Part 4 : Trip Kemanusiaan Royal Belum

Pagi yang dingin dan berkabus di Royal Belum. Aku kejatuhan hati dengan pemandangan pagi kat muara sungai ni. Aku lepak lama kot kat dek atas, menghijaukan mata seketika. 

Ini ialah moment tenang selepas chaotic jap sebab bangun Subuh, takdak ayaq ! Depa baru nak on generator, aku ni dah nak subuh gajah. So guna air mineral water je la demiii tak menjadi subuh dinosor. Hiks

Tunggu sarapan naik. Hee. 

Mandi pagi. Hahaha sejuukkkk !

 Korang tau tak best betul bau hutan time pagi-pagi ni !  :D


Acara pertama pagi tu ialah mandi pagi kat air terjunnnn ~ yeyersss. Ada trekking lite-lite jalan menuju ke air terjun tu. 

 
 "Aku dah nampak dah neh air terjunnya " --- konsep poyosing pagi itu.


Belanja gambar khazanah flora & fauna Royal Belum :




Beriya lerrr semua nih trekking pakai life jacket kot-kot la air terjun tu dalam..

Dalam betul wakkk. 
Dalam kalau kau ialah midget haha. 
Paras pinggang aku je haaa...
apelagi, campak life jacket kat batu. 


 Tempatnya kecik gak la...bergilir gilir la kita nak ke tempat paras pinggang tu ye. Hehe.

Dapat port baek punye

Gituuu indah pic ni kredit to Joe's camera yang sama berat dengan batu.



Balik dari menyegarkan badan di air terjun. Incredible to think that we might be the only humans yang berada di kawasan tu. Actually malam sebelum tidor aku dah pikior dah --- kita je le manusia yang berada di hutan ni malam ni ye ! 


Bayangan awan di permukaan air

Tapi kan, aku tak terpikir lak kekalau ada binatang naik bot ni time memalam...heheh. Bebudak ni balik dari Belum tu baru lah terbongkar rahsia apsal theyoll tidor pakai life jacket. Rupanya dorang lagi thinking ahead lah --- takut binatang masuk bot mau menggelabah terjun tasik so dipakailah life jacket sesiap. Emm, aku pun macam, ye tak ye kan. Walaupun duduk deck atas, boleh jee SNAKE terjatuh or naik bot kan. Apa apa pun syukur lah takde kejadian tak diingini berlaku. I is think positip, resultnya pun nanti positip jugek...Insyaallah~

Kita dah nak tinggalkan tempat yang gorjes ni. Puas hati tempat ni lawa dan something yang aku tak pernah alami sebagai seorang uptown girl dan mak selalu tak bagi join rombongan camping sekolah. 

SOoooOo here I am, meroyan nak pegi masuk hutan time umor 30-an, dah kawin dan beranak satu hehe.


Acara seterusnya kita pergi ke Perkampungan Orang Asli no. 2. Kampung ni jarang orang masuk dan bagi sumbangan tak femes lah macam Kg Aman Damai semalam. 

Kampung ni kecik je dan keluarga pun tak ramai


Keadaan rumah orang asli Jahai

Daun ni dijadikan beg untuk mengumpul madu kat hutan. Keras beg ni. Daun ape ntah la. 


Sumbangan setimpal dengan saiz keluarga di kampung ni


Hi~ Comey tak Kak Ton ?


Geng Royales @ Perkampungan Orang Asli Belum



Wanita Jahai



Aaa kau...layan DVD hokeyyy. Hindustan plak lagi tu.


Muda wanita Jahai ni bersama anak kecil


Hammock bawah rumah. Chillex ~

Keadaan dalam rumah orang Jahai

Kelambu hasil sumbangan orang jugak ni, untuk mengelak kes malaria


Sembang dengan ketua keluarga disitu. 
"Nashi aje ke, lauknya mana" --- yea, they can be demanding like det =='

Dengar cerita, anak lelaki nya nak berkahwin. Dia bekerja mencari akar kayu kat hutan punya lah jauh merantau sampai ke Kelantan. Kat sanalah dia bertemu jodoh dengan orang asli jugak rasanya dan dorang dah setuju nak berkahwin  ---- gitu iolls jadi makjems plak disituh ! no. we don't get invitacions. lol !

 Groupfie ~!


Life is simple


Acara seterusnya kita melawat perkampungan orang asli yang ke-3. 
Tak jauh la dari yang tadi.
Aku otw melangkah ke sana alih-alih nampak anjing dan dok menyalak pulak
Dengan kampung yang agak kecil, ada anjing dan kepala aku pun dah pening tingtong sebab tak cukup tidor, aku batalkan niat nak kesana...U-TURN~

Dorang je yang pegi, aku balik ke houseboat --- membuta !


Dari ganba ni nampak kampung ni lagi dhaif 


 Rumah kat sini tak berdinding 



Sempat borong madu asli dari mereka. Nampak tak Abg Miloko tengah tuang madu tu ke dalam satu botol mineral besar. Harga RM50 je kalau tak salah. Murah gilers.

Dengar cite, ada orang baring-baring sampai runtuh pondok orang ! Sape lettewww~  hehe


 Ok. Aku masih lagi membuta all through the kampung ketiga dan lunch preparation. Memang tak sedar ape dah. Qada' tidor kaw-kaw punyem !

Ni orang-orang kuat muka asik ke dapor je manjang hehehe..


Aku turun makan pun sebab orang datang kejut. Turun turun lauk hampirrr je habes. Haa sebbaek ada nasik lagik !

 Abang Nan lah owner houseboat ni


Houseboat kami belayar ke destinasi seterusnya. Lawa gila kan pic ni ? *tekan lift masuk sendiri


Lama jugak nak sampai ke sana, layan view sat.





Time terluang jangan dibazirkan. Meh camwhore sampai lebam sambil acah-acah yoga.
Tak stabil wehhh, takut buat aksi ni..mau terjatuh ke depan masuk tasik !


Masa yang ada juga dimanfaatkan dengan mempelajari ilmu CPR. Yang mengajarnya ialah Kak Hasnah, she's a nurse if I'm not mistaken. Dia bawak banyak ubat-ubatan dan syampu kutu untuk orang asli tu. 

Layan scene hijau lagi.
Time ni la dapat makan cucur jagung...torrbaikk la ~
Siap aku tanya theyoll pakai jagung dalam tin ker jagung betul ? I is tak penah makan cucur jagung hokay ! Janganlah gelak...



Aku suka zoom sampai lebam. Haiii kalau laaa aku ada lens zoom super saiya kan ke best. 
On second thoughts. 
Nah. Aku tak serious dalam photography pun, rasa macam membazir plak kalau beli lens. Hee. Baik beli tiket flight !


Rasenya dah banyak sangat ganba ni.
Setop sini dulu naa...bersambung ~

Royal Belum @ Grik, Perak

Part 1: Trip Kemanusiaan Royal Belum
Part 2: Trip Kemanusiaan Royal Belum
Part 3: Trip Kemanusiaan Royal Belum
Part 4: Trip Kemanusiaan Royal Belum
Part 5 : Trip Kemanusiaan Royal Belum
Part 6: Trip Kemanusiaan Royal Belum