Menjongket ke Hong Kong : Disneyland, Ocean Park & The Peak (Part 2)



Hari keempat kami pergi ke Ocean Park. Bila lama-lama kat negara orang ni, sifat rajin mulai menurun sebab penat gils. Hari pertama dan kedua masih lagi penuh energy. Masuk hari ketiga dah slow skit..maybe sebab dah pindah hotel yang baru lagi selesa, rasa sedap nak duduk hotel je la. Dah la setiap pagi disambut dengan hujan renyai. Hari keempat pun sama, so natijahnya kami keluar otel pukul 12 tengahari ! Serious letih berjalan...


OCEAN PARK



Senang gile nak pegi Ocean Park ni. Sila Google Maps sepenuh hati. 
Cuaca paling tak bes ialah hari keempat ni la. Agak lebat sikit ujannya. Keluar dari bas je dah rerintiks.

Nak tahu tiket Ocean Park murah-murah klik entry ni 


Masuk ke Ocean Park. Jadi blank kejap nak pegi mana dulu sebab tengah ujan kan. Decided pegi Grand Aquarium untuk layan fishies sambil berteduh !


Hihi tapak sulaiman ni banyak kat Mabul takde pulak aku nak tacing-tacing...kat sini la berkesempatan nak beramas mesra.


Layankan geganba Grand Aquarium. Maaf, still mengong amik ganba dalam gelap   > .  <







Macam ulangan entry S.E.A Aquarium Singapore kan ?

Yea. I think I will avoid aquariums in future melainkan tempat tu ada dolphin  :D


Travel



Tak dinafikan souvenir kat Grand Aquarium ni comey sangat. Yang Jelly Fish tu fridge magnet sebenarnya...rasa nak beliii je. Nak ke tak nak. Tak nak ke nak. Teka teki teka tekuk langsung tak beli hapa pun ~

Budak kicik posing je lebih tapi tak membeli apa pun walopon dia ada la hint-hint. Plush toys dia banyak sangat daaahhh....tak terbela pun menatang banyak banyak kat umah tu. 


Walopon namanya Ocean Park, ada juga binatang lain yang korang bleh lihat kat sini contohnya :


Ehh Cik Nana ~! jemput lah masuk ghomah. I buat open house harini. All of you I jamu kedburi keh? 


"Uols tengok ok I makan kedburi ni sebagai tanda kedburi ni halal dimakan sebab yang ini ber-DNA buluh betong jer..."
"Hadiah plush toys berupa diri i sendiri untuk tetamu yang makan kedburi terbanyak~ suka lettew!"
"Shantek tak my ride ? Volkswagen berupa diri i sendiwi tau...."




Yeah. Panda in an Ocean Park.
And it gets better *nampak tak jari aku buat tanda quote/unquote ni
Read on..


Keluar dari situ pun hari masih hujan  *sigh


Niat nak masuk tempat Seahorse ni pun tak jadi sebab hujan dan ramai sangat orang...

 Last last beli sotong bakar dan lepak indoor memana dan makan sementara tunggu hujan benti & datangnya hidayah...


See? Berpayung-payungan. Warga China Mainland yang ramai memenuhi Ocean Park ni. Dah la bising, pastu suka marah orang or anak depan orang ramai, dan lagi takda adab beratur. Main cantas je baik yang muda atau tua bangka...

Next kami pegi Amazing Asian Animals.
Haha! Time ni rasa merepek sangat lah
Kenapa ada menatang nih suma kat Ocean Park ?!


See ya later, Alligator

More panda makan kedburi berupa buluh


Ikan yang comey la gak...

Si kicik layan ikan dalam kolah tu...

Pening pale Mak, nak oi.
Orang Asia tak teruja pun tengok binatang Asia k ...
Nextttt....

 Masuk sini plak  


Tengok-tengok tempat main game je banyak. Lengang sebab ujan, manede orang nak main kan...terus kuar.



Aku macam nak naik cable car tapi spirit tak berapa high nak beratur. Konfem queue panjang punyer lah !



 Demi mengelak hujan, kami naik Ocean Express untuk pergi area The Summit

Best ada priority area for stroller and wheelchairs. Tengah aman tunggu kat situ tetiba datang warga China yang takde stroller OR wheelchair nak menunggu kat situ gak. Ok tu takpe lagi. Yang buat angin ni selambe dia je potong queue sambil buat muka kedburi tu kan. Siak la lu. 

Ni la rupa Ocean Express nya...

Sekejap je sebenarnya trip ni...so takde la seat, suma berdiri je

Menariknya sepanjang trip yang singkat tu sempat ada audio & visual yang menarik kengkononmya tren tu went underwater dan nampak la segala-mala underwater life...


Pergi kat The Summit ni sebenarnya agak mengeciwakan. Tempat tu banyak game je, nak layan pun susah sebab hujan dan ramai orang. Takpe, kita pergi Marine World dan Polar Adventure ye nak ? Gitu la pujuk anak dan hati sendiri gak...sebab dah rase macam tak best nih. Rupanya tempat tu jauh la nak berjalan, again dalam hujan & ramai orang DAN macam nak mendaki ghope jalan dia...so halfway, kansel ! Malas !

Decided malas nak explore The Summit ni. Mungkin kalau cuaca ok, seronok lah dilayan tapi now mood macam Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri Baik juga di Negeri Sendiri. Haa bleh ke gunapakai peribahasa tu dalam mendescribekan mood aku ni ? Hahhaha..!

Aku ada nampak roller coaster kat The Summit ni macam dasyat ah sebab trailnya melingkar sampai ke tepi laut. Pehhh!! Kalau cuaca elok, mau juga try !


Turun semula, tawaf jap kat Aqua City

Remote control boat, tapi berbayor



Pukul 3 kot kiteorang blah dari Ocean Park. Punye lah tak menghayati taman tema ni. Haha. 
Aquarium dia so-so la, menang lagi S.E.A Aquarium Singapore !
Dari segi mainan dan rides tu, memang banyak tapi takleh nak komen sebab tak naik satu ape pun.
Kalau cuaca ok dan aku enjoy maybe entry ni boleh jadi agak fun..
BUT IT'S NOT THIS TIME ...

Oh well. 

Nak dengar cerita lucu? 
Balik dari tengok cite X-Men bebaru ni, si kicik masih bercerita pasal Hong Kong.
Tetibe dia kata " Panda pun ada kat Mesia "
Terbelahak kiteorang gelak sebab dia tahu isu semasa !! 

Haihh la, anak sapa la yang bijak sangat ni.

The Peak, bersambung next entry ya kakak ! 
Salam...


Cerita Hong Kong:

Lazada Malaysia