Ceritera Ramadhan & Salam Aidilfitri 2014




Salam semua warga separa kelawar yang masih tak tidor awal pagi ni...
Mungkin sebok buat kuih raya ya ? Zaman buat kuih raya aku dah lama berlalu, now main tunjuk-tunjuk je...gigih ko Jemah buat kuih semperit pepagi ni ya ! Nak skit bleh? Ihiks


Haa kita ni kan lagi beberapa hari nak raya. Eh sebelum cakap pasal raya, Ramadhon uolls macam mana? Alhamdulillah la kita sempat menikmati Ramadhan untuk kali ini. Sempat juga beriftar dengan rakan-rakan dan orang tersayang.

Awal Ramadhan kali ni agak havoc sebab ada WORLD CUP. Seronok woo sahur sambil layan bola. Time final world cup, aku layan kat Sultan Restoran kat Cyberjaya.

Memula Mr Z takmo pakai jersey germany, malu letteww kalau kalah. Aku dare dia pakai. Pahtu balik dari game, kembang kempis idong kaaaan ! Man of the match gitu. 

Walaopon sebelum tu kami agak kehazaban sebab ni port fans Argentina ! 

Dah tersuka pulak datang Sultan Restaurant since aritu kami beriftar dengan kawan kat situ, harga buffet dia murah giler la RM30 je per person. Budak kicik ialah half price. Tapi ntah nape aritu dia caj kami RM25 je per person. Rezeki woiii....

Korang tahu kan yang Pizza Pizza dah merge dengan Sultan ni..all in one place skang ni.

Kurma & buah-buahan

 Grilled chicken


Lasagna dan lauk arab apentah tu...

Selebihnya taktau nak cakap sebab suma Iranian dish..haaa layankan aje.
Baca bismillah dulu dan sila jamu mata..








Ada nasi dan ayam & kambing dalam dulang, lupa lak nak snap ganba. Kambing dulang tu pergghh terbaik weh. Tapi ko tau-tau je la buffet arab ni bukan bleh makan banyak sangat, cepat terasa kenyang nya.

Lepas abih makan, dia tayang lak tarian gelek kat tv. Yang gelek terkangkang pun hadooo, menanah mata youuuu !

Iftar dan meraikan birthday rakan.


Ramadhan kali ni aku pergi bazaar ramadhan betul-betul sekali je, tu pon time kat Sitiawan. Bazaar ramadhan kat KJ ni langsung tak pegi...kire pecah rekod aa ni ! Bazaar kat Sg Penchala pun tak pegi. Gile bangga sebab kali ni banyak masak sendiri hahah!

Awal minggu Ramadhan tu dah bertema Amazing Thailand....


Tomyam Campor, Sotong Goreng Tepong, Kerabu Udang ala Thai dan Siakap Tiga Rasa ala Thai



Iftar potluck pula kat rumah adik.
Tema? Seafood Fiesta kot !


Aku hanya menyumbang Ketam Percik je. Hihiks !


Ada hari aku boring dah makan nasik, tekak berjiwa hitalian puleee...


Aglio Olio Fettucine, Oat-Crusted Pan Seared Dory, Coleslaw, Buns, Summer Fruits and Shirley Temple drinks. Cupcakes tunjuk dari Wondermilk

Tala hailer kat SuperMeng : Aglio Olio ni resepinya aku amik kat blog ko, Masterchoi tahun lepas! Hakak Avril punyer resipi....terima kasih kakak !! Menjadi olio aku...~


Bila balik kg Mr Z, sempat la terjah Bazaar Sitiawan dan tak sangka ada food kegemarang kuuu...~


 Sedap betul sup panas-panas masuk perot !


Iftar lagi dengan rerakan berhati waja. Time ni meeting merangkap iftar. Meeting pasal misi kemanusian dan mendaftar jadi NGO supaya semuanya legit, senang nak bergerak.  Kat Manhattan Fish Market je uolls, tapi apsal eh portion Manhattan ni dah macam kecik nau ! 


Iftar dengan pembaca blog Nanatron kat Ma'cik Briyani, Curve. 
Ahaks ! Matilah kalau Datin baca ni. Sebenarnya kami kenal bila Datin whatsapp aku sebab nak bertanyakan pasal Tanah Abang. Memula aku was-was juga adakah Datin ni fake or for real. Tapi dah dua kali kami hang-out nih, dan Alhamdulillah orangnya genuine, baik dan friendly sangat :D

Ada lagi nak bertemu dengan Nanatron neh ? 
Ahaha...jangan menyesal je tau ! Ada orang penah cakap kat aku, rasa nak check in hotel dengan aku dan sembang sampai pagi. Haaa jemah tak jemah iolls ni ??? Tapi kekadang orang senang dengan aku sebab aku bole jadi pendengar setia ... tu memang trait yang diketahui umum :D ngee

Sebenarnya lepas bertemu Datin ni membuatkan aku terfikir pasal demografi pembaca blog ni yang rupe-rupenye pelbagai jugak ya. *mula la nak buat ayat skema 

Tak sah raya kalau tak singgah Jalan TAR kan! Aku pergi minggu lepas, gile meriah walopon pukul 2 pagi. Kali ni banyak buskers menghiburkan orang kat tepi jalan kedai sederet Restoran Insaf tu.

Tengok la trafik macam ape je...gile ah dingdong


Mak tengah belek-belek

Bauan yang mengancam !

Adik dah pasrah disituuh ...

Means, sehelai RM10 la. Normal la kan ? Tapi menggile gak orang beli...

Aku spend bebetul RM50 je malam tu. Dengan RM50 dapat satu lacey top, tudung bawal glitter, dan 5 pin hijab. Trafik still macam giler time nak balik....



Ni ganba still fresh, malam tadi punye cite ! Si kenit nak main bunga api. Layankan...

Walopon kedengaran cliche dan ntah pa pe je, tapi apelah raya tanpa bunga api. Kasik can la kat depa nak main-main macam kita kekecik dulu. Biar dia rasa meriah....

Like most of the things these days, bunga api pun low quality kali ni ! Tuari mak aku balik dari Kemaman, aku tergezut tengok satar yang cenonet. Ni pulak, bunga api yang aku beli kat Kg Baru...korang ingat tak bunga api merah belang kuning yang kalau dibakar, kuar asap warna warni?

NOW DAH TAK BERASAP KALER-KALER ! 
I is UPSETTTT !!

Dah la batangnya tu guna lidi lembik je, Dan belerang sikit jee pun. Padanlah bebudak skang main meriam, lagi hinzal.


Lagi cerita Ramadhon yang fresh, baru berlaku beberapa jam lepas...

Tadaaa ! Ni A&W bukan sembarangan, ni lah A&W PJ yang diwar-warkan akan tutup bulan Disember nanti. Penuh newsfeed aku bebudak PJ mengeluh kenapa mau ditutup ikon PJ yang mashyur dan antara yang tertua di PJ ni. Whyyy PKR? Sejak berita tu tersebar, aku dengar ramai yang serbu A&W. Yang bukak pose kat sana, pukul 8 baru dapat makanan ! Punya la gigih korang queue kan. 

Cuba datang macam weolls ni. Hadir untuk bersahur gitu ~


Ni pukul 1.30 pagi. Queue macam hape je...

Datang memborong pitcher

A&W float, coney dog yang TERAKHIR MALAM TADI (syukur la mendapat !), curly fries dan ayam goreng. Keciwa sebab waffle & ice-cream station tutup. Tahun lepas kami sahur kat sana, masih ada je waffle nya  ... takpa la naa, lepas raya kita datang lagi :D

Awek sapa kat belakang tu ? 

A&W PJ ni terkenal sebagai port dating sebenarnya ! Haha! Memories sangat lah pada warga PJ. Tapi yang bukan warga PJ pun memories remain.

"You penah deting sini ke ?" - gitu aku tanye Mr Z yang berwarganegara Sitiawan
"penah"
"dengan sapa"
"dengan ade lahh"
"dengan tuuttt ek"
"ada jugak"

Orang lelaki ni kalau jawab sepatah-sepatah maksudnya, dia takmo indulge any further :P

Yang pastinya A&W PJ ni mendatangkan memori time aku skola dulu. Ada Pesta Sukan antara sekolah kat padang Astaka dan aku wakil sekolah masuk team bola baling. Lepas pesta, kiteorang lepak sini sambil usha lite-lite je.

I is NERDY. Tak reti detingan !



Di suatu petang Ramadhon, aku dikejutkan dengan bunyik pinpon posmen Pos Laju. Aku terdetik juga "mungkin Meng kot" tapi tak high hope sangat sebab dah terlalu lama kot tunggu. Ahaks ! Sekali memang dia daa...skali empat bijik FM aku dapat. Terus tak jadi majok keh !  :P

Trimas Supermeng! 


Yang ni pulak dapat siang tadi dari Jari Manis. Dah bertahun tak dapat kad raya, bagus juga JM hidupkan tradisi ni balik. Paling best? Si kenit dapat duit raya ! 
Tahun depan kalau nak lagi best, duit rayee untuk mak budak la pulok *nyorok blakang AairaElsa


Bahang raya aku takde la semarak mana...
Yelah dah tua-tua ni, mana nak seronok sangat, tengok kat anak je la kasi kan dia seronok..

Semasa arwah nenek masih ada, dan time aku anak dara lagi single mingle...kami biasa balik kampung ke Rawang dulu. Malam raya pasti ada rombongan dari masjid pergi rumah ke rumah melaungkan takbir dan kiteorang jamu dorang dengan kuih muih, ketupat dan rendang. Jadi, petang raya tu memang busy lah kena masak awal-awal sebab orang masjid nak bertandang.

Merasa lah masak rendang dan ketupat guna periuk besar kat luar umah. Masak guna kayu api. Kelapa dikukur guna alat tradisional lagi.

*gambar google*
Hado korang mengukur begini ? Zaman skrang takde la. Dulu iye. Nostalgik sangat.

Kenangan pahit time raye yang aku masih ingat la, time tu aku dan sepupu-sepapat tengah masak ape ntah. Sepupu aku tu tengah pegang sudip besi tengah masak ape ntah, panas lagi la. Ntah macam mana, aku dekat dengan dia kot...dia berpaling dengan sudip dan terkena blakang tengkuk ni. Sakit woi. Macam kena minyak panas lah ibaratnya !

Hehe tapi kami ada perangai burok skit. Time pagi raya, bangun pagi je terus lepak kat buaian luar rumah. Sebab time tu berduyun-duyun jejaka melayu kampung nampak gagah berbaju melayu dan menghayun langkah ke mesjid ! Dengan tak mandinya, dok usha-usha anak bujang orang ! Tak senonoh kan? Kalau jiran sebelah ada cucu bebaye kiteorang ni, mula la tanya arwah nenek...pastu sebok nak ikut beraya kat rumah jiran tu  =='
Gelitis sangats.

Walaupun arwah nenek dan atok kedua-dua belah dah takde, Alhamdulillah kami rajin balik Melaka (belah ayah) tiapkali raya. Biasanya, Sitiawan dulu...then Melaka. Jadilah...kasi raya si kenit ni thrill sikit. 

Cer tengok muka cheeky dia ni. Kemain seronok !


Dengan ini, aku menyusun sepuluh jari meminta ampun dan maaf jikalau ada tulisan yang menyinggung perasaan orang. Maafkan daku wahai teman ! *kuar henkecif

Selamat beraya dengan keluarga dan rakan taulan. Kalau balik kampung, pemanduan kena berhati-hati tau ! Moga korang selamat pergi & balik...

Salam Aidilfitri 2014.