Medan Selera Stadium & Nasi Arab Damsyik Yang Tak Berapa Asyik


Weekend lepas berjalan-jalan ke Seremban, saja nak melawat kawasan lagi dan try to be Seremban people for a day ! Hee. Pagi lagi dah sampai town Seremban, google apa yang patut. Ada orang rekomen sup ayam dan daging bawah pokok tapi ikut direction tak jumpa pulak so kita keluar sikit dari town ni dan menuju ke Medan Selera Stadium Tuanku Abdul Rahman.


Ni bukan popiah stadium yang femes orang dok perkatakan tu. Tapi ni kira ok lah juga..
Kedai popia yang femes tu tutup...hari apa lah yang bukak ?


Mee sup dia ada telur, udang dan ayam ! Aku suka sangat mee sup yang ada telur macam kat Vichuda. 


Mee Hailam, rasa pun not bad jugak...

Budak kicik dengan roti canai nya..

Yang bestnya tempat ni, time breakfast dah ada menu goreng-goreng so boleh la order nasi goreng USA kalau tekak feeling Minnesota.



Dekat stadium ni ada pasar tani pagi, sempat singgah. Jual macam-macam hasil sayuran, aku seronok tengok ulam macam-macam yang rupa macam daun semalu pun ado ! Rebung, petai, tempoyak pun ada...now tempoyak sentiasa bleh didapati takyah ikut musim uols. Aku excited lah jumpa tempat macam ni berangan time duduk Sendayan nanti nak shopping barang mentah kat sini. Hehe. Sempat sambar madu kampung dan sayur pucuk paku. Dah lama tak makan sayur ni so rasa macam teringin sangat nak buat masak goreng belacan ! yumsss...~


Lepas kenyang, pergi melawat kawasan. Progress adalah mengkagumkan. 

Jalan-jalan lagi sekitar Seremban. Tengok bakal sekolah anak...haha..berangan-angan nak masukkan dia sekolah mana. Then pegi segala malls kat Seremban tu. Memang jem kepala tengok mall kat sana, SEDIH! Terminal 2 adalah pathetic. Terminal 1 taktau. Seremban prima ke ape nama nya..ok la ada kedai yang ada nama tapi banyak belum bukak. Patutlah Jusco sentiasa packed sebab orang Seremban baru nak merasa kedai semenggah sikit. 

Rasa down tengok malls kat sini. Then merayau cari Stesen Komuter Seremban..tak jauh mana pun. So hati rasa seronok sikit, kot lah sangap gile bleh je naik komuter terus ke KL Sentral ! KL Sentral sejak ada Nu Sentral, status sosial adalah mencanak naik ! Nu Sentral tu shopping complex ada Cotton On, Parkson, O Briens, dan paling best ada Cream & Fudge dan SEPHORA !  Rasanya Victoria Secret pun nak bukak situ. Gumbirahh..


Plan nak pergi Bagan Lalang lepaskan hajat si kicik nak main lelayang, tapi nak kill time sementara tunggu petang tu, kita makan lagi yuk !

Selera nak membaham nasik arab, so tanya pakcik Google. Rata-rata ramai suggest Nasi Arab Damsyik ni terbaik. Even nasi arab kat Cyberjaya pun kalah kate seorang pengkomen di forum/blog mana ntah aku baca. Jadi aku eksaited dan meletakkan harapan setinggi Gunung Sinai. 


Hujan lebat mencurah-curah. Lepak dalam keta jap..bagi reda. Restoren ni terletak kat kawasan perumahan orang. Dia amik corner lot dan transform jadi kedai makan. 


Ramai yang datang makan kat sini, kebanyakkannya bawak femili.
Pelayan datang dan bagi menu.
Tengok menu je dah hampa. 
Ini je ke??
Wahid set, dan ape set ntah lagi
Tapi Wahid set tu kira set untuk sorang makan lah.
Pilih ayam dan kambing set.
Mandy ka, Hanith ka..Kabsah ka..tatau la !
Kita perati je apa yang datang nanti.


First impression dah fail. Shai pot yang manis gile. Aku main order je Shai pot ni bajet teh pudina la. Lepas minum eeekss manis ya ampun plaktu tak rasa macam teh langsung ! So order air kosong tambah lagi dalam pot ni, dua kali tambah pun masih manis ye. 

Aku tanya pelayan dia..Shai pot ni air apa..
Dia kata teh pudina.
Direct setepek aku bagi, teh pudina? tak rasa pudina langsung ! manis sangat ada lah..

Pahtu dia buat bodo. 
Rasa tertipu sebab tak rasa macam teh pudina langsung ! 



Nasi Arab Kambing. Fail gile la. Sorry lah sape yang komen nasi arab sini lagi best dari kat Cyberjaya. Aku syak dia makan kat Saba' je kot tak try restoren nasi arab yang lain yang berlambak kat Cyber tu. Puhlease Saba' pun maybe menang kalau bertanding dengan yang ni. Nasi dia aku syak guna nasi yang sama je, sapa order kambing dia taruk aa kambing, sapa order ayam dia taruk la ayam. So rasa nasi dia takda spesel mana berbanding Restoren arab sebelah Pizza Pizaa kat Cyber tu...pada aku tu dah cukup maveles..
Nasi Lamb Mandy dia..ko boleh rasa nasi dia sahaja different than nasi Ayam Hanith kaa Kabsah kaa. Nasi jee dah rasa lain sebab dia kukus sekali dengan lamb so nasi tu berasa lain. Time bulan pose tahun lepas tiga kali tapau nasi lamb mandy kat situ. Hee. Lagi satu lamb yang dia guna cutting yang besar bukan macam Damsyik ni cuma guna cutting lamb shoulder yang common tu je. Tak puas wehhh !  


Walopon hakak garang mengkritik nasi arab kambingnya, ayam ni..if rasa ayam ni sahaja lah..rempah nya boleh la not bad. Nasi tetap fail..rasa sama je dengan nasi arab kambing. 


Maybe takkan ke sini lagi. Kalau ngidam sangat Lamb Mandy lagi sanggup drive ke Cyberjaya..

Cuaca sendu di Seremban


Hakak keciwa..
Si kicik mencebik sebab asal dia nak turun dari kerusi dia tergelebak jatuh sebab kerusi jenis ringan. So terpaksa dia duduk dendiam takleh kejap duduk kejap berdiri kejap berlari. 

Total bil RM39. Rasa tak berbaloi berbanding pergi kat Sana'a Cyberjaya aku order nasi ayam Hanith, Roti arab, Bahyah Lamb, Kurma dessert, teh pudina yang ORIGINAL dan KAWKAW kena RM40 tapi puas hati. Aku bab makan kalau mahal pun tak kisah asalkan puas hati, kalau tak puas hati..habis lah aku jadi mak nenek disituh. 

Kesimpulannya? Nak makan nasi arab pergi lah ke kedai makan yang memang orang Arab yang uruskan  :)

Travel