Throwback Monday : Broga Hill

Segmen Throwback Monday ni ialah tajaan Susu Anlene & Ubat Sakit Yoko-Yoko! *matilah tifu


Saje buat throwback sebab selak-selak gambar, banyak jugak aktiviti lasak aku buat 2-3 tahun lepas. Mendatangkan persoalan pada diri sendiri "Apsal aku STOP ek?" Huhu.
Kaki dah takdok! Sorang kahwin dah ada anak kecik. Sorang lagi tengah hayati watak mak buyong. Sorang lagi sibuk mengajar. Aihhh...mencik ai!
Since namanya pun throwback, geganba pun time aku belom berhijrah lagi. Aku tak kisah memaparkannya pun sebab aku boleh tengok perubahan aku yang dulu & sekarang..sedikit sebanyak dapat memotivasi diri ini yang belom cukup dari segala seginya punnn...


Okeh ayuh!
Time kami pergi ni, Broga Hill was THE CRAZE back then. Ramai yang upload gambar Broga mereka di FB, post status gaye begini "the sunrise was perfect at Broga, ai lompat bintang!", kiranya time tu, tak hip ah kalau ko tak pernah panjat Broga. In fact ramai jee yang dah naik turun beberapa kali. So aku dan beberapa kawan pun set time & date untuk menawan Broga dan nak merasai sendiri, best sangat ke Broga tu ?

Tak pernah aku bangun awal gile semata-mata nak panjat bukit. Dan aku sebenarnya tak pernah panjat bukit pun sebelum ni. Pengalaman masuk hutan hanyalah time sekolah menengah time tu ada kem motivasi kat Sg Chongkak! Berdasarkan ITU je aku yakin dengan plan Broga nih!
Sekalik..haa mendapat ko.
Jalan dia menaik jee..aku lak dah pelik kenapa time skola-skola masuk hutan takdek macam ni. Memang lah!
Broga ni bukit! Tanah tinggi mestilah jalannya menaik jee manjang!
Time skola ko masuk hutan bodo-bodo je! *sedih dengan slowmo diri sendiri

Jalan yang menaik

Slow-slow jalan, belakang ada bodyguard in case aku jatuh. Hehe

Kita ikut je abang yang muka penuh dengan chaya iman ni..



Are we there yet??


Di sebalik semak samun..



Sebenarnya nak tengok sunrise, hampeh je. Tengah ralik membelah hutan belantara alih-alih dah nak terang dah...tak sedor bila naik mentarinya ntah..

Akhirnya sampai ke bukit curam yang menggerunkan. Aku fikir, macam mana lah aku nak daki ni?? punye lah curam! Kalau tak mendaki, merangkak pun konfem ada dalam penggayaan pendakian aku nih! Lagi gusar memikirkan macam mana nak turun nanti. Tapi dah alang-alang sampai sini, aku pun daki+merangkak+buat senam rimau sekali. Dan berdoa jangan laaa kaki aku buat hal cramp kejang bagai kat atas tu...

Tetaplah ceria walaupun hazab menanti di belakang nun.

Pendakian suatu siksa...


Antara dua member yang dah touchdown batu besar yang terletak kat tengah-tengah bukit curam tu tadi. Belum sampai lagi puncak nye...Ni kena naik atas lagi...curam yakmats! Aku & Mr Z ingat nak surrender kat sini je sebab fikirkan nak turun tu nanti maot woo! Pastu angin kuat sangat...bajet macam nak hujan. Budak berdua ni dah sampai puncak atas sekali dok tepon/sms daring-maring aku suruh naik jugak!! Then tengah duduk-duduk kat batu ni la terdengar minah cina kat sebelah cakap kat kawan dia, "c'mon are you going up or not" then kawan dia jawab "lets do it. no point i'm coming here if i don't do this". Aku pandang Mr Z, Mr Z pandang aku...just what we need, a motivation talk from mencuridengar perbualan orang kheennn. Hehehee...jadi kami pun mendaki lagi. Memang benar cakap member aku tu, dari batu besar ni ke puncak taklah jauh mana..hehe...

"kan aku dah habaqqqq.."



Usai melepasi bukit curam yang hazab tu, kami disambut oleh view berikut...


Ceramah selepas subuh...
Sempat dengar kejap..


Ummah yang berbondong-bondong ke puncak lagi satu. Tapi aku tak pergi. Oh no no no...dah pancit!

Lalang lembut ditiup angin...

Another puncak yang kelihatan..



View bandar...

Batu batan

Hi! I was a Broga survivor


Paparazzi amik ganba aku amik ganba Mr Z. Hamekaww!  *baling camera


Gaye posing emo dalam semak




Sempat skodeng abang-abang ni tidor berjemaah atas batu. Penat sangat lettewww...~



We were Broga survivor!

Senda-ria


Aksi Hindustan "peletum..peletum.." disebalik lalang-lalang oleh Si Lina Hangat. 



Mendung gila kan? Cuaca time tu memang mendung dan macam nak hujan. Angin pun kuat!


Beraksi kencang di atas batu. Saksikan.







Akibat permintaan tinggi, terpaksa la posing berdua macam ni..malu tawww! *pekup muka

Dah puas melepas lelah dan melepas gila bergambar kat sini, kami pun turun berbondong-bondong. Ikut jemaah la uols. Lama-lama sampai tengahari kang boleh terbakor kulit mulus, terik jugak tau.





Haa ni, time nak turun bukit curam yang hazab tu. Saksikan ye macam mana kami turun.


Teknik pertama: Pegang bahu member. Bole laaa. Kalau dia tersungkur, ko pun tersungkur sekali. 


Beramai-ramai tak tahu nak turun gaye ape. Kuak ape nak buat nih?

Teknik kedua: Mengesot-ngesot sehingga jumpa pedoman.



Teknik ketiga: Gunakan tali. Selamaaaaaat. Tapi tak tahu berapa lama tali tu bakal bertahan la. Dah laa ramai gila bergayut kat tali ni. Just hope takde insiden yang berlaku dan berharap ada orang inspect tali tu selalu. Walopon guna tali, tetap lah diri ni nak menggapai rumput, pegang tanah, batu dan benda-benda yang sememangnya sejak azali dah berada kat situ. Tak silap, aku merangkak turun gak ni. Hehe. Tapi ada hikers pro turun bukit ni macam turun tangga jee..tak guna tali atau pegang apa-apa pun! Laju jee pulak tu..! Takjub kejap.


Lepas turun dari bukit curam tu lalu balik kawasan hutan ni. 


Ada gaung yang curam. Bahaya gak sebenarnya. Time gelap-gelap tu ntah macam mana aku lalu kat sini. Seram memikirkannya. Pulak tu ada pengunjung yang bawak budak kecik bagai. Memang tak sesuai la bawak budak tempat macam ni, bahaya laaa...

Walaupun jalannya menurun bukit, tetap kena berhati hati ya...

Kalau tak, jadi macam gini! "Eh aku tak jatuh. Saje nak try slide..."

Bangkit dari kejatuhan lalu pose-pose diva dramatik



"Cheq jugaakkk yang tiptop fitnessnyeh!"


Begitu aksi Si Lina Hangat menunjukkan kelapa kepada aku. Over sangat. Kihkih.



Duduk-duduk menanti air. Sambil review balik kejadian harini. 

Lina: "Aku rasa ok jugak Broga ni"
Aku gelak je. *tak setuju lettuuw?

Aku tak tahu la Broga ni still musim ke tak orang pergi lagi. Kalau orang ajak aku, kompem takmo. Dah dua tahun berlalu woo...aku pun tak fit sangat dah. Takmo takmo.
Taaapi, kalau panjat gunung Kinabalu, sanggup jee aku train balik. Impian gak tu nak panjat Kinabalu.

So, apa kate peserta lain?
Sebarang kata nasihat untuk mereka diluar sana?


"Kalau hangpa fit macam cheq Insyaallah berhasil pengembaraan Broga uols"


"I repented. Enough said"