Menjongket ke Hong Kong : Disneyland, Ocean Park & The Peak (Part 1)


Halo semua !

Entry ni khas cover pasal attraction places kat HK yang aku sempat terjah.









Disneyland, Ocean Park & The Peak + Madame Tussaud
Tempat-tempat ni semua ada entrance fees. Kalau nak tahu harga tiket dan kat mana nak beli tiket lebih murah dari biasa, KLIK sini ya ibu-ibu....~ Banyak penjimatannya disituh!

Wokay!
Kita sokseksoksek pasal Disneyland dulu
Layankan...~


DISNEYLAND HONG KONG


Disneyland Hong Kong ni bukak jam 10 pagi - 8 malam. Harus spend satu hari penuh kat sini, dan rasanya bleh je kaver semua tempat dalam satu hari.

Oh ye sebelom datang ke sini, pastikan korang psych anak-anak dengan mendidik mereka kekartun Toy Story ker, Mickey Disney Club ker, The Lion King ker, Tarzan ker...baru lah teruja tahap Cadbury.
Aku just sempat didik dia tengok Toy Story 1, 2, 3 je. Mickey Disney Club tu memang dia selalu layan. Pastu aku suruh dia layan Disneyland parade kat Youtube. Pastu pandai pulak dia tengok firework show kat Disney. Dia takut dengan firework so mintak takmo tengok. Manableh cik adikmaneh...rugi wooo


    Jejom gi Disneyland ~




Rasanya ramai dah tahu macam mana nak pergi Disneyland ni kan ?
Kot la ada yang tak tahu, sila Google Maps tengok kat public transport. Haa gitu lah tahap kemalasan aku nak bagitau direction kesana ! *padahal failed bagi direction hehe

Tren ke Disney ni comey lotey, masuk-masuk je bebudak mesti teruja habes ah....



Pose wajib kat entrance Disneyland Hong Kong


Masuk-masuk je kene pau. Ker Mr Z memang mintak dipaukan. Kekadang ayahnya yang over @@


Dah dapat topi Minnie


Pose wajibul ghunnah no. 2 kalau kat Disneyland ni...


Baru lah betul-betul masuknya ! Duduk kejap tengok map, usha mana nak pegi dulu.

Time kat entrance tiket tu dorang cek beg satu-satu yek. FYI, makanan luar takbleh bawak masuk. Dah la aku smuggle segala macam snek kat cecelah bedah diapers Aaira. Dia dah pegang diapers tu, aku dalam hati "tolonglah jangan curiga diapers yang extra gedabak tu" then cecepat aku cakap "this is diapers bag". Tak jadi dia nak belek lebih-lebih. Fuh~

Ada 7 area dalam Disneyland ni yakni : Main Street USA, Tomorrow Land, Fantasy Land, Toy Story Land, Mystic Point, Adventure Land & Grizzly Gulch.


Layan Main Street USA...




Pose wajibul ghunnah no. 3 di Disneyland !


Kalau nampak castle ni, sah dan yakinlah korang berada kat Fantasy Land


Layan Cinderella Carousel seround !


Bergambar dengan karakter kegemaran. Lepas pose dengan Mickey & Minnie ingatkan nak blah la, tapi Aaira minta pose dengan Goofy jugak...heh rupanya dia minat !


Layan Toy Story Land

Di sebabkan Aaira memang layan Toy Story, so dia agak teruja kat sini. Lebih lebih lagi nampak Buzz Lightyear :D


Ini plak Mystic Point
Macam ala-ala misteri Nusantara lah siap ada rumah antu tapi agak-agaklah nak layan pun bawak anak, so kiteorang abaikan je...

Yang ini, Grizzly Gulch.
Koboi town yang mementingkan gaya, mutu dan keunggulan bila pose sebagai criminal



Kalau nampak utan rerimba buatan ni, nampak gayanya korang dah sesat masuk Adventure Land ... sini macam boring skit pada pendapat aku la. Kiteorang layan Tarzan Tree House & Jungle Raft...so-so la. Boleh skipped kot ni...

Gegaye futuristik ni of cosss nya Tomorrow Land. 

Petang tu ada parade, ni bergantung pada cuaca gak. Aritu cuaca memang tak cun la, kejap ok kejap ujan. Boleh plak bebetul time nak start parade tu hujan, ingatkan dorang nak kansel tapi nasib baik la masih dijalankan macam biasa. Tapi tak best la nak amik ganba pun sebab nampak payung je !

Ni pun aku berjaya amik sebab aku duduk terjelepuk kat kaki orang, and snap snap. Kalau dari view eye level, nampak pepayungan lah  *bagi siku kat Mary Poppins
Aaira la paling seronok tengok parade ni sebab sama macam dia tengok kat Youtube. 

Paling menggelinjang dia kat Water station ni .... aku kata jangan main air...dah tak dengar...berlari sana sini. Last-last aku chill je, biar kan dia main. Nanti tuka lah bebaju tu... 

The Lion King Show. Agak boring. Mungkin sebab aku pun tak penah tengok Lion King nih  *larriii


Aku layan Space Mountain kat TomorrowLand. Roller coaster in the dark ko ! Mengingatkan aku kat 3D Transformer ride kat USS tapi without spek 3D la. Thrill gak benda ni sebab dalam gelap kan, macam nak tecabut jantung tahan saspens. Macam wow layan stars and milky ways bagai...


Pahtu aku boring tunggu ujan reda, aku secara solo try benda ni pulak. Toy Solder Parachute Drop kat Toy Story Land. Tak thrill mana sebab aku pun bukan jenis gayat, cuma merasa la kejap tinggi kejap rendah. Hehe. 



Pahtu try Slinkie Dog Spin kat Toy Story Land dengan Aaira. Sempat selfie ~!
Ni roller coaster lite-lite versi budak. Layannnn


Sementara tunggu firework pukul 8 malam tu, aku buang masa kat sini main Runaway Mountain Mine Cars kat Grizzly Gulch. Boleh tahannnn dia punya saspen sebab ada scene konon-konon naik slope ke atas lepastu dia gostan baik punye laju...huhu

Time siang ni la rupa Mine Cars tu

Mystic Manor time malam


Pegi balik kat Toy Story Land


RC Racer

Aku patah balik kat Toy Story ni sebab siang tadi tak sempat lenjan benda ni sebab hujan. Ni je mainan yang kire extrem la selain Space Mountain dan Mine Cars yang aku belum cuba sebab mainan macam ni aku kurang gemar sebab takut sebenarnya !! haha ! Malam tu memang lengang la, then berkejar kejar la aku nak naik. Nasib baik ada orang gak cuma sebaris depan tu je la orangannya. Time naik tu, aku ada rasa nyesal gak naik, pejam pejam mata la gak tak sanggup nak tengok dah! Hihi. Berkata dalam ati, nasib baik ada orang teman aku naik ni, kalau sensorang je lagi double seram.

Tiba time firework show kat depan castle. Kiteorang sampai awal so menunggu la tapi dah ramai dah umat yang sedia ada menunggu sejak Zaman Batu lagi. Berpayungan semuanya sebab hujan gerimis. Lagi nak dekat pukul 8 makin lebat plak ! Aaira dah standby je tangan tutup telinga. Tunggu punya tunggu sampai si kenit ni tertido gaye macam tu ! Kesian aku tengok dia...dah la ujan lebat ni. Lencunnnn..~


Nasib baik ada fireworknya, sebab resah gak tengok ujan ni kot kot dia kansel! Rugi sangat si kicik ni tertido tak dapat tengok firework sebabnya mercun mercun ni takde bunyi kuat yang melampau lampau. Just cahaya sana sini dengan bunyi yang sangat minimum ! Tentu dia tak takut kalau dia tak tertido....tengok ganba je la ye nak ... ganba yang tak berapa nak lawo hahah kamera kureng power plus hujan time ni...redha je dengan ganba yang lahar ni. Lahar lahar pun aku tetap letak kat blog, pedulikkan !

Elok habis firework tu dia terbangun...berselubung sebab sejuk katanya. Mau tak sejuk habis basah walopon ber-raincoat dan berpayung...


View terakhir sebelum balik..

Bye Mickey !

Budak ni dah hanyutttt~

Walopon bawak banyak-banyak snek dalam beg, tetaplah gatal nak membeli. Next time takmo bawak dah ! Ringan skit beg...

Seronok main BuzzLight Year



Tercapai lah hajat nak bawak anak ke Disneyland walopon skadar kat Hong Kong. Kalau Disney US tu mesti lagi gempak kan tapi mustahil la dapat menjejak ke sana. Ni pun dia cukup seronok. Balik mesia pun selalu sebut 'Hong Kong'. Mampu anak kome nyebutnya??

Agaknya kot Aaira bercerita pasal Hong Kong kat kawan kawan taska mesti dorang bolayan sebab tak paham !  Hehe  :P

Next Ocean Park & The Peak. Part 2 la eh...ganba Disney ni terrrbanyak la plak ! 
Gayat plak orang nengoknyeh..~

Daaa!


Cerita Hong Kong: