Nanatron Beach Travelling Must Haves



Hi uols.

Lama aku tak bersiaran..
Harini patutnya aku ke Krabi lah..
Doakan aku selamat pergi & balik ye kenkawan...
Anyways, aku macam tak berapa fokus lah sejak dua menjak ni termasuk lah jadi blur-blur sotong jap pasal trip ni. Baru je pack barang tadi ni walhal kalau ikutkan prangai kiasu aku neh, dah packed dah bebarang ni suma dua hari lepas!
Jadiii, kita tengok lah barang apa yang bakal tertinggal akibat packing last minit neh yek...

Hal blur-blur sotong tu nasib baik la tak mendatangkan mudharat uols.
Nak tahu tak aku mati-mati ingat aku beli tiket train untuk khamis malam jemaat. Siap dah gebang kepada para peserta dan weols dah sesiap mohon cuti ari jemaat. Just weekend ni lah aku tergerak hati nak check balik tiket tu. Ghopenye hakak ko ni beli tiket ari jemaat malam sabtu!

Kesengalan suda mari...

Besoknya terus suh para peserta kansel cuti hari jemaat dan suh mohon ari isnin !

Itu kesengalan pertama.

Kesengalan kedua, aku lupa bawak henpon pegi opis arini.

Petanda laaa tu...
Petanda kesengalan yang bakal menyusul lagi nehhh...
huhuk

Tolong fokus ya forkeeeesszzzzzzz syareenaaa!!!

*tarik napas helaa helaaa helaaaa helaaa.. jadi biru jap

As for now, baju-baju dah siap disuaipadan untuk hari sekian sekian *tetaplah nak bergaye
Dah masuk dalam beg besor.
Beg kicik plak biasanya lah aku letak barang-barang penting supaya senang capai.


Ni lah dia bebarangnya....

Nanatron Beach Travelling Must Haves

Lepasni, komen sikit la..sama tak barang-barang travelling kita?
Sama?
Tak sama?
Ketaksamaan?
Saksama?

Ayoh jom lihat..

1. Makanan! Haruslah kheenn. Dalam ketapi tu ntah aku bleh tidor ke tak. Silap-silap ngunyah je layan borak ... hehee. Biasanya aku pilih dark chocolate atau kekacang. Pringles, Mister Potato dan sewaktunya tu aku suka gak tapi takleh selalu menatang camtu...banyak nau MSGnya!

2. Sun Block for body saya yang bodylicious  perlu dilindungi dari XRAY matahari.
Tetaplah Nivea dihatiku.
Hahaha korang tau tak stok sunblock ni punyalah dah berzaman..aku rasa sejak Koh Lipe kotttt?? Tatau lah berkesan ke tak SPF nya tuh. Redha je, malas nak beli lain!

3. Sun Block for face. Iyaaa PERLU ada sunblock berlainan untuk muka ! Titik!
Sunblock for body tu very thick tak sesuai untuk muka. Biasanya muka akan naik segala bendasing kalau pakai sunblock body kat muka *pada kes aku lar.
So, aku pakai Biore ni...lightweight macam gel katanya. Kita lihat nanti..
Sebelum ni aku pakai brand dari Aus apentah namanya, tak best ! bau pun kurang enak~

4. Kamera. Sila beri kerjasama yang mantap ya Cik Lumix.
Slow slow I is no like!

5. Passport. Aku pakaikan baju kat passport tu. Hihi. Aku order passport cover dari kawan, handmade ya. Look nice but takut cepat koyak jee..

6. MP3 Player. Hurm
Nak donlod lagu lepas abis tulis entry ni.
Do what you want with my body
Kau yang terindah
You Marah I Love You - penah dengar tak lagu ni? manjer dan mengada-ngada sangat..haha macam tersuka plak!
Lagu ape lagi ekk??

7. Pen & buku nota kicik. To jot down things. Biasanya tulis duit yang telah dibelanjakan so aku bleh track expenses

8. Tisu.  Perasan tak skang ni kalau makan kat kedai pun susah nau mintak tisu.
Penyelesaian? Bawak tisu sendiri!

9. Obat! Zyrtec ni sesuai untuk orang macam aku yang kekadang terkena sawan bersin akibat alergik apentah. Tetibe je kang bergegar lah arasy ni dengan bersin-bersin aku yang maha kuat tu. Tu pasal tisu pun kena bawak lebeyyyy...

10. Anti bacterial wipes. In case tisu kering tak bisa menghilangkan kotoran, tisu basah lagi diperkasa dengan jisim anti-bakteria ni terus menghapuskan kotoran degil !

11. Spek. Untuk mata roaming. Kekekeh

12. Tiket train! *untuk kes uols, apa-apa tiket yang penting lah...dilupa jangan! kang nanges takdak sapa nak pujuk tau..

13. Pareo *tiada dalam gambar, ni baru teringat* hehe.
Penting tau pareo ni...boleh buat selimut dalam train nanti, bleh bentang kat pantai & lepak-lepak, bleh jadi tudung syariah-compliant  hahaha! , bleh jadi dress kalau pandai ikat...haaa serba serbi lah pareo ni.
Harus hakak kena godek gobok ... mana la ntah pareo oren aku tu huh..

Kepada yang berkenaan,
Bulan depan I nak gi Mabul lak..
Jangan marah-marah ya.
You Marah I Love You



Baru godek kat Youtube lagu ni.
Aku bajet minah hot gilers la nyanyi lagu ni sebab sore memang manjer giler ah..
Sekalikk...!!
Muslimah uols!

*azan berkumandang

Tapi memang sore best...jazzy sexy nice !! :D