Mengejar Matahari Di Krabi : Part 1


Hakak bersiaran dari dek boat Barracuda NOT number 5. Hehe.

Tak Percaya?

Tolong lah percaya... ~!


Rasa macam mimpi ni la view yang aku hadap seminggu lepas. Balik dari Krabi, tetiba dihamburkan kerja yang menimbun sehingga menuntut mandatory OT dua hari berturut-turut! Menyinsing lengan lah aku buat keje sampai 8 malam. Balik rumah, tidor ! Takde mood nak bersenda gurau di alam blog. Skadar upload geganba kat FB je...

Lazada Malaysia

Owh My Krabi, wish I was there now ! *jerit perutku meminta somtam

Tarjuk entry ni Mengejar Matahari di Krabi...
Kenapa tak kejar matahari kat Kepong ke...Sg Besi ke...kenapa Krabi? kenapa? kenapaaa??!

Sebab nya, aku suka matahari bila berada kat pantai je..
Matahari yang terik secara langsung beri efek laut yang lawa gile warnanya. Naik seri orang kata.
Orang pun berseri-seri gak sebab tanned gituh! Aku tak kisah jadi tanned pun..biorlah. Dah kawen pun..tetap ada orang sayang walopon dah gelap !
Meanwhile, matahari kota plak sangat azab. Luar panas gile. Masuk opis sejuk gile. Lama-lama jadi tak sihat. Tu yang MC jee manjang.

Aku berani jamin kalau aku keje kat beachside, tentu takde MC pun aku. Hihik
Selalu aku berangan buka beach cafe yang sempoi kat perhentian kecil. Siap dah fikirkan lite snacks yang sesuai untuk dibuat menu. hahaha. punya lah berangan..patut lah keje ko tak siap-siap Syareena oiii!

Citer pasal MC, sebelum hari kejadian Krabi ni aku dah mula diserang flu & sakit tekak..
Tu yang tak feeling sangat sebelum pergi..macam blur je.
Aku balun ubat yang lama-lama sebab malas nak pergi klinik.
Simpan je la niat nak berMC ni...
Sebab aku yakin balik jee dari Krabi tentu aku MC . *tahan sakit..tahaaan..just for Krabi!


Tren KL Sentral - Hatyai

Hari kejadian ialah hari Jumaat, lepas keje je terus naik bas kampeni yang biasa drop off orang kat KL Sentral. Ramai juga yang naik tren Senandung Langkawi pukul 9.30 PM ni...dan rata-rata ialah orang kita lah.

 Banyak stesen dia menyinggah! 


Para mak jemah jemaah yang cekal & berhati waja tetap mahu jejak Krabi walopon berlaku penarikan diri beramai-ramai oleh jemaah yang lain sebab takutkan insiden bom kat Thai dua bulan lepas. 


 Ni la koc sleeper. Ni koc no. 8. Katil atas harga RM54 , katil bawah lak RM60


Katil bersih & selesa tidor. 


 Pukul 2.30 pagi di Stesen Kuala Kangsar


One word for this - SERONOKGILER

Aku memang tak pernah naik sleeper train dan ni pengalaman pertama lah. Not bad & best betul. Sampaikan tak boleh tidor. Cuma toilet dia agak ghetto sikit, other than that...super!

Aku tutup langsir..memula niat nak tido la dengar lelagu MP3.
Tidor kejap je dalam pukul 12.30 pagi aku terjaga nak pegi toilet.
Aku pegi la toilet dengan berselubung tudung ala-ala macam citer Wanita Bertudung Hitam feeling-feeling Ramona Rahman. 
Kebetulan ada plak sorang mamat ni baru kuar toilet dan lantas terpandang aku yang tetiber terpacul depan dia...terus dia tergezuttt "Ya Allah"~ ! 
Kalau aku nak mendajal..aku buat sore gelak hi-pitch, mesti dia lintangpukang lari kan? Hehe..
Tapi tu pun dia macam saspen dan jalan jauh skit dari aku sebab aku tak toleh-toleh pun kat dia, aku dok tunduk je. Aku rasa dia saspen tuh. hehehee.

Anyways, aku pegi gatal basuh muka bagai...langsung dah tak boleh tidor pastu.
Apelagi..layan perasaan melayan lelagu.
Miming & feeling-feeling sambil tengok view kat luar...
Gelap gelita..sesekali ternampak rumah orang dan jalan berlampu
Kat laman belakang rumah orang cina, dorang letak tanglong & tempat sembahyang pun still berlilin berlampu-lampa mungkin ada special day kot malam tu. 
Mata tu nakal nak tengok something luarbiasa kat pokok-pokok ker..kat tiang lampu ke..tapi non hado!

Lama-lama aku fikir takleh jadi ni. kene paksa mata ni tido sebab siangnya nanti nak tempuh long journey gak. 
Time nak terlelap tu dah sampai stesen Butterworth. Teringat member aku dok cakap time dulu-dulu dia naik tren, sampai Butterworth dia kena turun dan tukar tren. Aku abaikan je sebab aku yakin 100% tren ke Hatyai takde tukar-tukar tren. 

Tren mula bergerak lepas berhenti agak lama kat Butterworth.
Then, hakak panik jap.
"Eh..kenapa tren ni gerak ke arah KL aaa?"
Aku noticed yang sebelum ni tren gerak arah kiri, now dia gerak arah kanan !!

Terus aku duduk tegak.
Ah sudah! 
Mula la macam-macam dalam pale otak aku ni.

"Matilah malu kat orang kg kalau tren ni sampai KL malam ni! Mana nak taruk muka ni woiii!! "
"Malulah aku kat para jemaah...aku fail sebagai ketua rombongan ! Esok resign dari bertravel je la..sadis sangat insiden ni! "

Lastly.
"APA AKU NAK CAKAP KAT PARA PEMINAT ?"  - bajet retissgt....*terjun lombong

Lepas beberapa minit mengumpul semangat yang dah longlai, aku bertanya kat seorang makcik

"Assalamualaikum makcik. Next station tren ni apa ya "

"Lepas ni Bukit Mertajam kot. Tapi tren ni pergi Perlis juga. Entah lah makcik dah naik banyak kali pun tak reti-reti...tapi makcik nak turun Bukit Mertajam ~"

Aku bukak camera, tengok balik pic ni dan pengsan. bangun. hidung berdarah. pengsan lagi. 

Kegagalan! Failure ! Kesian kat para jemaah yang tak mengerti apa-apa diperlakukan sebegini dek kerana kejahilan aku! 

Ketika sedang menyalahi diri sendiri, aku tengok kat luar...tren ni bergerak perlahan dan mata tetiba terpana pada papan tanda "SG PETANI" dengan arrow yang menunjukkan arah yang betul! Arah yang tren sedang bergerak sekarang! 
HAKAK HEPPY YEPPY! 
Rasa nak cium papan tanda tu.
Rasa nak kejut para jemaah "hey! kita berjaya sampai hatyai!!" walhal belom sampai pun lagi.
Rasa macam nak cium je dahi makcik tadi. Erk.
Nampaknya, makcik tu dah terlepas stesen Bukit Mertajam dia. Huhuh..





Autumn di Malaysia. Hihiks.


Lebih kurang pukul 10 AM, selamat tiba kat Padang Besar. Semua kena turun dengan bag skali untuk sesi cop mengecop passport.


Macam lawak baca ni...ALIEN WITH HIPPY CHARACTERISTIC katernyer!


Orang tak berapa ramai so sesi cop mengecop agak pantas. Ada lebih kurang 30 minit lagi so kita santap pagi dulu!


Kedai makan terletak kat tingkat atas...saja nak habaq...

Lepastu tunggu tren tak sesampai lagi. Mana ntah dia parking...hee

Lepak balik dalam tren. Time ni dah kemas-kemas barang sebab tak jauh dah Padang Besar ke Hatyai tu.

Then, kami didatangi seorang Uncle yang dok berkompang pasal servis yang dia tawarkan. Kiteorang saje je la tanya-tanya harga van ke Krabi. Dia letak harga 800 Baht Hatyai-Krabi return. Mahal giler lah. Nasib baik dah buat research kalau tak kena sembelih idop-idop dengan Uncle nih. Then dia tanya lak kiteorang dah ada hotel ke belom, dia pun tunjuk la brochure otel bagai. Aku cakap aku dah ada hotel, harga 1800 Baht for two nights. Dia tak cakap banyak dah sebab memang murah la, dah la bahagi dengan 3 orang. Kehkeh! 



Hatyai Dalam 60 Minit

Tidak la menarik mana pun stesen Hatyai ni. 

Turun-turun je ada orang jual sayur hidup macam gini ?! Pelik gak tengok orang menjual kat platform tren..

Ghopa Stesen Hatyai


Terus cari Tuktuk untuk pergi ke Stesen Bas. Ade je ulat nak kencing aku katanya tiket bas boleh beli kat depan stesen tren ni ha. Malas nak amik port...menonong je pegi kat deretan tuktuk dan cakap kat brader tu TAKE ME TO BUS STATION PLEASEEEE

Mati lah dia tak paham. Kat sini, orangnya susah sikit nak beringgeris sangat. Takyah pakai Inggeris berhemah. Pakai simple english je cukup. Kadang-kadang perlu diulang dua kali kalau LONDON sangat ayat ko. Nasib baik la ada member dua orang ni pandai melayan orang Thai..kalau ikut aku, aku akan amik masa lama untuk faham EnglishThai dorang tuh. 

Bas, jadi baht.
Van.. nasib baik la masih van.
Aeroplane? Matilah jadi apa pun taktau..

Citer klaka..
Time nak balik .. driver van tu susah nak cakap english.
Bila dia drop off kitaorang kat stesen bas ni, dia cakap "hajat bukit"
At least thats what I heard la.
Aku terpelik pelik apa dia cakap..not making sense..
Hajat Bukit?
Panjat Bukit?
Aper bukit-bukit ni pokcik? aku takmo panjat bukit !

Ghopanya deme nak cakap "Hatyai Phuket"
Berjaya di fahami oleh member aku..
See? Aku memang fail lah kalau sorang-sorang kat sini.
Dorangnya sebutan tu lain macam sikit..
Hatyai jadi Hajjai..
Phuket jadi Pooget..

Take a notedddd evelibadi...

Hatyai Train Station


Harga tuktuk yang tertera jelas. 

Sampai stesen bas! Moh kita check tiket bas pulak...


Dapat beli tiket bas ke Krabi pukul 12.30 PM dengan harga 186 Baht. So, kami ada lebih kurang sejam nak makan-makan dan carik tiket bas balik KL pule.


Keadaan stesen bas Krabi. Kat sini hanya boleh beli domestik tiket je. Tiket KL ka...Singapore ka...JB ka..Penang ka..semua kaunternya kat luar di deretan kekedai tuh.

Kiteorang singgah tiap kedai tanya bas ke KL yang waktu pukul 2PM sebab journey dari Krabi ke Hatyai pun amik masa 4 jam...jadi paling selamat amik bas KL pukul 2 la. Langsung takde uols! Paling awal pukul 10 pagi...then pukul 5 petang, last bus ialah malam.
Pukul brapa plak nak sampai KL ini macam ? *picit-picit dahi


Pakcik penyelamat ! Kat Rachatour ni ada bas pukul 1.30PM dan dia siap bagi nombor tepon kenalan dia yang boleh pick up kitorang dari Krabi pukul 7 pagi so we would reach Hatyai just in time. 
Kat sini gak aku tengok rate VAN pegi Phuket hanya RM36 saje! Murah giler...

Ada kedai muslim area ni so lepak dulu..psych ourselves for the next 4 hours trip  huhu... 

Harga makan sini mahal gak. Macam kat KL je gayenye. Teh ais tu manis gils..tak pernah aku minum air semanis tu! Jangankan suku..tak sampai suku pun aku minum..


Ni la bas kami! Interior macam bilik Paris Hilton idak ??


Halfway thru, stop jap kat R&R...Trang kalau tak salah lah. Bas ni banyak stop-stop turunkan orang dan ianya pergi terus all the way ke Phuket.

R&R

Pewangi bilik air yang au natural

Lengkap sini..semua ada. Cafe, souvenir shop, toilet, surau, kerusi massage, alat penimbang badan..which is out of no where benda tu sebenarnya hee...


Yaa...lepas lepak luruskan kaki, kami naik balik bas.

Pastu, sang driver mula pasang something dari thumdrive.
"ah sudah, dia nak karoke ke ni?"
Rupanya dia pasang vid about seorang mamat ni macam femes gila la kat Thailand sebab dalam vid tu ramai yang bergambar & bersalam-salaman..
Dia seorang cacat penglihatan tapi talent pelbagai..
Dia boleh menyanyi, main musik & paling best talentnya ialah main wayang kulit !
Ko bayangkan kat sana, persembahan wayang kulit dapat sambutan meriah..orang ramai full packed
Pastu dorang gelak ketawa sungguh-sungguh ni macam Maharaja Lawak plak dia..
Mamat gifted ni, dia lah yang melawak, melakonkan wayang kulit, dia lah menyanyi, dia lah main kibod..gilek ah ding dong.
Satu je aku terkilan..aku taktau nama dia!  T T

Kalau tanya aku macam mana trip 4 jam ke Krabi ni..pada aku not bad la..
Aku pasang MP3 layan tido !
Ada time dia lalu town dan ada time macam lalu highway bukit-bukau..
Tapi ada kelainan la perjalanan kali ni..
Taktau kenapa tapi ada timbul rasa nak leloya..
hihi..
Aku buat endah tak endah je..mintak gegula kat member.
Pendamkan loya ituuhh!

Kalau nampak orang gagah pegang lampu isyarat neh, maknanyaaaa....
WE ARE IN KRABI BEBEH!

*dalam keadaan tak mandi, berlengas dan masih dengan baju ofis semalam. yaaaayy!

.......... bersambung


" Sebenarnya travel adalah tempat untuk melarikan diri. Macam terbang ke dunia fantasi dan tinggalkan semuanya dibelakang.
Tapi akhirnya. 
Realiti tu tetap menunggu depan pintu airport. "
- madah pandalela rinong merenung pintu airport


Mengejar Matahari Di Krabi : Part 1
Mengejar Matahari Di Krabi : Part 2
Mengejar Matahari Di Krabi : Part 3
Mengejar Matahari Di Krabi : Part 4
Mengejar Matahari Di Krabi : Part 5

Travel