Mengejar Matahari di Krabi: Part 5

Yaaa dah tammat citer Market-Market & Kakak/Makcik Market Yang Vogue.
Aku mau stori pasal Island Hopping. Finally lah korang dapat tengok ganba laut & pulau...
Rengsa tak tunggu ?

Heee..!~

Are uols ready for an adventure with me ? Letssgooo...




Trip Island Hopping ni berharga 1200 Baht which includes Bamboo Island, Maya Bay, Monkey Bay, Phi Phi, Viking Cave dan lunch. Tour dikendali oleh Barracuda Tours. *tetibe teringat lagu Heart - Barracuda. 



Keadaan Ao Nang waktu pagi. 

Pantai Ao Nang yang tak berapa gojes. 

Sampai kat Ao Nang kang dibaginya sticker untuk ditampal kat baju dan silalah bergerak dengan tour guide korang.

Ni guide tour kiteorang. Macam besss je..eye candy sangat sebab dia Dutchman reggae sesat kat Krabi ni..pandai pulak cakap Thai ! Tapi lelama rasa tak bess lak mamat ni sebab apa tauuu...

Deretan bot di Ao Nang


Kiteorang dah elok di posisi masing-masing dalam bot ni. Then, memang ramai yang naik bot ni...hinggakan dia kena keluarkan orang. Dia suruh an Indian couple keluar since dorang duduk dekat blakang boat. Being a yenna yenni, berbunyik-bunyik la dia takmo keluar. Tetiber dia terpandang kiteorang yang dok pose pose perenang negara ni *Kak Su hihi* dan suruh kiteorang keluar pulak naik bot sebelah ! 

Kuang asam la lu ni mat. 
Ah, letssgoo je lah. Lagipun bot tu penuh orang, dan ada dua group Malaysians kat situ. 

Okay now, sebenarnya bukanlah tak suka terserempak dengan geng mesia ni bila jenjalan. Cuma...emm..kiteorang ni biasa cakap merapu & lawak mereng, karang kene senyum perli dengan geng mesia pulak. Dah pulak aku kena dok kontrol jee tak dapat meluahkan ayat bersifat spastik sebab...yelah, ada orang faham bahsa ko kan. Heee...tu pasal atas bot tu aku diam je, Kak Su & fizah yang galak beno.


Lega jugak rasanya bila turun dari bot tu dan kiteorang gi boat sebelah. 
Dapat the best seat in da house ya'alls!
Dan cuma kiteorang je Malaysians kat situ....
Yang Malaysian pun cuma ada this one Chinese couple..
Sebab dia dengar aku cakap bahasa dengan orang bot..
He went "oh you speak bahasa. Malaysian ya?" 

Angguk & senyum je.

Orang bot tu bleh cakap bahasa sebab mengikut kata dia,
"kita oghe krabi tapi mak kita oghe satun"

ala comey guna kita-kita ...hihi


Teruslah nak posing memacam gaye kat sini. Aku hanya paparkan gaye supan. Yang kurang sopan hanya untuk tatapan sendiri. Hihiks.


Terus menyelusuri lautan ke Bamboo Island


Sampai Bamboo Island...bersusun-susun botnye..


Bamboo Island ni lawa la jugak.
Cuaca panas..
Air biru jernih..
Orang ramai nak mamps..
Belanja ganba ya..sila..~

     Bamboo Island

                                                                         Bamboo Island




Bamboo Island



Bamboo Island

Bam Bam ? Ihikss...

Dalam 30-40 mins kot kat Bamboo Island then gerak ke Monkey Bay.
Tour guide yang bernama Hasun dah awal-awal habaq monkey kat sini boleh jadi agak aggresif.
Pikir banyak kali gak nak turun ke tak dari bot nih..
Tapi kalau tak turun...duduk saje dalam bot terhuyung hayang macam tu bisa bikin loya pulak...
So kiteorang turun dan terus terjun laut je..tak jejak pantai..
Dari laut tu dah nampak daaahh sang munyet yang lincah...omaigod ngerik
Ada tu berani dia panjat je tangan mat saleh tu...
Huiii idak laa aku keluar dari laut ni..duduk dalam air dendiam !






Approaching Monkey Bay


Air kat Monkey Bay ni memang definitely lagi lawa dari Bamboo Island !
Pasir dia pun jenis halus dan finer than Bamboo Island...


See ??

Giler cantik air dia..

Mengabadikan kenangan di Monkey Bay

Ni la spot kiteorang...kat ujung dan luar boat. Kat spot ni jugak ada couple dari Thailand, couple dari US, couple dari Russia & beberapa warga emas French yang akan menyibuk kat sini gak kekadang padahal dorang duduk dalam sebenarnya. So memang kiteorang sentiasa make sure seat kami tetap kat situ no matter what. 

Best view guaranteed !
Warga emas French & the Russian couple

US couple & the Russian couple

Haha aku nak citer sikit pasal Russian couple ni. Sempat sembang dengan dorang. Katernye kat Russia tengah winter & sejuk gigil skang ni, tu pasal lari ke Krabi sat. Couple ni rajin bercamwhoring tapi antara si GF dan si BF, lagi galak si BF ni bercamwhore. Siap arahkan GF dia capaikan untuk dia topi, spek bagai. Then dia bagi arahan macam mana guna camera tu untuk snap pic dia. Si GF ni ikut je la. Si BF buat macam-macam aksi..

Haa atas ni ujung boat ni macam-macam aksi dia buat weh. Dan disebabkan terlalu eksaited beraksi, kat Maya Bay ni dia pergi TERJUN dari ujung boat ni...

Akibat?
Kaki dia injured sebab terkena batu dalam air.
Nasib baik la terkena batu je..kalau sauh?
Then pastu langsung dah dia stop bercamwhoring..
Ketepi..!! Ratu Air Masin nak lalu~ hee!


Jeng Jeng Jeng !!.. Ratu nak beraksi! HAHA! Aku pon sempat la camwhoring kat ujung boat ni. Tapi takde lah sampai nak terjun tiruk macam Mat Russia tu. Hehe. 


Maya Bay. Terlalu ramai orang ... 


Tempat ni lawa...tapi tak dapat nak appreciate sangat sebab banyak boat & ramai orang..nak mandi pun tak selera.

Hmm ni la jadi kalau dah over commercialized...


Pose wajib

Sekejap je kat Maya Bay sebab dia pun tak galakkan mandi..just bersiar-siar dan bergambar je la...
Then terus menyelusuri Lautan Andaman...

Time ni dah rasa lapar weh..
Then member-member dah bertukar tempat .. dorang duduk dalam sebab tak tahan panas..
Dan bagi peluang kat the French duduk kat situ...
Aku masih melekat kat tempat aku..malas bontot nak gerak..
Beramai-ramai lah warga emas French memenuhi ruang yang ada...
Tetiba Mat US tegor..
"Looks like you're stuck here with me"



"huh ?"
"yeah I guess so"
Aku mencari mana GF dia..rupanya GF dia duduk dalam dengan member-member aku yang lain..

so kiteorang start sembang..
Dia dari Chicago dan at that time Chicago pun tengah mengalami cuaca sejuk yang sangat teruk..
They called it Vortex Polar..




"how long you will be in Krabi ?"
biasa la soklan standard. Hee..

"um..I will be travelling for six months while she will be heading home in two weeks time "
"I've just quit my job and decided to travel"


Cemburu aku dengan orang macam ni !!
Biasa la soklan standard lagi kemana dia nak pergi lepas Krabi and so on...
Dia planning nak pegi Viet, Cambodia, Nepal...
Pastu dia tanya .... "Do you think I should go to Malaysia ?" sambil senyum cheeky



Of CHORSSS!
Terus jadi duta kecil Malaysia.
Lagipun tahun ni kan Tahun Melawat Malaysia ...
Aku sebenarnya nak kata Malaysia ada island lagi cantik dari Krabi ni
Tapi nasib lah aku mengamalkan cakap siang pandang-pandang..
Sebab Thai couple ada kat sekitar ... hehehe


Viking Cave...just tengok macam gitu je.


Soklan cepumas.
"How do you find the confidence to just quit your job and travel ? "

Rupanya dia ni jenis workaholic..
Dok bekerja non stop for 5 years kot..
Dah la seminggu kerja 6 hari..
Dan dia TAK PERNAH amik cuti..
Giler tak?
Pastu dia terus cold feet...quit terus.

"I'm sure you have enough savings to start all over again once you return home"

Dia cakap tak! Hahaha
Dia kata dia tak saving sangat pun..dia just berserah & go with the flow je bila balik US nanti.

Makan kat Phi Phi

Takde satu pun yang pedas. Agaknya nak cater lidah International ...

Phi Phi Don

Lepas tu ialah...SNORKELING TIME!
Tak jauh pun dari Phi Phi tu...




Ikan banyak gak..tapi ntah la aku rasa biasa-biasa je.
Cepat je naik atas bot balik.. hehe

Aku citer kat member aku hasil sembangan dengan Mat US tu. Member aku cakap, time aku sembang dgn Mat tu, GF dia pandaaaaaaang je. Motip la nak usha garing..mesti tak dapat terima kenyataan yang BF nya akan travel Asia tanpa dia. Huhu. Faham sangat..mesti jiwa dia tengah kacau.

Time balik ke Ao Nang ni, aku duduk dalam with member...pergghh loya tak ingat.
Silap besar weh duduk kat dalam...patut aku stay je duduk kat luar dapat angin laut..takde la loya jadinya. Aku tahan je ni Jebat ! 

Daripada aku menahan loya ni, nak trick mind aku dari memikiorkan muntah ijo..aku observe warga emas French yang reramai tu. Masing-masing husband & wife ni one group bercuti kot. Dorang tu bukanlah overly romantic tapi macam sweet sebab at that age still ada je benda untuk disembangkan suami-isteri. Macam suweeet la :)

Balik dari Island Hopping, malam tu tak tertahan lagi nak mencanaikan badan...
Penat giler especially kaki nih.



Sambil massage tu sambil berborak dengan tukang massage. Pastu kang buat lawak...gelak terkekek-kekek hingga menjadikan muscle pipi pun tertegang dibuatnya!

Topik-topik yang disembangkan ialah..
Kenapa perempuan Thai kulitnya cantik-cantik...uols makan apa ye???

Hahaha aci tak ajukan soklan kecantikan kat tukang massage.

Yang sorang ni kata..dia suka minum Singha beer.
The beer keeps my skin shantek katernye!
Keji lah tips kecantikan ko..

Then tukang massage aku kata..kulit aku cantik jugak aper berbanding dia.
aku kata...aku dah gelap.
 *mengadu nasib kat tukang massage
Pastu dia tunjuk peha aku...katanya cantik. Laaaa sayangggg oi...peha sapa laa yang tak cantik kat dunia ni.
Kalau peha macam Hanez Suraya, tapi tangan macam Dayang Senandung...rasa-rasa, masih ada yang sayang tak? 



Nasib baik lah aku dah kawen. Dia kena sayang aku seadanya. Muahahahha!

Then cerita sikit pasal hal politik Thailand..
Even dorang pun tak keluar vote time election sebab benci nau dengan Yingluck tu..
Katanya kerajaan Yingluck ni menipu dan corrupted..
Ambil beras dari petani tapi tak bayar..
Dan macam-macam hal lagi la..
Siap ada nama gelaran lagi untuk Yingluck tu..
Dorang kata dorang perlukan gomen macam Malaysia..
Siap dorang mention Tun Mahathir.
Tudia...rakyat marhaen Thai pun kenal Tun Mahathir..
Tak mention pun Tokjib
Apetah lagi ahli politik picisan yang lain. Hihi.

Berkenaan Yingluck, aku cakap " she also an example of beautiful Thai lady .."
Tetap lah nak korek tips kecantikan..
Serentak dorang cakap.. " she use BOTOX !!"

Hehehe. Gelak kekek kekek ngilai ngilai bagai..
Dah habis sessi berurut...


Besoknya, tiba lah time balik KL.
Seawal jam 7 pagi naik van untuk ke Hatyai.
Dari Hatyai naik bas ke KL

Keadaan Imigresen Malaysia. Lengang kangkong je.

Kitaorang turun kat Tol Jalan Duta sebab bas tu all the way ke Singapore.
Tau pukul brapa sampai tol tu?
12 malam. 
Huhu.

Sunblock for face ni memang bagus...muka aku tak la terbakar sangat. Dan losyen consistency nya tak macam sunblock..in fact macam krim muka yang ringan. Selesa la.


Soooo....Apa hasil selepas Mengejar Matahari di Krabi ni ?
Agak-agak korang apa yang aku mendapat dari Sang Mentari ?

..............................................

.............................................................................

.............................................................................................................




Sesungguhnya perkara yang lebih teruk dari menjadi Dayang Senandong ialah tangan berhybrid Dayang/Hanez Suraya !!


- TAMAT-