Part 1 : Trip Kemanusiaan ROYAL BELUM






























Travel

As salam semua !

Trip Royal Belum ni aku pergi Jun lepas menggantikan trip NagoyaTakJadi. Pada mulanya, Mr Z tak bagi green light, dan time tu pun dia main tarik tali green light Nagoya tu. Percaya tak, sampai tumpah air mata Neng Yatimah lah jugak baru dia lembut hati bagi aku pergi Belum ni. Hahaha. Mau hakak kau tak seteghesss, dah la Nagoya tak jadi ~ .... bikin gilak kalau tak dapat merayap sebelum bulan puasa *tanakbukakblogkaitanJepununtukempatpuluhempathari


Ni dalam bersyawal pun dah naik syahwat nak merayap. Atas sebab kekangan duit je aku masih berada depan PC dok bukak FB, melanguk kat BBM tengok orang lain merayap sana sini huhu !

Anyways, pada mulanya trip ni aku yang ajak Geng Mabul  join. Aku suka trip ni sebab first, ianya trip kemanusiaan dan second, aku dapat tidor dalam houseboat. Kedua-duanya ni memang idaman sangat, dah lama nak buat dan akhirnya tercapai ! Dorang suma dapat green light tapi aku je ketinggalan. Aku pasrah je time tu. Bila dapat tahu dapat green light, seronoknya lahaiiii sebab dapat bertemu dengan Geng Mabul dan bergelak sakan (dan sakai) macam kat Mabul. Hee !~

Trip Kemanusian Royal Belum ni organizernya ialah Cik Bella Farhana. Tripnya 3 hari 2 malam dengan harga RM280. Sebelum trip ni, ada whatsapp grup untuk kenal-kenal. Tapi mampoih aku kurang bersuara pun dalam grup tu sebab tak kenal...jadi diam-diam ubi je dulu. Kekeke...

Since ni ialah Trip Kemanusiaan, kita fokus beri bantuan kepada Orang Asli. Aku ada beli buku mewarna dan pensil color, juga menderma baju-baju lama Aaira yang dah takleh pakai. Yang lain kami ada bagi beras, dan mengadakan Sukaneka untuk bebudak Orang Asli ni...hadiahnya tentulah gegula dan cekelet !

Lagi satu, trip ni memang lain dari yang lain sebab kita kena masak sendiri secara berjemaah. Gitu kau! Gemuruh tauuuu sebab skill memasak tahap anak-anak dara jerrr. *nyorok dalam tudung saji


HARI PERTAMA

Kami the Geng Mabul carpool guna kereta Has. Semua janji jumpa kat RnR Sg Buloh pukul 3.30 pagi. Aku ingat RnR sana 24jam...bila tiba sana gelap je. Agaknya bukan 24jam? Ker tengah renovate? Ntah lah. Aku duduk je dalam kereta sampai Has dan Kak D sampai. Punggah-punggah beg dalam bonet. Uiii banyaknya bawak barang ! Ada bawak air mineral, beg, makanan...banyak jugak lah. Berangan-angan nak makan megi tengok bintang kat dek boat...hee


Yang lain-lain ada yang datang dari KL dan ada juga dari Utara. Semua pakat jumpa kat Jeti je. Kena sampai sana pukul 9 pagi oi ! 


Pagi yang terik. Kereta dah banyak bersusun-susun kat jeti Tasik Banding ni. Masing-masing punya agenda sendiri. Yang pastinya, hujung minggu kami pada ketika tu memang havoc :D




Ni cuma sebahagian dari barang-barang yang diangkut ke boat. Beras 32 kampit, bahan masak mentah dan kering, goodies, joran, air mineral etc.



Ni la houseboat yang bakal didiami selama 3 hari 2 malam

Sebelum tu, kena angkut barang-barang yang melambak tadi ke houseboat. Turun naik tangga ni haaa. Gile tak. Kaget jap sebab tak biasa kau aktiviti angkat berat dan bekerjasama ni. Sungguh mempraktiskan sifat tolong-menolong gitu walaupun ada sifat malas yang keji ittew. Aku la yang malas tu...hahaha. Dan sangat membantu juga dalam trip ni ada 7 orang habang-habang gagah ! Hee... ~ Kalau semua pompan ? Agak-agak bile houseboat tu bleh gerak ? =='





Lambakan bebarang...

Ni ruang santai...

Ada TV, meja makan, kerusi...

Abang Miloko ialah the tour guide yang meneman kiteorang sepanjang trip ni...
Ucapan mukadimah nya dia story sikit pasal Hutan Belum dan acara-acara yang dah dirancang untuk trip ni..
Ohh ye, kalau nak tahu info pasal Hutan Belum ni secara detail gile dan cara nak ke sana, sila la berkunjung kat blog ESHAMZHALIM segala peta, alamat, suma ade  !


Houseboat pun belayar


Amik feel Titanic jap


Ni ruangan di atas. Ada empat bilik tidor. Dua bilik assigned kat orang pompan, dua bilik lagi untuk orang lelaki. Ada juga yang tidor kat luar ni, lagi best kot...sejuk ! 

Dalam bilik disediakan tilam dan bantal. Dalam bilik ni kami semua Geng Mabul tidor sebilik ! Haha memang penuhhhh...dan panas ~ Padahal kat bilik lain ada kosong. Dah taknak berpisah katernye ! Tidorlah walopon aku kene hempap pada mulanya aku ingat entiti paranormal tapi rupa-rupanya lengan si TuUuuUTtT. Lasak dia tidor . Hehe. Dorang tidor sikit punya lena, aku jugak yang terkebil-kebil !


View dari bilik

Menghampiri acara pertama.

Tak sempat nak ice breaking terus ke acara pertama. Makanya time ni masing-masing masih 'kaku' dan bergerak sendiri mahupun bergeng. 



Acara pertama ialah kita skodeng Bunga Rafflesia. Kata Abang Miloko, khabarnya ada bunga yang dah mekar. Eksaited gak ni weh...lagi satu wish come true iaitu nak tengok Bunga Rafflesia!



Sebahagian peserta trip : Hilal, Muiz, Zack, Kerol, Nazira, Fakhrul, Kak Hasnah, Wan, Abg Fahimi

Bermulalah trekking utan. Lite-lite je trekking ni...


Kalau tak biasa, boleh semput juga ! Tapi kalau bleh senyum lagi, maknanya okey la tu  @@

 
"Hati-hati Kak D..." Haa nak bantu orang tapi peringatan kat diri sendiri gak sebab aku jenis clumsy .. main jejak je...



Pelbagai jenis pokok boleh dijumpai kat sini...


Daun...keladi kot? Lebar dan besar daun ni...

Abang Miloko tunjuk daun yang sesuai buat ubat buasir..



Haramjaddu untuk mengambil bunga Pakma !

Sampai-sampai je...alahai, masih berkudup sang Rafflesia ni.  Time jumpa Rafflesia, akibat eksaited dan tanah licin...terjerumus jugak aku dilembah hina..nak gapai apa pun tak sempat !

Ni rupa Rafflesia yang dah layu di tasik madu

Banyak kekupu kat sini. Kecik je tapi jinak ! Macam orang dalam ganba ni jugak. Heee~! 

Masih lagi la di tapak Rafflesia tu. Bukan satu dua je bunganya, beberapa bunga ada kat situ tapi samada berkudup atau dah mati...

Tekun dengar pasal pokok hutan. Time ni gua usha jauh je selepas tergolek dok kat Rafflesia, aku port di tanah rata je perhati orang... 


 
Letssgooo~! Perut dah laparrrr. 

Urusan lunch kena dihandle dulu. Jenguk-jenguk dapor dengan rasa segan ... nak tengok sapa yang mula masak dulu neh ? Kalau ikut itinerary, ada pembahagian kumpulan dan tugasan...tapi kalau perut dah bernyanyi ria, takyah tunggu-tunggu lagi...angkat kuali dan senduk tu sekarang !!



Diskusi. Maklom la tak penah masak untuk ramai-ramai orang ! Dok diskas nasi nak masak berapa pot. Lauk apa nak masak. Masterchef pada hari tu ialah Kak D  :*



"telur ni kalau balut-balut jadi sushi ok gak kan...?" - ngomel dalam hati


Aku amik tugasan yang simple. Kannn skill ahkak kau ni taraf anak dara jee. Sampai ada la sebutir telor tu pecah terus tak dan nak masuk mangkuk. Kahkah ! Oppss..terbocoq rahsia. Matilah kena bahan kat whatsapp. Lantakkan. Memang sebelum ni dah kena bahan pasal telor dadar ni..cisss dan cheesee sangaaatt~


Nini ialah sous chef haritu. Heee


Imah ialah Barista hehehe!

Punya la sakan posing, masaknya jadi ke idak ni ?!


Alhamdulillah...berlauk kita pada hari itteww. 

Dengan bantuan-bantuan luar ni, kita takkan kebuloq ! Ni ialah sambal kering ikan bilis, ehsan Kak D yang mengordernya. Memang sedaaaaap. Sarapan pagi sumbat benda ni dalam roti, layaaan !

Bantuan luar : Sambal Ikan Bilis Si Imah. Best, pedas dan berbawang gorenggg!

Bantuan luar: Kuah asam

Bantuan luar: Sambal tempoyak ehsan si Has. 

Solid tak bantuan luar kiteorang ? hehehe~
Kompem berselere jee !

Nak nak kalau ada ulam pulak. Fuh, best gak masak sendiri ni kan? 




Topap tenaga weh...nanti ada acara lagi ~


View Belum memang gojes...

Berbaring-baringan walopon amalan baring lepas makan tak digalakkan. Heee. Tengok langit nya....awannya...indah, cukup indah !


Panjang joran ni... ada harapan naik duaploh ekor toman untuk BBQ malam kang. Tentu aku kelihatan kachak dimata Kak Hasnah ! *gitu kot getusan hati si Joe sambil senyum-senyum sendiri

Siapa yang nak memancing tu kena bitau awal-awal sebab ada kena bayar permit rasanya. 

Awan gemawan Belum


 Lepak-lepak 


Meriah pulak awan kat sini


Sekalik, lalu houseboat yang kacak gile. Terkagum semua....


Tibe time ice-breaking. Itu la cik Bella Farhana, si organizer trip ni. Dia bergerak sendiri je organize Trip Kemanusiaan ni semua, not under any NGO. Rasa kagum dengan dia ni. Mula la terpikir, time aku umor dia, ape jee yang aku dah buat...huhu..loser sungguh ! 

 
Kenalkan nama dan dari mana. Hehe. Dari sini dapat tahu ramai gak dari Utara. Patot susah nak 'connect' sebab loghat Utara pekat dan style conversation pun lain. Yang kiteorang ni, asik gelak sakai je. Tak habih-habih cite pasal Mabul, Imah dan ehem ehem ! Heee...

Tapi kan, akhir-akhir trip baru lah semua mesra skit. Lepas trip, lagi meseraaaa  @@



On the way ke acara seterusnya, ke Perkampungan Orang Asli...


bersambung...

Royal Belum @ Grik, Perak



Lazada Malaysia