PADI License @ Tioman - OPEN WATER DIVE



Sambungan dari sini

Malam tu tidor lena tapi awal pagi terjaga jap dek terdengar suara orang bercakap-cakap dalam bahsa french. Mak oii antu french dah datanggg, jom selubung dalam selimut !!!
Hehe. Besok paginya aku tengok jiran sebelah tu bangsa french ... agaknya awal pagi baru balik ke bilik. Punya la kuat dorang ni bercakap kan?



View pagi yang aman damai. Ni baru lepas ujan..

Rupa-rupanya bilik-bilik kat YP Chalet ni tak berapa nak sound proof. Ada satu senja tu dorang pasang lelagu french lak. Aku ingat dia lepak dengan speaker dia kat luar tapi rupanya dalam bilik! Agak kuat lah ok ! Esoknya warga cina Singapore plak yang berjiran dengan kiteorang. Dia main gitar dalam bilik pun kiteorang boleh dengar dengan jelas gile. 

Jadi pengajarannnya di sini, jangan buat bunyik sangat bila sedang melakukan aktiviti intim seperti kentut, berak, mandi dan errr... u noe what i mean ?  > . <


Pagi tu dah lambat sebenarnya tapi masih la sempat snappy ganba ! Sini port biawak. Diri dendiam kat bridge ni dan korang akan dapat spot satu dua biawak. Air nampak tenang gilerrr tapi tu lah, air yang tenang jangan disangka tiada biawak ..

Kami menepati masa Jepun !! Buat pengakuan belum makan pagi kat DM, kang aku pingsan lak canne? Nasiblah memahami. Dia suruh beli breakfast dan bleh makan sambil tengok DVD diving. 
Sebelum mulakan course, kena isi borang ape-ape yang patut. 

Pagi ni takde buat apa, just lepak tengok DVD dan ada quizzes dan knowledge review dalam sejam dua la jugak. Aku cemerlang dalam test bertulis !! 


Now dah masuk praktikal. Diajar pasal scuba dive equipment : BCD, oxy tank, regulator, mask & snorkel etc. Pahtu cara pakai semua tu. Next important thing ialah kena buat pre dive safety check setiapkali sebelum diving. 

Aku cuma kurang gemar pantai kat Eco Diver ni berbatu-batu. Dah la tank tu berat gile, nak turun dari tangga, then berjalan kat batu-batu masuk laut...takut tergelicik je. Hari pertama ni memang pancit la sebab terasa penatnya pikul oxy tank stiapkali turun dan naik, hari tu pulak dive tiga kali gak tu. Siap dedua manusia ni sampai cramp-cramp kaki dalam laut tu !! Mimpi ngeri suda tibaaa...


Makan lunch kat Restoran Mawar. Rata-rata orang kata kalau area sini, Mawar ni murah. Pada aku murah tu memang la tapi tak berapa nak sedap lah. Ada sekali aku order nasi goreng kampung, nasi tu ada ikan bilis (yang dah hancur-hancur) je, sayur apa pun tarak ! sedeyy...

Turun dive lagi, tengah check oxy tank. Time ni dah kena assemble gear sendiri, buat pre dive check with buddy dan now nak belajar rules dan procedure untuk ascend dan descend. Juga some basic clearing macam aku blaja kat Mabul. DM aku ni flexible juga, mana yang senang dia buat dulu...mana yang kita rasa susah dia kemudiankan. First day ni just nak rasa comfortable with the gear dan selesa breathing underwater. Dia ajar ikut pace orang. Dia kata ada orang amik masa 6 hari nak complete PADI. Ada orang cukup 4 hari. Habihtu yang kiteorang yang just ada 2 hari setengah ni ? Haaa aku macam ada rasa tak sempat habis gak PADI ni. Tinggi kebarangkalian meripit Tioman nih...


Gua memang penat giler hari pertama ni. Petang nak dekat senja dikerah tengok DVD untuk chapter 3,4,5. Kalau dah port kat hammock ni.... habislah, nak belayar ! Mari join layar impian bersama kak Ella~

Senja melabuhkan tirai tapi sunset ke sunrise ke sunquick ke memang hancus sebab cuaca mandom jeee. 


Haha ni aku tak ingat sunrise ke sunset...


Rasa ni sunrise..hari dah terang..

Disebabkan kiteorang penat giler, tiada homework malam tu !! Yippee. Kalau ada pun, aku tak buat kot sebab memang penat dan nak tidor je dah ni...



Another pagi di ABC, Tioman ! Baru lepas hujan jugak ... 

Pagi ni gile lambat weh ! Penat tak habeh lagi. Tapi aku macam, ah lantakkan. Ikut pace what? Kiteorang berdondang dendang makan pagi then baru lah pegi Eco Diver. Hihi. Lewat sejam. Harini time orang pulau hokay ! Tak mampu jadi Japanese arini. 

Asal pagi nak pegi Eco Diver tu mesti jalan tepi pantai, tak lalu pavement sebab kat pavement tu banyak gile monyet bergayutan menyogakan diri kat pepokok. Kak Ton seram !!


Tak tahu lah nak cakap macam mana, tapi pantai kat ABC ni tak berapa mengghairahkan.

Akan tetapi, underwaternya agak impressive ya. Kat jetty tu pun bleh tengok banyak ikan, siap ada ikan barracuda lagik tuh.

Kalau mendiving plak, puas hati la jugak tengok underwater lifenya. Bak kata DM aku, dia suka dive kat Tioman because it's an easy dive. Laut ok, underwater life abundance, dan island ni laid back dan tak commercialized & hectic sangat macam Phuket ke ape ke, tu pasal dia suka kerja kat Tioman ni. 



Pagi tu sessi quizzes lagi dan sesi buat floating & swimming yang wajib dalam PADI ni. Memula aku ingat benda ni optional tapi jatuh wajib pulak. Masakkk ni sebab dedua manusia ni taktau berenang. Tapi floating Insyaallah boleh. Mr Z kata dia boleh floating face down je, face up takleh sebab tenggelam ! Ape punye pelik ? hee...

Eceh, aku macam konfiden la boleh floating tapi masaakkkk masakkk...sebab apa tau?

1. Kena floating kat laut dalam yakni kaki tak cecah yek mengundang pelbagai saiko negatif di minda.
2. Floating for 10 minutes ! Yakni 600 saat. Yakni hakak masakkkk ikan gorengggg !!  #kaughase ??

Aku bleh floating face up tapi ko tau la laut dekat-dekat jetty ni asik beralun je sebab bot yang mendatang. Jadi agak wavy dan beralun airnya. Bila floating, aku dalam keadaan zen dan bleh kawal mind aku everything is orait, tetibe kecepek! ombak melanggar muka lalu terasa macam nak lemas sebab air masin dah kena muka masuk mulut idong bagai Temah oii ! Pastu zen pun hilang, position badan dari banana jadi betik ! DM aku ajar badan kena position macam banana untuk floating dan swim dan dive gituuu, puas la aku nak role playing jadi pishaanggg! 

Bila dah dapat kawal minda, lantak la air laut tu kena muka ke apa, tetap lah ko menjadi pisang Nanatron ! Gitu aku berkata dalam hati...sambil bayang pisang tanduk dan pisang goreng *tetibeee

Akhirnya aku berjaya floating face up, tapi larat ke ko face up je dik oi dikala matahari memancar terik ? Supaya muka tak menjadi bontot kuali, disarankan bertukar posisi menjadi katak ! 
Floating ala katak style. Nak bertuka posisi dari pisang ke katak, katak ke pisang pun mencabar minda gak ni...dan akhirnya aku berjaya lepas 10 minits floating !!  

Berapa kali aku sebut minda sebab benda ni suma all in the mind. Kalau yakin boleh, ko bleh jadi ape saje, pisang? katak ? ikan duyung? kapal layar? Bisaaa !! Hehe. Aku bila tiba time brani, aku cepat-cepat suh DM time kan floating aku....sebab mood brani tu bleh ilang. Hehe. 

Mr Z pun impressively lepas test tu walopon dia ada confess dia ada sikit fobia dengan air sebab penah hampir lemas time dia kecik-kecik dulu...

Tapi dia tetap nak rase safe, time floating satu jari dia pegang sikit tali kat pelampong ! Aci ke ni? Hahah...nasib baik lah DM tu sporting dan memahami...


Then tiba time swim plak, prektis-prektis je dulu. Masakkk juga ni sebab:

1. Kena swim 200-300 meter
2. Guna fin tapi takde safety jaket derr
3. Swim kat laut dalam la derr...

Gua masakkkk derr...lauk apa tatau!


Makanya, benda swim ni dipostpone besok hari kalau sempat. Banyak benda nak catch up hari ni sebab esoknya kami ada setengah hari je plus kiteorang kan lambat sejam :P 
Time Is Running out kata pakcik Matthew Bellamy sambil menggoreng gitarnya dengan cengkerang kepah. 


Nak cari makan...nak cari ayam goreng...nak cari gegula manis...gitu skali kiteorang mengidam !

Paling tersangat nak cari ialah gegula manis la sebab rasa masin gile mulut ni akibat tonggang air laut hehe. Payah betul la cari kedai kat ABC ni. Pegi kedai terdekat tutup pula. Jauh gak la menapak ke arah Bamboo hill baru la jumpa kedai yang bukak...


Jalan-jalan 

Boat terbiar sepi


Kiteorang dah tak kose makan kat Mawar, arini nak try resto belah ke arah Bamboo hill...
Then terjumpa la kedai ni..macam berkenan nak makan situ..
Siap lah tanya ada ayam goreng tak ??? Ni la rupa kastemer tegar KFC, mengidam tak tentu hala

Ohh keciwa bila dia cakap takde.
Mr Z pujuk, takpe la malam nanti kita cari ayam goreng kat kedai reggae tu kot lah ada...
Takpun kat Mersing besok kita blasah KFC cam orang gile...gitu kata pujukan dia.

Aku takde la harapkan ayam goreng salut tepong cam kepsi tu..
Ayam goreng kunyit pun jadilah... *linangan airmata neng yatimah
Sebab aku perlukan ayam untuk tenaga..huhuk  *kastemer KFC yang kronik


Haiii la batu...apekesusah beno nak cari ayam goreng kat tempat kome ni ha ?


Perut ni punya la lapar, tapi order kuehtiaw goreng je. Hihi. Sebab perlukan tenaga dari kuasa masakan bergoreng...kuehtiaw pun jadi lah...~


Jalan-jalan jumpa kedai. Beli segala macam jajan dan gegula. Time ni dah cerdik skit pasal dah mengenalpasti emosi perut stiapkali lepas dive memang kebulor je manjang. Eh. Apsal ganba t shirt je banyak ni..hee..jajan ada kat belah sinin..not in picture. Aci da' kuachi ?


Macam nak hujan...


Okay...sesi kali ni ada dua kali dive. First dive bersama-sama lah. Prektis segala ajaran dalam buku. Nak citer pun tak ingat takut membosankan pulak. Antaranya hand signal macam mana nak address masalah kat partner dan sebagainya. Dan juga cara nak ilangkan cramp kaki yang memang tersangatlah penting untuk kiteorang ni. Hee. Tapi hari tu takde kena cramp langsung ! Sebabnya aku rasa lah kiteorang tak buat kaki berkerja keras sangat. Kaki kalau dah pakai fin dan kalau move and strain a lot pun boleh buat kaki cramp. So, petuanya kaki takyah strain sangat..buat rileks je. 

Ujung dive tu kiteorang blaja untuk jadi buoyant. Bukan buyong ya. Bababbb kang!! Ihiks. Bouyant yakni tahap keapungan dalam air supaya bila bergerak dalam air tu ko pandai la apungkan diri takde la dekat sangat dengan bottom sampai tergeser segala reef dan juga jangan tinggi sangat apungan tu sampai atas sedar-sedar dah muncul kat permukaan kan ! *akulahpesalahitu

Kalau korang nak tahu la..peparu kita ni ialah natural safety jacket. Bila kita amik nafas, peparu mengembang dan kita akan float. Bila hembus nafas, peparu menguncup (eh betulke pilihan wording ni. Lantakkan) dan kita pun tenggelam. 

Itu la teknik kalau kita nak float ke, nak swim ke, nak buoyant dalam air ke dan juga teknik mengeluarkan tahi keras. Cuma perlu tukar verb peparu kepada ....  *isi tempat kosong

Bila diving ni, cara hembus nafas tu perlu beza sikit. Penting untuk hembus slow dan deep. Masalah aku ialah aku bernafas tak berirama. Haha. Kejap akunyer nafas shallow, then tetibe aku amik nafas deep tu yang terlebih buoyant tu ! Then badan aku pun tak berbentuk pisang, maybe telah menjadi kacang botol tu pun bleh menyumbang kearah kesumbangan itu. 

Second dive, dia latih sorang-sorang khas pasal buoyancy je. Lama-lama dah ok tapi kekadang terkucil gak nafas ni. Pastu dia trust aku moving across those reef dan landak laut tu ! Time aku cross bebenda tu, punya la aku saiko minda jangan panik, jaga breathing, jaga position badan, anda ialah seketul pisang berenang dalam laut. 

Mau nye tak, aku takmo crashed kat landak laut tu, tau tak benda tu bisa. Nak tahu ape benda yang bleh ilangkan bisanya? 
Kencing manusia !!
Kat Mabul, dorang kata kalau pompan yang kena bisa penawarnya kencing orang laki dan vice versa. Aku taktau la samada betul atau aku kena khencing! 

Bila naik darat, aku tengok sekeliling basah je. 
Laa ujan ke? Dalam laut tadi cerah dan terang gile, siap aku bajet cuaca tengah terik kot ni. Indeed keadaan luar laut dan dalam laut memang lain. 

Mr Z also doing well despite dia bermuka tensen dan cuak sepanjang time aku takde tu. Maybe memikirkan mask retrive & mask clearing sebab dia fobia test tu. hihi. 

Heck aku pun sama je. 

Korang bayangkan eh situasi dimana tetibe ada tangan hangsua yang over eksaited tengok ikan sampai tertepis muka ko hingga tersenget mask.
Sebelum kita maki dia dengan mengancung jari tengah, kita kena betulkan mask tu dulu sebab sah sah dah masuk air. 
Nak tak nak ko kena buka mask, then pakai balik betul-betul then buat mask clearing macam biasa.
Aku problem tang nak pakai mask tu sebab kena breathing amik nafas kat mulut, kuar kat hidung. Macam la time ko dah mempanik tu reti ingat nak bernafas kuar ikut mana kan. Bila silap nafas, idung sedut air, mula la gelabah ayam rasa nak lemas. Then aku takleh bukak mata sebab aku kan pakai contact lens. Ayooo. Menchabar segala inci sel otak hakak ni dik oi. Whatever it is, mind kena function, jangan panik sangat. 
Alhamdulillah aku lepas test tu. 
Tapi ada test yang lebih kurang macam ni yang menanti kiteorang kelak ! Yakni retrieve mask. Konon kalau ada insiden mask tu ko terlepas dan hanyut, harus lah ko berenang dan mendapatkannya kan ? Ayooo macam mana la aku nak berenang dengan mata tertutup ni ? Dah la buoyancy pun pass cukup makan, tambah kalau panik, nafas terabur...shoot terus naik atas. Tak ke naya ?  - negativity talks



Senja datang lagi..
Hari ni tak sepenat semalam. Malah malam masih ada tenaga untuk cari ayam goreng kat kedai makan reggae tu. Nasib lah ade. Siap baham nasi + ayam + burger. Nasib takde pisang kalau tidak dengan pisang pisang pun aku telan !


Pagi terakhir yang damai. Macam dah dapat hidu tak dapat complete PADI ni, nampak nya kena buat kunjungan hormat lagi...

 
Nasi lemak makcik. Can do la. Tapi kedai bau tengik gile. Ntah bau ape la..


Bersama Kanna Todoraki, our DM. Pagi tu sempat buat satu open dive, just a fun dive prektis buoyancy. Then, memang sah la kiteorang tak dapat complete sebab tak cukup masa, so kena datang Tioman lagi ! DM yakin kitaorang boleh habiskan semua in one weekend. 
Yang belom buat ialah swim test, retrieve mask test dan dua open dive..
Mungkin over a weekend boleh habis. Harap harap aa.. aku malas nak ulang alik Tioman ni weh !
Ok lah, tapi erkk kan ke ada exam bertulis lak lagi...hmm. Ntah la, sempat ke tak sempat ke terserahhh. Yang penting hasilnya, dapat lesen nak mengorat ikan kat Sipadan.



Sedih betul jetty ABC ni, atap rabak betul. Wow sape yang bergaye seperti David Hasselhoff tu ? *campak speedo merah


Janji ditepati. Makan KFC kat Mersing macam orang gile. Time ni Mersing cantik sangat, pepokok berbunga gebu. 




Now, hoping dapat pergi Tioman dalam bulan Jun ni sebelum bulan pose.
Geng Mabul aku sorang tu pergi Tioman amik SDI lesen, dah selamat berlesen over the weekend ok !
Sebab SDI tak strict sangat. Takde swim test, float test, even exam pun open book. Lupa nak tanya dia ada go thru quizz dan knowledge review tak. Rasanya tak...sebab dorang tak dapat buku. Macam PADI, dia bagi buku free. Buku tu la kena khatam dan buat segala knowledge review tu. Brengset ah.
Kalau aku tahu SDI senang, baik aku amik SDI je.
Tapi kelebihan PADI ni ialah kalau ko bercita-cita tinggi nak advance lebih jauh...memang boleh melangkah jauh la dengan PADI sebab dia lagi well known dan bersepah-sepah kat memana pulau/ pantai. Nak cari keja pun senang kalau dah berstatus DM PADI la.

Maksalahnya, aku bukan nak jadi DM pun!
Apekeheynya ko amik PADI ni woi ...

Takpe la. Aku sahut suma cabaran ni.
Mendatangkan manfaat jugak..
Dari taktau float jadi tahu
Dari taktau berenang jadi tahu
WIN la jugak ~  #kaughase?


Memories Tioman underwater yang best :
Ada spesis ikan yang sembunyi dalam pasir, kesian time aku first belajar buoyant tu aku banyak kali tersembam badan kat bottom pasir, habis ikan tuh suma lari !
Dan ada dua ikan kecik maha cenonet maha comel sangatttt suka main-main belakang telinga orang. Kejap kat telinga aku. Kejap kat telinga Mr Z. So kawaii ~!

Memories Tioman tak best :
Appearance laut secara fizikal yang tak memberahikan.
Harap kunjungan kedua dia bleh pose seksi skit...
Dan cuaca ! Please be bright and scorching hot this time... !