Menjongket ke Hong Kong : Disneyland, Ocean Park & The Peak (Part 3)



Hakak datang lagiii dengan senyum seindah suria yang membawa cahyaaaa....~  senyumlah dari hati, duniamu berseriiiii  ~ ~   *aaira rampas mic

Si Elsa ni pon bleh tahan skill mic nya. Tapi jangan dipupuk selalu. Skali skala takpe !

Aku datang bawak banyak geganbo nehh...
Maklum la first time pergi Madame Tussauds tu, sungguh jakun dan lain macam excitednya
Semua patung aku nak bergambar, nak pegang, nak picit-picit  ...~~!!

"Aku bagi kayu kat dak Nana ni kang ! No raba-raba my kapla !!"
Tudia dah dimarahi sama Uncle Ghandi



Pada siapa yang tak tahu, Madame Tussauds ni terletak kat The Peak.
Macam mana nak pegi sana ko tanya? Sila la Google Maps sepenuh jiwaragamu.
Aku beli tiket combo 3-in-1, dapat masuk Madame Tussauds, return tiket naik tram dan dapat masuk Sky Terrace skali. Harga ? Murahhhh kalau beli kat DingDing Travel...klik entry ni kalau nak tahu.


Ni la rupa tramnya tu. Time kami pegi ni dah lewat-lewat petang dan hari agak kebasahan jugak. No sweat. Keep smiling :)


Trip naik ke The Peak ni takda la lama .... sekejap je tapi jadi lah nak merasa naik tram kan !

Terjah Madame Tussauds dulu...


Mampu kome selfie dengan Robert Pattinson ? *bakar line Team Edward


Antara tiga-tiga jejaka kacak ni yang paling dashing menjadi patung cendana ialah Robert Pattinson. Although agak terkilan skit sebab takda Taylor Lautner. I minat dia sebenarnya youuu....Team Jacob katernya!

Kiri: Getis merenung Brad Pitt tu dah kenapa?
Kanan: My Idol. For real..sebab vokal secara live adalah powergils with all her eccentric antics on stage hehe..kalau ada concert kat Mesia sure nak pegi ! Koghase Lady Gaga pakai macam tu lepas tak kat Mesia ni? Kira ok wat, tutup dada...


"I was born to love you" bersungguh-sungguh Freddy Mercury kata kat aku. Hakak sengeh je le ... ~

Ok. Time jumpa bang Joni ni memang aku over the rainbow over the sea sangat. Macam-macam pose la buat supaya diri nampak kurus dalam ganba ! haha. Kemain peluk lengan macamlah real bebenor pun. Patung cendana pun jadi lah bang Joni oiii...I lap you very long time since 21st Jump Street..! If only dia buat Joni ni versi dia memuda time 21st Jump Street tu, mau aku kidnap je patung tu !

Atas : Spiderman bawak jenjalan...tak gayat cuma pasrah jeerr kena kidnap dengan Spidey. Hahaks!
Bawah : Taktau la nak cakap, tak jumpa drumstick so hentak pakai tangan gaye rebana je aku buat hehe.

Aaira posing sopan-sopan je tak macam mama dia  @@

"Pokcik harap Zilla Bakarin pakai gaun terbelah sampai ke perut di Anugerah Bintang Popular tahun depan"  Hail Hitler ! 

Diterima jadi anak murid IPMan. Watchaaa ~


Seronok mensnapping ganba kat sini !



Seterusnya kami pergi naik atas kat Sky Terrace ni. Kat sini la tempatnya kita lepak-lepak tengok skyline HK



Nasib baik hujan dah berenti. Nasib tak baiknya ialah berkabus tebal !


Masih kabus tebal. Hiks. Dah taktau nak buat apa so pose pose je la. Aku masih berdegil nak tunggu sampai malam. 

Sejuk kat sini, so sediakan jaket yek. Dan nasib baiklah ada WIFI free kat atas ni bleh layan kill time sat. 

Macam terapung gituh...


Layan snek time time sejuk ni bes. Kalau ada kopi pun cung gak nih...

Tetibe, datang angin yang kuat. Sejuk brr brrr kiteorang. Mr Z macam nak turun. Aku kata watlekwatpis la...kita tunggu dulu tengok keadaan macam mana. Haa ko, ada guna jugak bersifat degil dan memaksa nih, hahahah sebab kabus tu pelan-pelan hilang...


Hari dah malam dan kabus mulai hilang... yey !!

Budak ni either pose sopan or pose notti. Now dia notti skit orang suh senyum dia jelir lidah tunjuk makanan dalam mulot. 



Layankan ganba view HK yang pastinya kureng lawa daripada blog sblah tapi boleh la skadar menjadi memori kabus & sirna diri Kak Ella  si Nanatron ni...











Hazabedah kan zoom waktu malam !! *nyorok blakang Bank of China


 Orang dah makin ramai...aku pon dah puas hati dapat tengok keindahan malam HK. Sangat cantik!

The Peak, I <3 You !

Mengabadikan kenangan kat The Peak


Jelingan terakher...


Turun bawah time nak balik ternampak Hard Rock dalam The Peak ni. Saja singgah walopon tak berapa nak minat...

Ada plak benda kiut dalam Hard Rock ni. Ah sudah !
Mama buat tak reti jek...

Posing je ok. Nak beli ? No way !


Tapi pins nya macam cantik la...



Kuar-kuar je dah malam .... nak ingat balik jalan pulang. Aiyookkk...dah lupe?

Time balik ni kena berjalan kaki skit nak sampai ke stesen MTR yang terdekat. Rasa cuak gak ni jenjalan macam ni tempat yang kekadang sunyi, dan di tepi jalanraya. Takut kena ragut, kena copek macam-macam ketakutan lah muncul..tapi bila nampak orang lalu lalang rasa lega la...maybe we were on the right track.

Dari kat atas Sky Terrace nampak bangunan sume ni, alih-alih kiteorang just berhampiran je dengan bangunan-bangunan itteww...




Bank of China


Lippo Centre. Unik designnya



Terjumpa shopping complex, masuk jap sebab nak cari ATM dan washroom. Bapak besor shopping complex ni tapi nampak lengang je. Mungkin sebab high class sangat kekedai kat dalam ni. Some more kedai besar bagak, space pun banyak. 



 Washroom tai-tai kekayer...
Unik gak gaya stall partition tu...







Luas giler ! 

Tapi diri terasa sempit sebab ATM tak mampu kuarkan duit ! huwaaa..~


So sedikit tips yek kalau nak ke The Peak ni:

Sila pergi time nak dekat-dekat menjelang malam macam pukul 5 petang ker...4 petang ker...time tu spend skit kat Madame Tussauds dan selebihnya ada chance tengok HK skyline time masih siang dan tunggu la malam menjelma bleh la tengok view time malam yang memang cantik sangat. Do not miss it !

Takde la ko nak gi ngulang sampai dua kali khen !

Sekian sajork. Next entry ialah tentang aktiviti kaum Hawa yang paling mencetuskan elektron akibat sel-sel otak terlebih berhubung yaitu SHOPPING !
Bersambung...zasst ~

Cerita Hong Kong: