Noobis Koobis: Cara Booking Hotel Di Agoda


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ~
(tak aci jawab salam pendek...haaa~)

Ni segment back to basic khas untuk noobis koobis yang baru-baru nak menjinakkan diri dalam dunia travel. Seasoned travellers sekalian sila beri kata-kata semangat kepada noobis koobis. Say "GAMBATTE NOOBIS" di ruangan komen ye. Heheeee~

OK adik-adik. Cara booking hotel secara online ni senang je. Ada dua website yang femes untuk book hotel iaitu Agoda dan Booking.com.  Di ruangan ni, saya tunjuk (eh saya? skema siot) cara tempah hotel di Agoda.

Pertama-tamanya buka website AGODA.

Taip la di search box itu destinasi impian korang beserta tarikh check in dan bilangan malam. 





Search akan memaparkan result dari jenis bandar hinggalah daerahnya





Klik je kat destinasi idaman tu then boleh view semua hotel yang ditawarkan oleh Agoda. Boleh sort hotel sama ada nak tengok dari segi recommendation, nama hotel, berapa bintang, harga dan review score. Harga yang ditayangkan tu ialah rates per night ye. 



Haaa terkejut tak ! Tadi Cameron Highlands alih-alih Genting Highlands plak. hehe. Aku mati-mati ingat Awana kat Cameron, check sampai page ketiga barulah tersedar Awana tu kat GENTING . Ni lah padahnya lama sangat mereput tunggu bas balik rumah tadi ! 



Bila klik kat hotel pilihan akan terpapar jenis bilik dan harganya.




Bukan tu aje, selambak geganba hotel boleh dilayari yang boleh membantu korang buat keputusan samada nak tempah hotel tu atau tak.


Scroll bawah lagi dan korang akan tahu features yang ada kat hotel tu beserta hotel policies. Sila take note hotel policy jika korang cancel booking, amend tarikh booking and such. 



Scroll lagi kebawah --- part ni pun penting gak dalam membuat decision yakni customer review and rating depa bagi kat hotel ni. 

Kalau pada aku, aku tengok tiga benda ni --- 
1. Harga yang within budget
2. Gambar hotel samada menepati citarasa atau tak 
3. Customer review ni rajin gak aku baca sebab dari situ boleh tahu samada bilik dia bagus tak, servis tiptop ke, lokasi strategik ke. Benda-benda ni yang membantu aku buat keputusan. 






Bila dah bulat azam dan datang seru, jom kita tempah !!
Senang aja, just isi information korang kat atas ni.
Mohon pastikan ---- 1. Details yang diberi ialah tepat  2. Details hotel yang dibooking ialah tepat macam tarikh dan jenis bilik. Sila aware ada penambahan tax nanti....  =='




Next page ialah page pembayaran. Boleh guna Visa, Mastercard, JCB, American Express, Paypal dan Carte Bleue sajork. See total amount dah bercambah ? Itu final total yang dah ditambah tax.
Kalau korang tanya "Secure ke bayaq pakai gaye gini"
Wallahi aku tak tahu tapi Alhamdulillah selama tempah kat Agoda ni takda perkara aneh terjadi, semuanya okay. Lagipun CC aku ada bagi notification setiapkali ada transaction so ada rasa selamat sikit le.



Pembayaran dah buat jadi tempahan pun dah complete. Di final page ni dia paparkan all the information.



Juga korang akan menerima confirmation email dari Agoda yang juga ada information tuh suma. Simpan email ni baik-baik naaa...~ biasanya aku print email ni dan tunjuk kat hotel bila check in nanti.


Tadaa ~! Tahniah sebab berjaya tempah hotel online !!! :D

Aku kalau datang angin rajin plus kiasu, aku akan forward email Agoda ni kat hotel berkenaan just nak make sure aku ada bilik dan takde kejadian overbook. 

Bukan apa, kejadian overbook yang berlaku kat Koh Lipe beberapa tahun lepas buat aku jadi kiasu! Bengang lah jugak sebab owner hotel tu takmoh refund the rate difference antara hotel dia dan hotel yang sudi kutip aku. Avoid The Box Koh Lipe. Baca review pun ramai gak rate Disappointing. Kahkah. 

Aku menunggu karma...membalasmu~ *Nidji hadir sebagai artis jemputan

Eh korang.
Dengar cite, Genting tengah renovation. Dah macam padang jarak padang terkukur...

Kredit: http://www.ciklilyputih.com/2014/03/gambar-pemandangan-di-genting-highlands.html


Jadi kenapa aku nak naik Genting time Disember ? 

Penyebab Utama

Emmm. Tahun 2011 aku pegi tiket hanya RM40, skang punya harga rasa macam inflasi kat Mesia ni dah naik 200% seiring dengan drama 'Rindu Awak 200%' gamaknya. Sikit lagi aku nak cerca tapi takpelah dah lama pun tak pergi festival ni. Harap bands mantap kali ni sebab tahun lepas ada Franz Ferdinand dan Explosion In The Sky , aku tak dapat pergi ! Tahun ni bawak la Jack White ke...The Black Keys ke...Royal Blood ke...tolonggg la bawak masuk band yang betul-betul rock n roll mohon kurangkan electronic band. I is tak selera la electronica sangat neh. Huhu. Selain musik, yang best pasal festival ni sebab aspect creative tu! Best ! Seni dari setiap sudut ---  comedy, artworks, original & hand crafted things, art installation, fashion, visual design. Dan sebeno-benonya rindu nak layan live bands. Macam zaman Rock The World. No. Wait. Last layan time konsert Muse kot. Moment terbaik...berada dalam moshpit pahtu balik dari konsert sebelah kaki masih bersandal, sebelah lagi pakai kasut lelaki sape ntah gegara sandal aku tercabut ! NoobisKoobis sangat kan pegi konsert pakai sandal =='


Dah mencarut apeje ni. Okdu. Dah pukul satu pagi oi !!! Mak kena bangun pagi mencari duit nak bertravel dengan lebih cargas !

xoxo~