekayu. Adoiyai rasa cuak gak ni tapi aku pesan tayah la bawak kiteorang kat trek tu, guna trek lain sebab banyak trek sebenarnya.

"err abam ! kita tak pegi trek yang ada leopard melompat tu kannn~" 


And the trekking start ! Jom layan gambar fauna malam..

Tunggu party partner


Lipan yang horror! Takde sape nak party dengan dia...


Kesan cakaran harimau yang fresh..dalam seminggu kot ni

Sarang semut dalam pokok kayu. Semut sini supermok dan sedang berparti liar

Tunggu spidey. Ker spidey tunggu dia...untuk dimangsakan. Heheh..


Lemur ! 
  
Kami kat animal observation deck dan nampaknya all animals decided to have personal party lah! Takde hewan yang kelihatan pun, maybe sebab ramai maknusia kat deck ni pun  =='

Abam yesdear tu very informative, semua benda lah dia tahu. Agaknya dia tanak kita hampa tak nampak hewan apa-apa, dia bawak kami gi trek yang leopard melompat dari pokok tu =='
Pelis abam, saya nak tapir bukan leopard. 
Anyhooo, dia tunjuk pokok leopard tu...pergh. Memang horror. Pokok besar dan banyak rotan-rotaniah melingkar-lingkar kat pokok tu. Senang lah hewan tu nak manjat pokok....


 Animal takmau party, kita yang party bila balik chalet. Hehe. Abam yesdear banjer lelauk best. Sungguh baik hati beliau walaupun rasa macam ada udang disebalik botol mayo *siku Joe & Zack


Belanja ganba group photos.
Alhamdulillah semua kepala best. Spesel shout out pada mereka yang bertungkus lumus kat dapur dan membbq. Korang mmg penyelamat sebab ahkak tak berapa ohsem di dapor. Hehehhe..tak caye tanye lah budak Royal Belum. Kahkah !






Malam tu abam yesdear tanya kami balik naik bas apa. Bila dia tahu kami guna bas SE Super ni, terus dia cantas...apehey korang guna bas tu, Bas tu kotor katanya. Ada sekali dia balik guna bas tu, selak langsir ada hingus !!! ARRRR! Oke horror gak. 
Then tilik seat ada pijat !!! 
Hurm terbungkam kejap.

Tapi rasanya ni ujian kecik je banding transport kat negara lain macam India lagi lahar kot.

Kata bekpekes! Kene kental ! *poyo tak haha!

Sebelum bergerak, sempat breakfast kat gegerai tepi bus station ni. Ayam masak merah nya, pergh sedap ! Duit yang dorang bagi kat aku ntah macam mana terlebih-lebih (dapat kurang lagi dari owner chalet) sampai dapat tampung breakfast pagi tu dan beli lima sambal hitam lagik tuh. 

Korang ada selak langsir tak?

Ahkak time ni dah out --- ZZzzZZzZ ~




Sapa tau mana ni. Tak penah naik turun bas sini. First time in my life gituh.



Singgah Nu Sentral lepas lelah kejap. Duit group masih berbaki lagi! Maka aku beli cakes untuk si birthday gal ni. Seriously taktau macam mana leh terlebih-lebih. Hahaha!


So pendapat ?
Taman Negara -  not bad pada aku. Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti menarik seperti bermalam kat animal observation deck dan river tubing. Aku kalau ada orang organize include bebenda tu rasa macam nak join jeee. Over the weekend lah tapinya, malas nak amik AL !

Another wish checked. 
Next?
Panjat gunung jom? *berlari atas treadmill