Berjimba di Rimba Part 1: Taman Negara Pahang


"Awak kat mane. Awak...awak kat mane" --- tanya Taufik Batisah kepada aku sebab dah lama tak hapdet belog.


Hiks. Apa khabar warga bloggers?
Harap semuanya OK. Sepeninggalan aku, blog ni dapat facelift baru sebab aku dah bosan dengan layout lama. Pada mulanya komen-komen semuanya padam sebab aku maleh nak install Intense Debate tu...tapi macam tak syok lak ilang suma komen tuh. Terpaksa install balik. Huhu..

Cantik tak layout baru? Tapi rasa macam semak lak hadap lelama. Aih tunggu angin halilintar datang nanti aku tukar lagi...

Ingat lagi tak aku ada buat entry ngajak open trip ke Taman Negara bulan November..
Haaa now dah tercapai impian aku nak jejak kaki kat sana. Kalau nak tahu, aku simpan angan-angan ni sejak skola menengah kot. Time tu memang la makbapak tak bagi masuk hutan maklomlah anak dara takleh masuk hutan katernyer! Aku sebagai anak solehah lagi berkeperibadian siti nurhaliza aku pun iyekan aje lah. Tiada tahun yang paling sesuai lagi melainkan tahun ni untuk pergi Taman Negara sebab tahun ni masih ada berbaki VMY 2014  :)

Kalau pergi sensorang, nanti orang aku kata gilak. Jadi aku kumpul orang-orang yang sama-sama berminat nak pergi. Macam biasa, aku open invitation kat FB travel groups dan blog ni gak. Dapat sambutan Alhamdulillah. Terima kasih kepada 9 orang yang sudiiiii teman aku berjimba di rimba Taman Negara. Tanpa korang, impian ni kena recycle lak tahun depan ...  Muah ciked kat dahi !~


Alkisahnya bermula trip ni di KL Sentral. Semua tunggu di sana untuk naik tren ke Jerantut. Tren malam hanya ada pukul 8.30 malam je dan akan tiba Jerantut sekitar pukul 4 atau 5 pagi. Kami dapat seat standard dan ekonomi, harga tiket sekitar RM29-RM17

Tengok tuuu bekalan macam-macam. Powerbank, MP3 Player, air, selimut AA dan kopok lekor ! Hagham dapat tidor punnn....aku rasa lenkali memang kena beli berth la kalau tren malam sebab memang tak dapat posisi tidor yang nyaman. 


Memperkenalkan para jemaah : Anis, Zatie, Ilda, Fitra,Wan, Hasnor, Zack, Joe dan Yours Truly. Campuran dari Geng Royales dan muka-muka baru


Sebenarnya aku berdebor, macam mana lahhh gaye stesen Jerantut ni kalau tiba pukul 4 pagi. Gelapkah...sunyikah...berpuakakah...hahahaha. How to kill time?! Rupa-rupanya, terang benderang dan ramai orang ! Kami tiba lewat skit dalam pukul 5 pagi gitu. Oke lah just nice je....

Haaa salah seorang para jemaah trip ni tokey nasik lemak. Gigih beliau bungkus nasik lemak untuk sarapan pagi tu

So kami lepak je kedai pakcik ni, makan nasik lemak sendiri cuma order air je dari kedai ni. Kheeji tak? Kekekke...


Kami sampai je sini Abang Man tu dah target dah kami. Dok offer van terus ke Taman Negara. Maksalahnya awal-awal nak ketuk RM40 sorang ! Memang tak ah bang oiiii. Yang pompan dok kenyit mata mintak kurang rega dia tak layan. Tapi bila Tan Sri Joe buat ayat maneh, harga drop dari RM40 ke RM15. Last drop, RM12 ! Minyak senyonyong apa lah kau pakai kan Joe? Ahaks...


Van ni la kami naik...dalam tu dah ada dua mat saleh tunggu sejak pukul 2 pagi lagi. 

Gerak-gerak khas terus ke Taman Negara. Sebenarnya plan asal dari stesen KTM tu nak pergi stesen bas untuk naik bas ke Taman Negara, dengar kata tambang RM7 je. Tapi fikir dari stesen KTM nak kena naik teksi ke stesen bas (sebab barang banyak dan malas nak jalan) -- tambang teksi plus tambang bas...aihh lebih kurang jelah. Naik je lah van abang Man ni trus! Chapcuss...tayah pening.


Pukul 8 pagi dah sampai ! Kat situ berkibar-kibar bendera Pahang sebab malam tu final Piala Malaysia :)

Terus boleh check in. 

Indahnya lahaiii jumpa katil. Mata dah rabak giler neh...


Meh aku bawak korang sekitar Mahseer Chalet.

Reception area

Dapur yang lengkap bleh main masak-masak ! Ni memang big point ah kat Mahseer ni. Kami tiap hari pun konker port ni...hehe


Biliknya ada jenis chalet, room, dorm. Kami amik dorm RM20 per pax per night



Pagi tu jumpa Abang Nasiron pemilik Mahseer Chalet ni untuk kawtim pasal pakej aktiviti. Cerita lebih kurang dapat lah rega RM115 untuk dua hari aktiviti. So pagi tu camwhoring kejap sekitar chalet pastu I NEED BEAUTY SLEEP. Kalau tak dapat tidor, mau jadi rimau plak aku kang. So marilah beramai-ramai membuta sekejap walaupun seketika. Lepas lunch baru lah hari kami di Taman Negara akan kick off.


Ahkak dah segar dan ceria ! Mau kemana kitaaaa. Jom ikut saiaaaa~

Kedai makan terapung di jetty Taman Negara

Jom hayun langkah carik sesuap nasik

Nasik pun lauk sedey sangat. So order mee goreng je 

Aktiviti pertama : Rapid shooting

 Wajah-wajah ceria....time ni tak kebasahan sangat ah rapid shooting ni

Layan view sat...

Hari tu cuaca ok, tapi harus ingat bulan November tengah low season kat Taman Negara tu sebab dah starting musim hujan.

Then kami tiba kat Perkampungan Orang Asli Bateq



Bersambung la eh sebab banyak citer pasal Orang Asli kat sana. Totally tak jangka. Aku baca kat Internet orang kata Orang Asli sana dah modern, mewah...tapi bukan ya ! Aku rasa Orang Asli kat Belum tu lagi advanced sikit kot...
Stay tuned ! =)

Aku melihat 'kalajengking' yang tersesat, rambut hitam beralun
Mata tajam menusuk kalbu
Dan waktu terbagi dua
Antara bergulir dan berhenti
Dan rasa berbaur berbagai-bagai
Seribu tahun pun rasa ini tak penah kunjung tiba
Bagaimana melarang hujan jatuh ketika ada awan
Bagaimana melarang daun jatuh ketika ada angin
Dan bagaimana melarang aku daripada terus kejatuhan hati -bermonolog sendiri depan pokok akar liana