Jom Bali - Sukawati, Krisna dan Ayam Bakar Wong Solo


Episod berjimba di Bali berakhir hari ni. Kami check out seawal pukul 9 pagi untuk misi-misi terakhir. Antaranya:

1. Cari beg sebab barang overload. Reminder to self: Lainkali bawa beg kain extra dah tahu kaki tu kaki shopping, bukan kaki bola atau kaki ayam, jauh sekali kaki botol!

2. Pantai Padang-Padang - Ingat dapatlah usha pantai yang dikatakan cantik tu hari ni. 

3. Aku ada arrange gak Balinese photoshoot; saje je gedik nak bergambar umpama puteri Bali :P

So antara misi-misi di atas ni, hanya misi pertama jee yang berjaya. Yang lain, ke laut... T T
Grrr. Melilau-lilau cari beg kain yang macam kat Bandung tu kan murah jee dalam under 50K dah dapat. Kat Bali haram tak jumpa beg macam tu okey! Jumpa beg yang fancy, sambar dengan terpaksa. 


Ke Sukawati cari apa-apa yang patut.



 Pagi tu penuh asap sebab dorang awal pagi sembahyang. Rasa sesak gak nafas ni.
 

Barangan kat sana banyak baju la. Aku so-so je dengan tempat ni. Dalam so-so aku tu, membeli gak rantai, baju dan penyangkut baju. Dah! Jangan tanya kenapa aku beli penyangkut baju kat situ! I can buy some of the darnedest thing in unlikely places. Macam Mr Z with his ukelele. Hihi..

Mr Z beli lagi artwork kat sini. Lelah melayan jiwa seniman dia yang datang secara tiba-tiba nih. Hee~ Tapi kat sini artwork is very very veryyyyy cheap....


 Tapi idak le kami beli yang ini. Mau kena sound dengan ibu mertuaku...




Aktiviti sekitar Sukawati di pagi hari. Antara mencari nafkah & mengingati Tuhan..


Lepas tu, pegi cari beg kain. Dapat tu dapat lah tapi jenis fancy. Fancy shmancy ni harus la over 50K harganya. Pasrahhh je la. Then kami pergi ke Krisna. Hampa gila tengok barangan kat situ. Nasib baik aku tak hold nafsu serakah aku kat Ubud Market tempohari. Kalau tak, menangis hiba aku kat Krisna. Fridge magnet kat situ sangat sedih ok! Aku beli la jugak...yang elok di mata. Jenis selipar ada tulis BALI. Tapi, aku menggila beli scrub badan & lotion badan kat situ sebab ada pelbagai jenis, kecil & murah; sesuai sangat bagi kat mak, mak mentua, adik ipar, kakak ipar. Wah, ambil hati kau~!



Santapan terakhir. Aku tahu restoren ni ada kat KL tapi tak pernah jejak. Kat Bali baru la ada rezeki nak jejak...hehe. Pak Ujang kata orang Malaysia yang datang sini, katanya rasa food nya tak sama macam kat KL. Katanya kat Bali lagi sedap. Ye ke? Nak kena tarik tangan Mr Z halakan ke Ampang cari restoren ni nampak gayanya...




Menu restoren Ayam Bakar Wong Solo. Kami antara orang terawal pada hari tu. Sebenarnya Pak Ujang nak bawa kami ke restoren lain since aku request nak makan masakan asli Balinese...dish ayam apentah dah lupa, lauk asli orang Bali lah. Then last minit tekak aku nak cumi-cumi goreng, dan restoren tu hanya ada ayam takde seafood-meefood. Jadi dibawanya kami ke Wong Solo ni. Gitu lah gaya tekak aku korner u-turn nak benda lain... ngeheheh


 Tempe penyet

 Ayam bakar

 Sayur Cap Cai

 Nasi dan sambal gile pedas


 Boleh plak cumi-cumi takde hari tu! Tekak terpaksa pasrah dengan udang jee...



Sedap nak mamps oke! Sayur cap cai yang simple tu pun boleh tahap marvelous. Udang goreng pun bes. Ayam bakar tu terbaik dah memang specialty dia. Paling memberi kesan kepada fizikal ialah sambalnya...bercucuran air hidung, peluh dan membuat aku meminta air dengan gaya kasihan! Hahaha! Hanya ada dua jee sambal yang bisa buat aku jadi camtu. Sambal kat Restoran Sambal Hijau kat Penchala nun & sambal Bali Wong Solo neh. First time aku pergi kat Sambal Hijau tu, dah la full packed, biasa kat situ kalau full packed orang merempat je kat table ntahsiapasiapa. So aku and opismate merempat kat table sekumpulan mamat agak segak bergaya. Aku taruk sambal tak agak-agak..tengah kebuluran lah katekan. Makan dengan lahap, skali terkono den! Mintak air tak sampai-sampai lak. Bikin gua berdesir!


Berbalik ke cerita Bali. Maaf la sidetrack lama plak. Hehee.Time check in nyaman je. Sekali tiba kejadian tak diduga. Aku pun satu...buat kesalahan yang noob sangat. Scrub & lotion badan yang aku beli banyak-banyak kat Krisna tadi aku simpan kat hand luggage, harus lah aku ditahan kan! Kena berpatah balik ke kaunter dan check in beg tu! Tak pasal jee kena bayar...~




Flight tengah ngam-ngam nak sunset.




Antara barangan untuk distribute kat ladies. Aku lak rasa seronok sebab aku dapatkan mereka benda yang lain dari yang lain. Biasanya aku bagi FM or shirt..

Trip ni ngam-ngam je mengikuti bajet RM3K yang dibawa, tak termasuk art kat galeri yang bernilai 1.6 mil rupiah tu la. Hehe. 

Gitu la akhiran trip Jom Bali ni. Agak dirindui lah tempat Ubud ni sebab vibe yang tenang dan aman. Kalau aku repeat, aku still nak stay kat Ubud. Tapi kali ni nak tengok belah pantai-pantai naik motorsikal. Murah sewa motor kat sana dan full tank minyak cuma 50K cukup untuk round-round sehari. Boleh juga jejak Temple Besakih sebab trip ni aku tak include atas sebab ianya temple yang besar bangat tak sesuai untuk bawa budak kecik. Tema repeat: Just you & me. Budak kicik kena tinggal! Lalalalala...~ 
Heehee!

*peninglaa nenek & atok dia.


Jom Bali linkie:


JOM BALI: UBUD MARKET, TANAH LOT & JIMBARAN

JOM BALI - BARONG DANCE DI BATU BULAN

JOM BALI - GALERI, TEGALLALANG, BATUR & TIRTA EMPUL

JOM BALI - BERBASIKAL KE PERKAMPUNGAN BALI

JOM BALI - SUKAWATI, KRISHNA DAN AYAM BAKAR WONG SOLO